Kelly 3572

Tuesday, December 6, 2011

Awang... Awang... Balik Kampung La...

Assalamualaikum 

Baru je semalam aku copy paste Harian Metro pasal pendatang bermasalah dan perosak wanita-wanita tempatan. Hari ni muncul lagi berita pasal diorang. Tak habis-habis buat hal. 

Masa aku kecik-kecik dulu, pendatang susah nak dijumpai kat Malaysia ni. Hari ni, diorang lagi ramai dari kita kot. Dah la rakyat tempatan pun bermasalah, tambah lagi masalah diorang ni pulak. Masalah yang tak akan selesai, semakin bertambah ada la.  

Awang Hitam belasah drebar teksi

KUALA LUMPUR: Dua Awang Hitam bukan saja enggan membayar tambang teksi dijanjikan, malah turut membelasah pemandu teksi yang mereka naiki dalam kejadian di Jalan Hartamas 1, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, mangsa yang dikenali sebagai Afendy, 29, mulanya menerima panggilan daripada pusat panggilan teksi untuk mengambil penumpang di Segambut.

Menurutnya, sebaik tiba, empat penumpang iaitu dua lelaki Afrika bersama dua wanita Eropah menaiki teksinya.

Katanya, dia diminta menghantar mereka ke Hartamas Regency 2 dan sebaik tiba di lokasi berkenaan, seorang daripada wanita berkenaan turun manakala tiga lagi penumpang termasuk dua lelaki Afrika itu meminta meneruskan perjalanan ke Jalan Hartamas 1.

“Selepas tiba, seorang lagi penumpang wanita turun dan apabila ditanyakan kepada penumpang lelaki, mereka meminta saya menghantar mereka ke Damansara Heights pula.

“Saya menghubungi pusat panggilan semula dan terkejut apabila dimaklumkan penumpang berkenaan hanya memaklumkan mahu ke satu destinasi iaitu Bukit Kiara,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AwangHitambelasahdrebarteksi/Article/index_html
Credit to Harian Metro

2 comments:

Dwen Ihsan said...

MENTERI kena campur tangan bagi menangani permasalahan ni..

Mijoe said...

bukan takat campur tangan je, kaki pun kena campur jugak...

dia tunggu anak menteri or VVIP jadi mangsa baru la diorang halau.. kalau rakyat biasa je yg kena, takpe, kita akan guna kaedah tertentu utk menjinakkan awang hitam itu..ha ha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...