Kelly 3572

Saturday, January 28, 2012

Restoren Pen Mutiara, Batu Maung, Penang

Penat balik dari kenduri kawin di Bagan Serai tak hilang lagi. Aku planned nak balik ke KL selewat-lewatnya pukul 1600hrs petang sebab nak tengok bola FA Cup, Liverpool lawan Manchester United di Anfield kat rumah. Tapi, pukul 1630hrs pun semua orang belum bersiap, dan PLUS hiway pun dah mula penuh dengan kenderaan, maka terpaksa la aku lawan game tu kat memana restoren mamak yang terdekat. Fama balik KL dulu. Kitam dan Zura decided nak join aku dan wifey balik malam ni lepas game LFC-MUFC tuh.

Maka sesi petang ni dapat la aku rilek sekejap. Tort & Apai pulak nak bawak kitorang pergi makan-makan kat pulau. Hmm. Selepas perbincangan ringkas, kari kepala ikan jadi menu untuk dinner malam ni. 

Nama restoren tu ialah Restoren Pen Mutiara. Letaknya dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Dekat la jugak dengan kawasan pembinaan jambatan ke 2 menghubungkan Penang dan tanah besar. Lagi satu landmark yang boleh dijadikan panduan or senang untuk tanya orang nanti ialah, Lembaga Kemajuan Ikan Batu Maung. Restoren tu memang terletak dalam kawasan LKI tuh.

Kalau tengok dari luar, takde la nampak macam tempat makan pun. Nampak macam tempat ntah apa-apa pun ada gak. Tempat parking agak terhad la. Tapi bila masuk dalam restoren tuh, memang nampak agak ekslusif. Gambar pun aku tak sempat nak amik. Boleh je google restoren ni kalau nak tengok rupa bentuknya. Dah banyak jugak review dan entry pasal Pen Mutiara ni.
Kitorang semua makan nasi putih, dengan kari kepala ikan merah la jadi menu utama. Kerabu mangga, sotong goreng celup tepung, ulam-ulaman dan ayam masak merah, jadi lauk-pauk tambahan. Minuman pulak, air epal asam boi.
bekas isi kepala ikan merah tu paling besar
Kalau siapa yang suka maka kari memang akan suka tempat ni. Memang kari kepala ikan merupakan specialty restoren ni. Rasa kari tuh memang kena dengan selera aku. Tak pedas, kuahnya tak cair dan tak la pekat sangat. Dan seriously memang sedap bagi aku la. Kerabu mangga tuh pun best.  
mantop mantop mantop!!!
Sesiapa yang pergi Penang lepas ni, kalau nak makan kari kepala ikan, datang dan cuba la makan kat sini. Jumlah semua sekali untuk 6 orang dewasa dan 2 budak kecik makan kat sini dengan lauk-pauk yang kitorang order ni ialah RM140. Ok jugak la dengan tempat yang nampak agak ekslusif macam ni.

Kat luar restoren ni ada disediakan surau. Dan menurut wifey, surau restoren ni pun sangat cantik, macam surau kat hotel 5 bintang. Aku tak solat kat surau ni sebab aku jamak takhir kat rumah adik aku je. Lepas ni memang aku kena datang makan kat sini lagi la kalau nak makan kari kepala ikan. 

Habis urusan dinner, aku, wifey, Kitam and Zura bertolak balik ke Seberang Perai untuk ke Restoren Kapitan kat Perda. Plus aku nak tengok game LFC-MU kat situ. Berpandukan Garmin, aku sampai la kat Restoren Kapitan. Menu favourite kat sini ialah roti nan cheese dengan ayam tandoori la. 

Makan lagi??? Memang tak larat nak makan terus sebab kepala ikan baru je masuk dalam perut. Layan la bola dulu. 

Game LFC-MU ni berkesudahan dengan kemenangan kepada pasukan tuan rumah dengan jaringan 2-1. Tahniah kepada Liverpool. Suasana kat dalam restoren Kapitan ni pun dah macam stadium dengan majoriti penyokong Manchester United memenuhi ruang makan. Sebab kesukaran mendapatkan meja kosong, aku terpaksa berkongsi meja depan TV bersama seorang penyokong LFC yang kebetulan duduk sorang je kat meja 6 seater tuh. Dia tak kisah aku join dia. Aku pun cakap la aku sokong MU. He he...tapi takde la jadi apa-apa provokasi pun. Walaupun aku fanatik MU, tapi aku ok...he he. 

Back to the game. Aku agak berpuas hati walaupun FA Cup MU season ni sampai takat ni je. Dan yang penting, MU memang bermain dengan baik dari awal perlawanan sampai la ke wisel penamat. Aku tak sangka pun MU boleh score goal dan performed macam malam ni, lebih-lebih lagi dengan ketiadaan Wayne Rooney, Nani dan defender otai macam Vidic dan ramai lagi la yang injured tuh. Credits to all United players. Even, brader LFC semeja dengan aku pun cakap MU memang main laju dan best. Liverpool berjaya memanfaatkan 2 peluang keemasan yang diorang dapat melalui tandukan Daniel Agger dan penyudah Dirk Kuyt yang gagal diselamatkan oleh de Gea. 

Kesilapan David de Gea? Kali ni aku rasa mungkin dia melakukan kesilapan dalam gol yang pertama tu je la kot. Tak pe la. Boleh cuba lagi musim akan datang. Lepas ni tumpukan pada liga tu yang penting. Europa League tuh bagi aku 2nd priority. Kalau dengan bertimbun-timbun injury list boleh maintain dan sampai tahap ni, dah kira bonus bagi aku...takde la frust sangat walaupun kalah dengan musuh ketat. 

Habis je game, cepat-cepat aku balik rumah adik aku untuk bersiap nak bertolak balik KL. Dekat jam 2345hrs jugak la kitorang bergerak dari Seberang Jaya tuh. Aku drive dalam keadaan yang agak penat. Tapi still terkawal. Sampai R&R Sungai Perak je, tukar driver pulak.

Awal-awal tuh aku nampak Kitam ok je. Lepas setengah jam aku perasan adik aku tuh dah mula mengantuk. Aku tak jadi nak tido to make sure adik aku ok. Agaknya dia jadi lesu sebab kari kepala ikan dah campur dengan roti nan plus tak boleh nak pecut laju takut ada speed-trap lagi kot. 

Sampai R&R Tapah, aku suruh Kitam berhenti untuk tukar driver lagi sekali. Kali ni aku bawak dengan wifey duduk kat seat depan. Kitam terus krooohhh kat seat belakang. Sure penat tuh. Aku minum Livita Honey konon nak kasi segar sikit, tapi lain pulak yang jadinya. Mengantuk la pulak. Aku pun bawak je la pelan-pelan, seslow 90km/j. Kejap-kejap bukak tingkap amik angin malam. Sampai la satu ketika, semua orang dah tido, tinggal la driver sorang je yang maintain macho dalam kegelapan...ha ha ha.

Dan bila sampai area Bukit Tagar, Bukit Beruntung, Hulu Selangor tuh, ada la sekali tuh bulu roma aku meremang kejap. Aku buat derk je la...teruskan memandu dengan perlahan dan make sure ada kenderaan lain kat depan ataupun belakang aku. 

Masa dah nak sampai area toll Jalan Duta tuh baru la ada sekali aku terlelap masa kat lane tengah. Aku rasa ada la dalam setengah saat kot. Nasib baik takde kereta kat belah kanan aku. Cuma ada satu 4WD je kat belakang sebelah kiri aku yang tengah laju tapi dia hon aku mungkin sebab dia nampak Piji dah tersasar ke kanan kot. TQ to that driver. Masa tu, semua orang dalam Piji pun tido. 

Kitorang selamat la sampai di Gombak dekat pukul 0400hrs. Fuhh..Alhamdulillah. Lepas ni kena rest banyak-banyak ni...

Ke Utara Sekejap; Selamat Pengantin Baru Syaida & Hafiz

Assalamualaikum

Balik kerja tadi, terus bersiap-siap sebab dah decided to leave for Penang malam ni jugak. Sebab kemungkinan besar nak balik ke KL semula petang esok. Kitam dengan Zura dah tunggu kat Gombak, aku dengan Wifey pergi dinner dulu, kemudian amik diorang dah terus gerak ke Utara pada pukul 2245hrs.

Kali ni bawak Piji pulak. Isi minyak penuh-penuh dan melalui Rawang sebelum masuk ke PLUS Hiway. Kenderaan kat hiway tak la banyak sangat. Drive la semaksimum kelajuan yang dibenarkan; 110km/j. 

Bila sampai area Bukit Tagar, Bukit Beruntung dan Hulu Selangor tuh, terus aku teringat kes-kes kemalangan yang pelik dan tak pelik yang aku selalu baca kat blog Ondscene. That automatically put me in extra alert and cautious. Aku drive kat slow lane dengan 90km/j. Kena lebih berhati-hati di kawasan ni ye!!!
ROADBLOCK!!!
Alhamdulillah takda apa-apa yang tak diingini berlaku. Aku pun tak mengantuk walaupun perut penuh diisi dengan nasi dengan lauk tomyam, telur dadar dan jugak ayam goreng kunyit masa dinner tadi. Sepanjang lebuhraya tuh, aku memang dah perasan papantanda polis pasal operasi had laju yang diorang pacak kat tengah-tengah hiway tuh, tapi aku nampak agak ramai jugak la pemandu-pemandu Malaysia yang konon bagus tuh memecut macam nak cari toilet sebab nak tercirit adanya. Aku lebih selesa drive kat lorong perlahan dari lorong kanan, sebab risau jugak kot-kot ada pulak Micheal Schumaccer dari laluan bertentangan yang tengah bawak 140km/j melambung masuk ke laluan sebelah...naya je kan.

Aku stopped kejap kat R&R Sungai Perak untuk ke toilet, regang-regangkan urat dan otot biar lebih segar sebelum meneruskan perjalanan ke Seberang Jaya untuk bermalam di rumah Hanani.

Lepas jalan beberapa minit, kat laluan lurus, tetiba aku nampak kereta tengah beratur panjang dan bergerak perlahan. Kemalangan ke sekatan jalanraya? Ooo ada polis tengah buat operasi rupanya. Lebuhraya 2 lorong dah jadi 1 lorong. Ramai gila aku nampak polis tengah berdiri kat tengah-tengah lebuhraya tuh. Diorang check  nombor plat kenderaan dan yang mana yang dah terkena 'tembak' sepanjang hiway sebelum ni semua diarahkan ke tepi untuk dikenakan tindakan yang sewajarnya. Hmm, padan muka eksyen sangat bawak laju-laju. Bila Piji lalu kat depan polis tuh, terus polis tuh suh jalan je...Alhamdulillah. Patuhi had laju yang ditetapkan ok! 

Kitorang selamat sampai di Tingkat Pauh Jaya dekat pukul 0300hrs. Semua orang dah selamat pengsan, tapi aku difahamkan anak-anak buah aku baru je lelap. Ha ha. 

Lepas berehat sekejap, kitorang semua keluar semula lebih kurang jam 1030hrs untuk ke Bagan Serai, rumah pengantin lelaki. Agak awal la kitorang sampai kat masjid dalam gambar kat bawah ni. Bila semua korum dah cukup, baru la gerak ke rumah pengantin lelaki. 
Masjid tempat rombongan pengantin perempuan berkumpul
Selamat pengantin baru kepada pasangan Nor Syaida dan Nurul Hafiz. Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan dan diberkati selamanya, Amin. Aku tak sempat nak pergi ke kenduri di Kota Bharu masa CNY hari tuh sebab sangat kesuntukan masa. 

Lepas selesai kenduri ni, ada ura-ura macam nak pergi makan ketam lembut yang popular dekat Kuala Gula. Tapi atas sebab timing yang tak berapa bagus, maka niat tuh terpaksa la ditunda ke waktu lain. Banyak jugak review dan entry blogger pasal ketam lembut Kuala Gula ni. Next time ok!

Saturday, January 21, 2012

Sportsman's Pride; Cat Food

Assalamualaikum

Adik ipar aku nak outstation for a few days. At the same time, bekalan dry food Tam dan Teh dah hampir kehabisan, ngam-ngam boleh supply sampai hari Rabu. Maka Steven Gerrard itu pun meminta bantuan abang iparnya yang teramat handsome ni untuk belikan dry food brand kat bawah ni; Sportsman's Pride. 
Aku pernah dengar dah brand ni dari kawan-kawan sekepala yang fed their anak bulus with Sportsman ni. Aku singgah kat Pet Save Taman Melati Utama untuk beli terus pack 9kg. Kalau lebih, boleh aku ajar budak-budak Gombak makan brand ni pulak. 
ada makhluk gelap dah tak sabar nak makan kot...
Untuk packaging 9kg ni, mamat kat Pet Save ni bagi aku RM119. Tapi aku ingat the last time aku usha brand ni kat sini, diorang cakap harga 9kg ni RM115! Pastu aku tanya pekerja diorang yang lain pulak. Awek tu cakap harganya RM115 dan boleh diskaun lagi la.

Swipe je kad kredit. Kucing dapat makanan premium yang diimport, tuan meow dapat collect point hutang...ha ha ha. Lepas diskaun, aku bayar RM109.30 untuk 9kg Sportsman's Pride. Ada tak kedai yang boleh bagi lagi murah dari harga yang aku dapat ni? Kalau ada, sila beritahu ok...thank you!
Nanti boleh la aku tengok apa hasilnya budak-budak Gombak tuh makan Sportsman's ni. Banyak lagi ke tak bebulu yang berguguran... bulu tersekat pada skala 6 ke ataupun warna bulu atau mata 2 tona lebih cerah...ha ha ha!

Thursday, January 19, 2012

Sampai Jugak Baju Raya Aku!!!

Assalamualaikum

Tengahari tadi lepas lunch dan lepak-lepak kat office, ada courier guy datang hantar barang. Bila aku pergi amik barang yang dia hantar tuh, tengok-tengok receivernya adalah aku!!! 
Ni la parcel yang aku tunggu-tunggu ni. T-shirt raya aku la ni. Bila tengok sender punya phone number, terus aku recognize penghantarnya. Thank you very much Fiq! 
SU30-MKM
Walaupun tak dapat pergi ke Langkawi during LIMA 2011 hari tu, dapat beli t-shirt ni pun dah cukup bagus. Dan bukan setakat t-shirt je, car sticker Squadron 11 pun aku beli gak. Balik rumah nanti aku nak tampal sticker ni kat Kelly. Baru la nampak Kelly lebih macho sket... he he.
Tak sabar nak pakai baju raya ni! Tapikan, sebab warna t-shirt aku ni hitam, maka, time aku bermanja-manja dengan kucing aku tu nanti, sure banyak le bulu-bulu diekor melekat kat t-shirt ni. Kena pulak kucing-kucing aku perasan aku pakai t-shirt baru, mesti diekor jeles gila dan seboleh-bolehnya nak lekatkan semua bulu diekor kat t-shirt aku ni....

Saturday, January 14, 2012

Syabas Kepada DBKL

Assalamualaikum

Celik mata pagi tadi, jenguk kat tingkap nampak la aktiviti yang sungguh aktif oleh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) ke atas tapak yang dicadangkan untuk dibuat pasar malam. Polis, DBKL dan kemungkinan wartawan akhbar pun ada jugak.
Zaman dulu kala, tatkala rumah yang aku duduk ni dalam proses pembinaan, tapak pasar malam ni kononnya nak dijadikan sekolah rendah. Tapi bila rumah aku pun dah siap, dan dah duduk lama pun, bayang sekolah ataupun bayang pagar sekolah pun ntah ke mana. 

Maka selama ini kawasan lapang ni jadi tempat orang letak kereta secara percuma, dan jugak tempat orang buat bising. Dan mungkin jugak jadi tempat aktiviti jenayah. Pokok dah berapa kali tumbuh, lepas tu kena tebang, tumbuh balik, tebang balik. Satu apa pun tak buat kat kawasan lapang ni. 

Tetiba je ada pulak yang propose nak buat pasar malam. Macam tak cukup banyak lagi ke pasar malam kat KL ni. Kalau ada pasar malam kat sini, akan wujud masalah lain pulak. Kesesakan lalu lintas, penambahan sampah sarap dan mungkin jugak masalah keselamatan penduduk di sekitarnya. Dah la penduduk pun ramai yang bukan warganegara sampai PBT pun tak larat dah halau diorang ni semua. Kalau yang warganegara pulak jenis buang sampah suka hati mak bapak dia je. Buang sampah dari tingkat 24 pun ada. Nama je belajar kat kolej. Otak letak kat hujung kuku, ataupun takde langsung sebab banyak sangat makan benda haram. Emosional la pulak...

Tapi papepun, aku nak ucapkan syabas kepada pihak DBKL kerana merobohkan rangka toilet yang telahpun diorang buat untuk tapak cadangan pasar malam ni. Maknanya DBKL tak luluskan la tuh kan. Tapi sangat menghairankan, kalau DBKL tak bagi kelulusan, macamana rangka binaan toilet dah hampir siap dibina? 

Pelik tapi benar...ha ha. Fikir-fikir la sendiri. 

Wednesday, January 11, 2012

Cat Treat

Assalamualaikum

Hari tu masa pergi Giant Nilai, aku belikan la meow-meow Pajam tuh benda kat bawah ni. Orang panggil Cat Treat. Biasa kalau kat KL, aku beli kat Jusco je. Kalau kat Jusco tu aku dah lupa apa nama brand dia, tapi yang aku ingat, cat treat yang aku beli kat Jusco tuh dalam bentuk ikan bilis. Harga pun murah je la, dalam RM3-RM4 lebih macam tu la.
Dah pergi Giant, bawak troli, sambar dan campak je dalam troli apa-apa yang berkenan di hati dan nafsu! Bila time bayar baru la ternampak harga Greenies Cat Treat ni. Dekat RM17 wooo!!! Terkejut jugak aku. Tapi sebab memang ada satu brand ni je yang available kat Giant masa tu, plus dah namapun Cat Treat, maka aku pun bayar la dengan seikhlas hati. Dengan harapan budak-budak 2 ekor tuh dan jugak kawan-kawan diekor tuh makan la cat treat ni. Kalau tak makan jugak, memang sesia je la aku beli mahal-mahal. Kang ada pulak aku yang makan cat treat tuh!!!

Dan, ternyata si Tam dan Teh tuh memang suka cat treat ni. Bendanya sikit je, sekor dicadangkan makan 6-8 ketul je sehari! Sizenya sama la dengan size makanan kucing yang biasa. Cuma flavournya saja yang agak special. Macam yang aku rembat ni flavour 'Roasted Chicken!' Tu dia...betul punya treat.

Greenies Cat Treat yang aku beli ni adalah dirumus untuk penjagaan gigi meow, nak mengurangkan bau mulut yang tak pernah gosok tuh, dan mengurangkan jugak risiko kerosakan gigi. Agak-agak wangi ke mulut kucing lepas bagi diekor makan Greenies ni? He he...

Sunday, January 8, 2012

Welcome Back Paul Scholes!!!

Susah nak cari football player yang setia kepada kelabnya macam Paul Scholes ni. Walaupun dah retired akhir musim lepas, tapi tup tup hari ni dah rejoin Manchester United hingga akhir musim ni... setakat ni la. Mana la tau tetiba dia nak sambung lagi kontrak sampai season depan pulak kan?

Badan dia pun nampak still fit for premier league. Tak boroi pun...training pun tiap-tiap hari dengan pemain simpanan. Kalau la pemain bolasepak kat Malaysia pun boleh maintain macam Paul Scholes ni, sampai dekat 38 tahun pun still cergas. Ryan Giggs pun satu lagi contoh yang terbaik; dalam bidang bolasepak la, bukan bidang luar dari tu..ha ha.

So, as a truly United supporter all the way from Malaysia, i wish you all the best Scholes! Hope to see you bring back more trophies for the club and the fans!

Menatang Apakah Hook Turn?

Assalamualaikum

Tengah duk surfing, sekali terjumpa video yang agak pelik ni kat TiubAwak. Rasa macam ada baiknya untuk dikongsi bersama, lebih-lebih lagi sekiranya korang berhajat dan bercadang untuk ke negara ni, dan jugak lebih praktikal lagi nak memandu di dalam kawasan yang terbabit dengan laluan Tram ni.
Aku rasa, kalau kita sebagai orang Malaysia, tetiba je kena drive dalam kota besar macam ni pun sure akan gelabah dan gabra bila terjumpa benda-benda dalam video ni. Bagus video ni sebab diorang tunjuk sekali berapa kadar kompaun yang bakal dikenakan ke atas pesalah trafik yang tidak mematuhi undang-undang ni. 

Jadi, study la video ni dan banyak lagi video seumpamanya di laman TiubAwak yer. Semoga entry ni memberi manfaat dan jugak pengetahuan am kepada anda semua.

Credit goes to troykm on YouTube channel!

Mari Berkenalan Dengan Saya

Assalamualaikum

Dah lama tak buat posting pasal gadget mahal macam dalam gambar ni. Nama sedara kita kat bawah ni ialah Sukhoi Su-35BM (NATO reporting name; Flanker-E).
photo taken from www.defence.pk. Credit to DaRk WaVe
Dilahirkan di Russia pada tahun berapa aku tak tahu, tetapi kemungkinan besar pada awal ataupun pertengahan tahun 80-an. Asalnya Flanker-E ni wujud sebagai Su-35 je, tetapi lepas banyak R&D yang diorang buat, modified sana-sini, maka lahir la pulak variant ni. BM tuh stands for 'Big Modernization'. Nak baca lebih lanjut, boleh je baca kat Wiki.

Dia ni jugak la yang sedang menggantikan Su-27 dalam tentera udara Russia sekarang ni kot sebelum kehadiran pesawat tempur generasi ke 5 Russia; Sukhoi PAK FA. PAK FA ni la saingan dengan US made 5th generation fighter aircraft, F-22 Raptor & F-35 Lightning II.

Nanti kalau aku dah dapat bonus, ingat nak sambar la satu menatang ni. Senang sket nak balik kampung ke, nak travel ke...ha ha ha...

Saturday, January 7, 2012

Aktiviti Kucing Remaja Di Suria Residence Di Petang Sabtu

Assalamualaikum

Setelah settle urusan-urusan penting di sesi pagi, kitorang pun balik la ke Pajam. Dah 2 minggu tak balik sini. Dah 2 minggu jugak aku tak tengok bebulus kat situ. Hajat nak memandikan 2 ekor budak tu still belum kesampaian.
dah lupa apa nama mamat ni... ha Koko namanye... Koko The Gangsta..he he
Sampai je depan gate, wifey nampak Katy Perry (kucing rag doll jiran depan rumah) tengah melepak depan pintu, tapi dia bukan bersendirian, ditemani oleh brader dalam gambar kat atas ni yang aku lupa dah apa namanya tu. 

Kaki depan punya la panjang. Bulu putih bersih macam mandi tiap-tiap hari ke apa...ha ha. Ingat manusia je boleh berjiran? Rupa-rupanya kekucing ni pun dah pandai datang melepak kat rumah jiran dia...bagus! 

Biasanya Tam & Teh je yang buat muka tak malu pergi makan kat rumah Katy Perry! Kali ni agaknya diekor pelawa pulak la kawan-kawan dia datang kat rumah pulak kot. Biasa la petang-petang Sabtu ni, rileks-rileks, gossip-gossip sket, borak pasal Avon ke, Nutri-Metic ke dan apa-apa produk baru multi-level-marketing yang terkini untuk kucing-kucing sedunia. 
kawan Katy Perry, Teh dan Tam mengamalkan budaya lepak
Hilang penat satu hari berdiri dan jugak cirit-birit aku lepas tengok kucing-kucing ni hang out sesama diekor. Kalau sesiapa nak kenal artis barat versi kucing ni, ni ha aku ada gambar dia. Berat oo brader ni. Kenapa tuan dia namakan Katty Perry, aku sendiri pun tak tahu...korang tanya la tuan dia ok? 
malu sangat ke nak tayang muka? ha ha ha...
Tak padan dengan besar, laju oo mamat dalam gambar ni lari pecut... (mamat yang berbulu putih dan so comel tu!). Ni pun berat dia dah agak menyusut sket...Mata pun biru je...alololo...

Cerita 5 Jam Di Pejabat Imigresen Wangsa Maju

Assalamualaikum

Aktiviti hari ni sepatutnya dah settle minggu lepas, tetapi sebab jabatan imigresen tutup pulak hari Sabtu minggu lepas, maka terpaksa la aku settlekan hal ni hari ni. Dah planned nak ke sini seawal mungkin sebab hari ni aku banyak agenda lain yang perlu diselesaikan. Nak hantar Piji ke service centre, nak balik Pajam.

Aku keluar dari rumah dalam pukul 0820hrs, sampai kat Sri Rampai dalam 10 minit kemudian. Usha dari dalam kereta, memang sah nampak Imigressen bukak hari ni. Nampak macam ramai je orang kat depan pintu masuk. Hmm, mungkin office belum bukak lagi kot...

Parked Kelly dengan selamatnya dengan RM1.00 didermakan ke tabung DBKL untuk jangkamasa 2 jam. Maka melangkah dengan penuh bersemangat ke blok bangunan Imigresen, only to find out a very long que dari pintu masuk utama sampai la hampir ke hujung blok bangunan tuh. MasyaAllah!!! Ramainya manusia nak buat passport! Sempat ke tak sampai aku punya turn ni? Aku cepat-cepat walk-in ke kedai gambar tanpa menghiraukan offer yang dibuat oleh agen-agen kedai gambar yang bersepah kat tepi jalan tuh. 

4 gambar passport RM12. Buat salinan IC depan belakang, dan terus orang kat kedai gambar tu isikan borang untuk aku renew passport. Aku sempat tanya orang kat kedai tu, memang tiap-tiap hari que panjang macam ni ke atau hujung minggu je? Dia reply, memang tiap-tiap hari que panjang lagu ni (macam ni). Terus aku flashback the last time aku renewed passport kat sini jugak, takde pun que macam ni. Sampai-sampai, terus masuk dalam office, amik nombor giliran dan tunggu kejap, pastu bayar, dan tunggu lagi passport diproses, pastu dah boleh collect. Semuanya tak sampai 2 jam. 

Jam 0845hrs, aku pun join la beratur kat belakang sekali. Dan barisan pun disambung dan dipanjangkan lagi oleh orang-orang kat belakang aku. Kat belakang aku, ada sorang adik OKU dengan ibu dan makciknya yang nak buat passport untuk pergi ke Bandung; aku dengar diorang bercerita la...dah tak tahu nak buat apa sepanjang masa beratur tuh. NI BARU BERATUR NAK AMIK NOMBOR GILIRAN. Siap caps lock lagi tu...
aku snapped gambar ni 10:05hrs, baru sampai depan pintu imigresen
Dalam gambar kat atas ni, aku baru sampai dekat dengan depan pintu utama ke pejabat imigresen tuh. Belum masuk lagi tu...aku usha belakang aku, memang dah panjang gila dah barisan ni. Macam nak kena top-up derma kat tabung DBKL ni kalau macam ni la gayanya...

Beberapa minit lepas tu, aku dah berjaya masuk ke dalam pejabat imigresen. Dah makin dekat nak dapat nombor giliran. Aku perasan security guard dah bagi arahan kat staff dia yang nombor giliran untuk hari ni dah habis. Adala 5-6 orang kat belakang aku yang sempat masuk untuk amik nombor giliran sebelum security mengarahkan orang-orang lain yang tengah beratur tu untuk datang pagi esok je sebab hari ni memang diorang dah tak sempat nak proses dah. Selamat aku... tapi kesian la dekat orang-orang lain kat belakang aku yang tak sempat tu, buang masa diorang je berjam-jam beratur, pastu kena balik dan datang semula keesokan harinya. SILA DATANG SEAWAL MUNGKIN UNTUK URUSAN PERMOHONAN/PEMBAHARUAN PASPORT.

Lepas dapat nombor giliran, aku suruh wifey bawak Piji ke service centre di Puchong sebab kalau tunggu aku memang dah tak sempat sebab service centre pun bukak sampai pukul 1230hrs je hari ni. Aku pergi top-up tabung DBKL lagi sekali memandangkan 2 jam memang sangat tak mencukupi.
10:47hrs, macam seat kat stadium pun ada gak...aircond rosak pulak tu..
Dah top-up tabung DBKL, aku joined manusia-manusia lain tunggu turn untuk buat bayaran passport dan urusan-urusan seterusnya. Tengah duk menunggu tuh, boleh pulak perut aku buat hal. Aku terpaksa la keluar cari 'public bank' yang berhampiran. Tanya kat kedai gambar tadi diorang cakap 'public bank' kat tingkat atas. Aku naik la ke tingkat atas tu, cari punya cari, nasib baik jumpa, dan tak ditutup, cleaner baru je nak buat kerja-kerja pembersihan. Lega betul dapat tambah pelaburan...ceh! 
13:41hrs, tengah tunggu nak collect. Imigressen patut tutup pukul 13:00hrs!
Selesai urusan perbankan, aku rejoined the crowd kat dalam pejabat tuh. Manusia semakin berkurangan. Wifey pulak dah berjaya hantar Piji ke service centre. Dan sedang lepak-lepak makan minum di kedai area service centre tuh sementara nak menunggu aku datang amik. Aku terpaksa mintak pertolongan abang aku untuk jemput wifey balik ke rumahnya kat Kinrara so that boleh la dia lepak dan berehat sementara menunggu aku settlekan urusan renewal ni.

Dekat pukul 1400hrs, baru la nombor giliran aku dipanggil untuk urusan pengambilan passport yang telah siap diperbaharui. Perghhh..lega ... Alhamdulillah!

Wifey dah selamat sampai kat rumah abang aku. Perut aku buat hal lagi sekali. Nak balik rumah untuk tambah pelaburan rasanya macam dah tak sempat. Dari imigresen Sri Rampai tuh, aku rasa cawangan 'public bank' terdekat yang senang untuk aku berurusan adalah di pasaraya-pasaraya area tuh. Carrefour menjadi pilihan aku sebab free parking. Ha ha... maka aku berjaya melaksanakan transaksi tu dengan jayanya. Ceh!

Selesai segalanya, aku terus ke Bandar Kinrara to meet wifey dan berehat kejap setelah seharian penat beratur dan diserang cirit-birit. Nasib baik la MRR2 tak jam sangat. Selamat sampai dan berehat sambil melayan anak-anak buah. Pukul 1715hrs baru la aku dan wifey left Kinrara for Pajam...

INFO:

Nak renew passport? Selain dari meredah barisan untuk ambil nombor giliran yang sangat panjang tuh, anda jugak boleh apply untuk memperbaharui passport secara online. Ikut je arahan kat laman web jabatan imigresen tuh. Still kena sediakan 2 gambar berukuran passport, boleh bayar online melalui kad kredit. Dan boleh pilih nak pergi collect passport tuh kat pejabat imigresen cawangan mana yang sesuai dan berdekatan dengan tempat korang.

Tapikan, pegawai imigresen kat Sri Rampai tuh macam tak encourage sangat kita apply menerusi online sebab dia kata, benda-benda yang melibatkan kepentingan negara macam ni perlu dijaga dan diuruskan dengan cara yang paling baik dan selamat. Betul jugak kata dia. Urusan online ni memang banyak jugak risikonya dan ciri-ciri keselamatan yang lebih ketat perlu dilaksanakan supaya maklumat peribadi pemohon passport tak jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab!

Untuk kanak-kanak bawah umur 2 tahun, Orang Kurang Upaya (OKU) dan juga warga emas berusia 55 tahun ke atas, ada kaunter yang dikhaskan untuk mereka. Jadi, diorang tak perlu la beratur panjang macam orang-orang biasa ni. Kanak-kanak bawah umur 2 tahun tu perlu la ditemani oleh ibu atau bapa atau penjaganya. 

Sunday, January 1, 2012

Akemashite Omedetou Gozaimasu!!!

Assalamualaikum!

Selamat tahun baru 2012 kepada semua! 

Tajuk entry ni pun dalam bahasa Jepun. Tapi aku tak pasti la betul ke tak grammar dan nahunya tuh. Harap-harap betul la. Kalau salah, harap ada sensei boleh tolong betulkan! Ni sebab target nak pergi Jepun la ni...
Takde la apa yang hebat sangat pasal tahun masehi ni. Biar la orang lain nak melalak, mabuk dan berso'sial' kat luar sana. Semoga semua kawan-kawan blogger aku yang baik-baik ni semua lepak kat rumah dengan selamatnya dan jugak buat perkara yang lebih berfaedah yer! 
Aku tengah buat homework dan study isi-isi kat blog Fatt masa Semah datang landing kat tepi netbook aku ni. Ok la tuh. At least dia baring depan TV dan tak kacau aku. Tetiba ada mamat ni jeles kot nampak Semah cuba bermanja-manja dengan aku. 

Masa tu aku dah start pasang video Miraei (Kiroro; lagu Jepun yang glamour tuh...). Mamat tuh dah mula datang kat tepi aku. Semah nampak mamat ni approach aku, terus dia blah, keluar dari rumah dan lepak bawah kereta. Maka mamat itu, lakonan Kaka, dengan perasaan tak bersalahnya me'landing'kan tubuhnya yang tak berapa nak kecik tuh atas keyboard netbook aku. 

Kalau landing saja takpe la, ni siap terus pejam mata macam dah mengantuk sangat...
Dan terus aku tak leh sambung study isi blog Fatt tuh bila keyboard netbook aku dah hilang dari pandangan mata. Nampak la mouse tuh kat tepi ekor Kaka neh...

Sedap sangat la kot tidur sambil dengar lagu Jepun dan yang penting berjaya menghalau Semah dari nak bermanja-manja dengan aku...ha ha ha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...