Kelly 3572

Wednesday, December 7, 2011

Pavillion KL Diserang Beruang!!!

Assalamualaikum

Lunch tadi, aku takde selera sangat nak makan. Nak habiskan masa dan hilangkan kesejukan, aku merayau panaskan badan. 

Pergi ke gerai kat Jalan Walter Grenier, tapi tak berniaga pulak diorang hari ni. Ingat nak layan mee goreng. Takde rezeki. 

Aku proceed ke McD Bukit Bintang. Baru sampai kat depan pintu McD, aku dah nampak 2 line beratur panjang sampai ke pintu. Perghhh...lama ni kalau nak menunggu. Buang masa je kan. Aku terus keluar dari McD. Patah balik ke arah office. Takde rezeki nak makan McD. 

On the way balik, masa sampai depan Pavillion...nampak sesuatu yang bewarna-warni. Dan ramai orang sibuk bergambar dengan lembaga yang colourful tuh...
United Buddy Bears? Aku tak tahu pun apa bendanya semua ni.Pameran beruang ke? Bukan... promosi untuk Krismas ke? Bukan jugak... 
Bila aku baca kat gambar yang 1st tu, baru la aku dapat agak motif beruang-beruang ni terpacak kat depan Pavillion ni. Semua beruang ni mewakili negara-negara kat dunia ni yang cuba menyampaikan mesej keamanan, hormat-menghormati sesama manusia. Bendera negara setiap beruang tuh ada kat tengah antara 2 kaki beruang tuh. 
Pameran ni mula-mula sekali diadakan di Berlin, Germany pada tahun 2002. Selepas tu, pameran ni terus dibuat setiap tahun sampai la sekarang ni. Tapi bukan la buat setahun sekali. Malaysia menjadi negara Asia Tenggara yang pertama menjadi persinggahan United Buddy Bears ni. 
ni la bear yang paling cute... hisap cerut...mesej yang tak bagus!

dari Cuba rupanya bear yang hisap cerut ni...

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal UBB ni, surf la website UBB ni ok. Nak baca kat Wikipedia pun boleh jugak. 

Terpikir jugak, sesuai ke patung beruang ni dijadikan simbol pembawa mesej keamanan? Aku rasa macam tak berapa sesuai je. 
Lepas selesai aku amik gambar beruang kat luar Pavillion, aku masuk dalam pulak. Lapar, tapi tak tahu nak makan apa. 

Tetiba je aku teringat nak jalan-jalan ke Tokyo Street dalam Pavillion tuh. Macam-macam ada kat Tokyo Street tuh. Ada kedai yang jual barang-barang kegunaan seharian, ada kedai makan, ada yang jual minuman. Tetapi semuanya berasal dari Jepun. Kepada mereka yang berminat dengan budaya Jepun dan ingin merasa suasana Jepun, boleh la jalan-jalan ke Tokyo Street ni. 

Aku masuk kedai serbaneka je kat Tokyo Street ni. Memang banyak la jugak barang-barang pelik yang aku rasa orang Malaysia tak guna tetapi orang Jepun gunakan. Aksesori kereta pun ada jugak. Kalau korang ke Pavillion, aku rekemen korang singgah la ke Tokyo Street ni.

2 comments:

Ninie Hanis said...

last2 idak le makan ye?haish..kalau sy belasah je roti.biasanya kalau tgh jalan2 lapar tp kedai mkn limited (yg halal kt sini) mmg singgah bakery jelah.ape lagi rembat cheese n onion ngan hot choc.tp yelah kt mesia mesti lain kan.dulu lunch mesti mau proper,kalau tak tak kenyang kot. :p

Mijoe said...

a'a Ninie. tak makan sudahnye..he he..tapi kat mesia takpe la. Kalau kat tempat orang, mmg kena gak cari benda yg boleh makan..he he

kem salam kat en Zaid. Dgn ucapan, marilah kita tumpukan perhatian pada Europa League pulak..he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...