Saturday, December 3, 2011

Dapat Hadiah...

Assalamualaikum

Pagi ni aku memang menunggu kedatangan gadget/home appliances ni ke rumah aku. Lepas penat lelah rabak poket menggunakan kad hutang Siti, maka ni la hasilnya setelah bertahun-tahun menye'wipe' kad itu di kedai-kedai seantero Malaysia. 
Actually orang courier tuh nak hantar 2-3 hari sebelum ni lagi, tapi since takde orang nak ambil, maka, terpaksa la tunggu weekend jugak. 
Courier sampai pukul 11am. Excited betul nak tengok microwave baru ni. Terasa macam nak buat kek pulak bila dah ada menatang ni. Wifey sure tak sabar nak test ke'efficient'nan benda ni. 
Kalau kat kedai berapa ratus la harga microwave camni? Berbaloi la jugak jadi pelanggan setia Cik Siti, dapat jugak reward barang kegunaan dapur yang jadi macam satu keperluan masa kini.
Bunyi macam nak promote kad hutang Cik Siti je...ha ha. Apa-apa pun, gunalah kad hutang itu sebaik-baiknya. Jangan berbelanja melebihi pendapatan semata-mata inginkan kemewahan hidup dan mengikut trend terkini. Kalau ada kad hutang tu, tak payah la apply banyak sangat, nanti tak terkawal pulak perbelanjaan tuh. Paling banyak pun, 2 kad pun jadi lah. Itupun dah bahaya jugak tuh. Mungkin guna kad debit lebih selamat kot. Cuma, kalau ada kad kredit, tak perlu kita bawak cash yang banyak ke sana sini. Tu pun satu kebaikan jugak. Fikir-fikirkanlah...

2 comments:

aby said...

salam mijoe ..
tahniah dapat hadiah ..
aby tk pakai kad ..
guna cash jer ..
takut rambang mata bila tengok benda yg exotic ..
jd overspend nanti

Mijoe said...

@aby

nasib baik setakat ni saya masih lagi sangat berdisiplin dlm menggunakan kad hutang neh..he he. tak pernah kena charge interest lagi la setakat ni... a very good paymaster kata org sitibeng.

semoga saya terus berdisiplin..InsyaAllah. Amin :)

yg eksotik tuh saya tau apa bang..ha ha..yg berbulu tu la kan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...