Kelly 3572

Sunday, January 1, 2012

Akemashite Omedetou Gozaimasu!!!

Assalamualaikum!

Selamat tahun baru 2012 kepada semua! 

Tajuk entry ni pun dalam bahasa Jepun. Tapi aku tak pasti la betul ke tak grammar dan nahunya tuh. Harap-harap betul la. Kalau salah, harap ada sensei boleh tolong betulkan! Ni sebab target nak pergi Jepun la ni...
Takde la apa yang hebat sangat pasal tahun masehi ni. Biar la orang lain nak melalak, mabuk dan berso'sial' kat luar sana. Semoga semua kawan-kawan blogger aku yang baik-baik ni semua lepak kat rumah dengan selamatnya dan jugak buat perkara yang lebih berfaedah yer! 
Aku tengah buat homework dan study isi-isi kat blog Fatt masa Semah datang landing kat tepi netbook aku ni. Ok la tuh. At least dia baring depan TV dan tak kacau aku. Tetiba ada mamat ni jeles kot nampak Semah cuba bermanja-manja dengan aku. 

Masa tu aku dah start pasang video Miraei (Kiroro; lagu Jepun yang glamour tuh...). Mamat tuh dah mula datang kat tepi aku. Semah nampak mamat ni approach aku, terus dia blah, keluar dari rumah dan lepak bawah kereta. Maka mamat itu, lakonan Kaka, dengan perasaan tak bersalahnya me'landing'kan tubuhnya yang tak berapa nak kecik tuh atas keyboard netbook aku. 

Kalau landing saja takpe la, ni siap terus pejam mata macam dah mengantuk sangat...
Dan terus aku tak leh sambung study isi blog Fatt tuh bila keyboard netbook aku dah hilang dari pandangan mata. Nampak la mouse tuh kat tepi ekor Kaka neh...

Sedap sangat la kot tidur sambil dengar lagu Jepun dan yang penting berjaya menghalau Semah dari nak bermanja-manja dengan aku...ha ha ha.

5 comments:

meowwmania said...

hehe...enak tido atas netbook tu hangat :D

meowwmania said...

hehe...enak tido atas netbook tu hangat :D

Fatt said...

as-salam Mijoe,
ini blog kamu ke...ya rabbi memula dok wonder sape la Kelly ni...sekali rupa-rupanya Mijoe..iskk *lepuk dahi sendiri* :P

pandai betui si Kaka ni mengacau..tu mcm berat ke sabotaj je. dia ni nmpk cam besar ye, mesti kuat makan

Mijoe said...

@MM

bukan sebab hangat kot MM, ni lebih kepada kes jeles dan takleh tgk kucing lain nak bermanja lebih2 kot...ha ha

Mijoe said...

@Fatt

ye Fatt... ni den punye blog la ni..muehehe. Berjaya mengaburi mata kwn2 kan? :p

Kaka tu dulu mmg bagak la. Skrg dah kurus mcm tuan dia dah. Tsk berapa sihat lately, kureng exercise... :p

ahlan wasahlan ya Fatt! :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...