Friday, December 30, 2011

First Experience Tengok Majlis PengIslaman Saudara Baru

Assalamualaikum

Hari ni masa lepas solat Jumaat kat masjid As-Syakirin KLCC, aku dengar diorang announce ada upacara pengIslaman 2 orang saudara baru anjuran Islamic Outreach ABIM. Aku pun sangat excited sebab selama ni, aku tak pernah tengok majlis seumpamanya secara live!
Muslimah yang baru...suci bak kain putih..Alhamdulillah!
Aku cepat-cepat masuk dalam dewan solat sebab nak tengok dari dekat dan nak amik gambar nak buat blog entry ni. Tapi sebab ramai jemaah lain excited jugak macam aku, maka pandangan aku terhalang. Aku pun naik ke tingkat atas untuk dapatkan view yang lebih bagus. 
Dan ketiga-tiga gambar ni la hasilnya. Aku terlepas peluang nak amik gambar saudara Sulaiman (Solomon nama asalnya; warga Nigeria) mengucapkan 2 kalimah Syahadah. Aku cuma sempat amik gambar saudari Aisyah (warga Malaysia; keturunan tak pasti) ni je.
Alhamdulillah! Semoga mereka menerima hidayah dan petunjuk yang betul dari Allah, bukannya menerima Islam di atas sebab-sebab atau kepentingan duniawi yang lain. Di saat dunia, khususnya golongan muda semakin tersimpang jauh dari ajaran dan pegangan hidup yang betul, masih ada dan ramai lagi di luar sana yang sedar dan tercari-cari haluan hidup yang benar. 

Islamic Outreach ABIM ni merupakan sebuah badan NGO yang ditubuhkan pada tahun 1987, bertujuan untuk berdakwah menyampaikan syiar Islam kepada pelbagai golongan masyarakat tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama. 

IOA mengalu-alukan anda semua untuk menjadi sukarelawan mereka untuk membantu golongan seperti saudara baru, memberi sumbangan tenaga ataupun berbentuk kewangan untuk membantu IOA melaksanakan program dakwah mereka. Banyak lagi sebenarnya manfaat lain yang kita boleh dapati dari IOA ni. Untuk maklumat lanjut, lawatilah laman web diorang ni:


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...