Kelly 3572

Saturday, January 7, 2012

Aktiviti Kucing Remaja Di Suria Residence Di Petang Sabtu

Assalamualaikum

Setelah settle urusan-urusan penting di sesi pagi, kitorang pun balik la ke Pajam. Dah 2 minggu tak balik sini. Dah 2 minggu jugak aku tak tengok bebulus kat situ. Hajat nak memandikan 2 ekor budak tu still belum kesampaian.
dah lupa apa nama mamat ni... ha Koko namanye... Koko The Gangsta..he he
Sampai je depan gate, wifey nampak Katy Perry (kucing rag doll jiran depan rumah) tengah melepak depan pintu, tapi dia bukan bersendirian, ditemani oleh brader dalam gambar kat atas ni yang aku lupa dah apa namanya tu. 

Kaki depan punya la panjang. Bulu putih bersih macam mandi tiap-tiap hari ke apa...ha ha. Ingat manusia je boleh berjiran? Rupa-rupanya kekucing ni pun dah pandai datang melepak kat rumah jiran dia...bagus! 

Biasanya Tam & Teh je yang buat muka tak malu pergi makan kat rumah Katy Perry! Kali ni agaknya diekor pelawa pulak la kawan-kawan dia datang kat rumah pulak kot. Biasa la petang-petang Sabtu ni, rileks-rileks, gossip-gossip sket, borak pasal Avon ke, Nutri-Metic ke dan apa-apa produk baru multi-level-marketing yang terkini untuk kucing-kucing sedunia. 
kawan Katy Perry, Teh dan Tam mengamalkan budaya lepak
Hilang penat satu hari berdiri dan jugak cirit-birit aku lepas tengok kucing-kucing ni hang out sesama diekor. Kalau sesiapa nak kenal artis barat versi kucing ni, ni ha aku ada gambar dia. Berat oo brader ni. Kenapa tuan dia namakan Katty Perry, aku sendiri pun tak tahu...korang tanya la tuan dia ok? 
malu sangat ke nak tayang muka? ha ha ha...
Tak padan dengan besar, laju oo mamat dalam gambar ni lari pecut... (mamat yang berbulu putih dan so comel tu!). Ni pun berat dia dah agak menyusut sket...Mata pun biru je...alololo...

4 comments:

meowwmania said...

ensemnya cek Mijoe kite kikiki...

Mijoe said...

ensem lagi yang cek Mijoe dukung tuh..

Nurul Farahanna said...

Salam.. Pagar rumah tu mcm kenal sgt... Kt setaman! I know all those kitties.. I have 2 of my own as well tapi both indoor cats. Tgh google pasal Sportsman's Pride and found your blog. BTW, kat BBN, klinik haiwan muezza ada jual Sportsman Pride jugak.

Mijoe said...

Salam Nurul Farahanna

waahhh, jiran ke? he he. Malu malu!!! ha ha ha. rumah satu lorong jugak ke? :)

my brother in law selalu hantar 2 ekor budak hitam putih tu ke Muezza jugak kot.

meow Nurul pun makan SP ke? meow2 my BiL tu kenkadang dia kasi blackwood, kenkadang SP.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...