Kelly 3572

Monday, December 5, 2011

Apa Nak Jadi Dengan Negaraku Yang Tercinta Ni???

Assalamualaikum

Ni semua petikan daripada akhbar Harian Metro hari ni. Aku copy paste balik buat bacaan korang yang tak berkesempatan membeli ataupun membacanya di internet.

Nak komen lebih-lebih tak boleh, sebab ikan besar marah kena perli. Habis la sumber nak cari makan kot. Kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas dengan penuh amanah dan jujur, syabas! Semoga Allah melindungi anda semua. Amin.

Suspek telan dadah ditembak mati

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Nigeria yang menelan ketulan dadah dan berada di bawah tahanan polis ditembak mati selepas dia mengamuk serta menyerang anggota polis yang mengawasinya di Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam kelmarin.

Lelaki berusia 31 tahun itu maut selepas terkena tiga das tembakan sejurus dia menyerang polis dan berlaku pergelutan selama beberapa minit di wad 18, katil 10 hospital itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh, berkata kejadian berlaku jam 9.45 malam itu dan suspek sebelum itu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) serta dipercayai menelan ketulan dadah untuk menghilangkan bukti.

Menurutnya, suspek tiba di Malaysia pada Khamis lalu sebelum ditahan polis di sebuah hotel di Bukit Bintang, di sini, keesokannya kerana menerima aduan suspek membuat kecoh dan mengganggu orang ramai.

“Polis menjalankan pemeriksaan percaya suspek berada di bawah pengaruh dadah sebelum menahannya pada jam 11.13 pagi (kelmarin). “Suspek dimasukkan ke HKL pada jam 1.40 tengah hari semalam berikutan imbasan X-ray mendapati ada ketulan dadah di dalam ususnya,” katanya.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan dadah jenis syabu dirampas daripada mangsa adalah 46 ketul seberat 831.41 gram bernilai RM300,000.

“Ini termasuk 21 ketulan yang pihak hospital berjaya keluarkan daripada usus mangsa. Manakala 25 ketulan lagi dirampas ketika mangsa ditahan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Suspektelandadahditembakmati/Article/index_html

200 Awang Hitam kepung anggota penguat kuasa

MANTIN: Akibat berang melihat rakan senegara mereka ditahan, lebih 200 Awang Hitam mengepung membantah tindakan anggota penguat kuasa dalam satu operasi di penempatan ‘Mini Afrika’ di sebuah pangsapuri berhampiran sebuah kolej swasta, di sini, semalam.

Dalam Ops Ajar yang bermula jam 9 malam dan berakhir lapan jam kemudian, seramai 111 anggota Jabatan Imigresen termasuk 30 anggota dari Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), empat anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tujuh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan enam petugas media dikepung sekumpulan pelajar warga Afrika terbabit selepas seorang daripada mereka menyekat laluan utama keluar dari kolej kediaman berkenaan menggunakan sebuah kereta.

Difahamkan, tindakan kurang ajar pelajar asing itu menyebabkan seorang anggota imigresen cedera ketika bergelut untuk menggari lelaki yang membuat halangan itu, malah keadaan tegang sehingga ada antara mereka melepaskan tumbukan serta tendangan liar ke arah kenderaan penguat kuasa.

Walaupun cuba ditenteramkan, Awang Hitam terbabit melawan dan mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat dan lucah selain membuat alasan supaya rakan mereka yang seramai 16 orang termasuk seorang wanita yang ditahan di beberapa rumah di pangsapuri itu dalam operasi pertama kerana kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa di negara ini secara haram, dibebaskan.

Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman, berkata dalam kejadian itu, pihaknya menahan dua lelaki warga Nigeria menghalang tugas penjawat awam.

“Kami cuba meminta mereka bekerjasama, tetapi sebahagian daripada kumpulan itu menggunakan kekuatan fizikal untuk mengelak ditahan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/200AwangHitamkepunganggotapenguatkuasa/Article

‘Dia kekasih saya’

MANTIN: Seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta (gambar) dicekup dalam keadaan separuh bogel bersama teman lelaki warga Nigeria dalam bilik di tingkat lima sebuah apartmen yang disewa dan dikongsi mereka bersama sekumpulan lelaki warga Afrika, awal pagi semalam.

Ketika serbuan jam 4 pagi itu, selain pasangan terbabit, sembilan lagi lelaki warga Nigeria berada dalam rumah berkenaan berpesta arak di ruang tamu kononnya sempena meraikan sambutan hari jadi seorang daripada mereka.

Sumber berkata, ketika serbuan penguat kuasa Jabatan Imigresen terpaksa mengetuk pintu bilik penuntut itu yang berkunci dari dalam lebih 30 minit, namun tidak dibuka menyebabkan pintu dipecahkan.

“Sebaik pintu terbuka, seorang perempuan warga tempatan berada di atas tilam dalam keadaan separuh bogel bersama seorang lelaki warga Nigeria yang turut berbogel. 

 “Apabila disoal siasat, dia (pelajar perempuan) yang berusia 20-an mengaku lelaki Nigeria itu kekasihnya dan mereka rakan sekelas ketika belajar di kolej itu,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/2011120504161320111205041613/Article

credit to: Harian Metro

4 comments:

meowwmania said...

astagfirullah al-azim.....


sedih bercampur takut :((

Mijoe said...

tu la pasal..tak cukup dengan masalah rakyat tempatan, PATI n PADI lagi kurang ajar. Gomen buat apa? Kesian jugak kat polis semua tuh, mmg patut hantar semua balik...

Nasik said...

Jangan bagi muka kat awang hitam nii, dah melampau sangat.....

Mijoe said...

@Nasik

terima kasih Nasik sebab singgah dan menyatakan sokongan.

Bila Malaysia terlampau bagi muka kat awang2 lain, tgk la apa dah jadi, dah berkampung, beranak pinak etc... ni datang pulak bala baru...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...