Saturday, December 31, 2011

Jack and Jill

Assalamualaikum

Lama gila aku tak pergi tengok wayang. Balik kerja tadi terus keluar dinner dan cakap dengan wifey nak tengok wayang. Cerita apa nak tengok belum tahu lagi. Main redah je dulu.

Bila sampai TGV Wangsa Walk Mall, tengok ramai jugak la orang beratur nak beli tiket. Cerita yang diorang tayang kat TGV sini takde la banyak sangat yang best. MI Ghost Protocol tu ok la. Pastu citer The Awakening, Jack and Jill etc.
wifey tengah beratur nak beli popcorn!
Last-last kitorang tengok Jack and Jill je sebab citer lain semua timing dah lari. Lagipun masa tu kitorang belum dinner lagi. Show Jack and Jill tuh start pukul 1150hrs. Kitorang beli tiket tu baru pukul 1000hrs. Yang bestnya, beli tiket pun guna kad kredit Citibank sebab dapat harga lebih murah berbanding kalau beli secara tunai. Kalau beli cash, tiket untuk seat biasa RM14 sorang. Bila guna Citibank Credit Card tuh, dapat RM10 je sorang. Perghh..jimat RM4! Tapi aku tak pasti la promotion Citibank ni sampai bila...

Planned nak dinner kat Popeye fast food kat bawah, tapi bila kitorang turun ke ground floor tengok-tengok Popeye dah tutup! Ceh..awal pulak tutup malam-malam minggu neh. Aku dengan wifey pergi dinner kat Sri Ayutthaya je sebab dah tahu mana nak dinner yang best kat nearby area. Kebetulan pulak memang dah lama bercadang nak merasa makan kat restoren tuh. Nampak macam best je.

Ha ha.. memang best pun, bill untuk 2 orang makan pun best giler. Bagi aku yang berpendapatan tak berapa cun ni, aku rasa price kat situ agak over my budget la. Baik aku makan kat Fiske or TLG kot. 2 orang dinner = RM81 lebih termasuk government tax. 2 nasi putih, aku minum teh tarik, wifey minum lemon juice. Lauk pulak kailan ikan masin, telur dadar dan jugak tomyam seafood. Memang la sedap masakannya tuh, cuma agak mahal ler...he he. Lepas ni dah tak payah pergi makan kat sini kecuali ada orang sudi nak belanja..ha ha.

Lepas makan, terus kitorang ke TGV semula. Citer Jack and Jill tuh takde la kelakar sangat. Biasa la, kalau siapa follow cerita lakonan Adam Sandler ni, banyak lawak bodoh la. Aku pun tak rekemen korang tengok movie ni. Baik tengok Mission Impossible tu...
Poster taken from Film.com. Credits to them!

Friday, December 30, 2011

First Experience Tengok Majlis PengIslaman Saudara Baru

Assalamualaikum

Hari ni masa lepas solat Jumaat kat masjid As-Syakirin KLCC, aku dengar diorang announce ada upacara pengIslaman 2 orang saudara baru anjuran Islamic Outreach ABIM. Aku pun sangat excited sebab selama ni, aku tak pernah tengok majlis seumpamanya secara live!
Muslimah yang baru...suci bak kain putih..Alhamdulillah!
Aku cepat-cepat masuk dalam dewan solat sebab nak tengok dari dekat dan nak amik gambar nak buat blog entry ni. Tapi sebab ramai jemaah lain excited jugak macam aku, maka pandangan aku terhalang. Aku pun naik ke tingkat atas untuk dapatkan view yang lebih bagus. 
Dan ketiga-tiga gambar ni la hasilnya. Aku terlepas peluang nak amik gambar saudara Sulaiman (Solomon nama asalnya; warga Nigeria) mengucapkan 2 kalimah Syahadah. Aku cuma sempat amik gambar saudari Aisyah (warga Malaysia; keturunan tak pasti) ni je.
Alhamdulillah! Semoga mereka menerima hidayah dan petunjuk yang betul dari Allah, bukannya menerima Islam di atas sebab-sebab atau kepentingan duniawi yang lain. Di saat dunia, khususnya golongan muda semakin tersimpang jauh dari ajaran dan pegangan hidup yang betul, masih ada dan ramai lagi di luar sana yang sedar dan tercari-cari haluan hidup yang benar. 

Islamic Outreach ABIM ni merupakan sebuah badan NGO yang ditubuhkan pada tahun 1987, bertujuan untuk berdakwah menyampaikan syiar Islam kepada pelbagai golongan masyarakat tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama. 

IOA mengalu-alukan anda semua untuk menjadi sukarelawan mereka untuk membantu golongan seperti saudara baru, memberi sumbangan tenaga ataupun berbentuk kewangan untuk membantu IOA melaksanakan program dakwah mereka. Banyak lagi sebenarnya manfaat lain yang kita boleh dapati dari IOA ni. Untuk maklumat lanjut, lawatilah laman web diorang ni:


Monday, December 26, 2011

Happy 7th Anniversary To Apai & Tort

Assalamualaikum

Hari ni ialah anniversary my only sister. Dan jugak ulangtahun tsunami yang paling ganas tuh. 

My sister la yang proposed nak buat family gathering ni sebab kebetulan cuti Krismas yang dibawa ke hari ni. Maka semua berjaya berkumpul untuk buat tahlil ringkas dan makan-makan pun ringkas jugak. 
first time dapat snap gambar kesemua Amirs
Anniversary sister aku, tapi aku lupa nak snap gambar dia sekeluarga. Pergi amik gambar anak-anak buah yang lelaki ni je..he he. 

Gambar makanan pun takde yang dirakam. Lapar sangat kot sampai lupa nak amik gambar! Menu biasa-biasa je, nasi putih, ikan bakar dan jugak seafood lain pun ada la sket. Mama buat nasi dagang. Wifey buat fruit salad for desert. Best! Kak Ima served mint tea favourite aku. Bergelas-gelas non-stop aku minum...he he. Cheese cake dari Secret Recipe pun ada gak.

To Apai, Tort, Hana & Hani, semoga panjang umur, murah rezeki, diterima segala amal ibadah dan diberkati semuanya, Amin. 

Friday, December 23, 2011

Suka Betul Makan Kat Fiske Steakhouse Ye...

Assalamualaikum

Sekarang ni memang Fiske Steakhouse ni jadi macam menu wajib setiap bulan kot. Ke setiap 3 minggu? Ha ha. Takpe, benda yang best dan harga berpatutan, kita boleh la pergi selalu kan.
Balik dari kerja, terus kitorang ke Fiske. Lapar!!! Nak parking pun susah sebab orang sangat ramai malam ni. Cuti sekolah dan hujung minggu kot. Terpaksa la kitorang parking kereta jauh sket. 
Mixed Grill; RM20.00
Dengan perut yang lapar, kali ni aku pesan Mixed Grill yang ada ayam, daging lembu dan jugak daging kambing bertindih-tindih macam dalam gambar kat atas ni la. Memang sedap la kena dengan blackpepper sauce, pastu dengan coleslaw yang sangat best tu. 
Special Grilled Fish; RM14.00
Yang wifey order ni pun, tak kurang jugak sedapnya. Ada la jugak diorang taruk spagetti sket kat bawah isi ikan tuh. 

Kenyang betul aku lepas berjaya habiskan Mixed Grill tuh. Kalau sesiapa yang boleh makan semua benda dalam Mixed Grill tuh, berbaloi la order. 

Next visit aku nak makan apa pulak? 

Sunday, December 18, 2011

Bermalas-malasan Di Petang Ahad

Assalamualaikum

Cuaca mendung macam ni memang best tidur, lepak-lepak sambil tengok tv. Bukan takat manusia je jadi tak aktif dan tak produktif, kucing pun sama je.
Semah jadi mangsa buli Ronaldo!!!
Gambar atas ni memang lawak betul la. Aku nampak macam Ronaldo dah sapu Semah masuk dalam penyodok tu je. Elok je 2-2 tuh macam kepenatan lepas sapu daun pokok manggis! 
JANGAN BISING!!!
Kaka kalau dah dapat port favourite dia kat sofa ni, memang takde apa yang boleh kejutkan dia. Orang bising camne pun, rileks je. Tak tahu la kalau bom meletup dia sedar ke tak. Kalau Semah jumpa sofa ni, memang biasanya jadi tempat mencakar je. 

Sofa ni memang favourite port Kaka sejak dia kecik dan muda remaja lagi... 
AGAK-AGAK RUNTUH TAK SOFA NI NANTI?
Semah ni saje je lepak bawah sofa sebab nak melarikan diri dari nephews aku yang duk cuba berbaik-baik dengan Semah. Nasib baik la yang duduk atas sofa tuh tak melebihi muatan. Kalau tak memang terberak la Semah kena penyet... 
DAH NAK JADI KUCING PENYET DAH ...

Friday, December 16, 2011

I Looooove Friday!!!!

Assalamualaikum

Dah hari Jumaat! Macam baru je terasa aku lepas solat Jumaat minggu lepas. Masa berlalu terlampau cepat. Umur dah makin lanjut. Amal ibadah masih lagi di takuk lama. Takde pembaharuan langsung.
ye, saya kucing betina yang paling bersopan santun di Kampung Baharu KL
Sempena hari Jumaat yang mulia ini, saya bersama kucing betina Kampung Baharu yang sangat serius dalam gambar kat atas ni ingin mengajak pembaca yang tersesat ke blog ni untuk bersama-sama meningkatkan amal ibadah kita semua. Kurangkan aktiviti yang tak berfaedah dan melalaikan.

Marilah sama-sama kita menjaga kebersihan diri, persekitaran dan negara kita. Elok dan boleh mencegah banjir kilat akibat longkang tersumbat dan longkang yang disumbat!

Jangan abaikan kebajikan meow-meow di dunia ini. Pelihara dan sayangilah mereka sebaiknya. Kepada yang tak suka meow, jangan la pulak di dera binatang yang Rasulullah pun sayang ni. Bukan bermakna boleh dera binatang lain. Janganlah mendera baik binatang apatah lagi manusia.

Sesungguhnya, kiamat dah semakin hampir. Semoga kita semua sempat bertaubat nasuha dan kembali ke jalan yang diredhaiNya sebelum terlambat.

Ikhlas dari saya dan kucing betina Kampung Baharu yang berwajah serius selepas aku bagi dia tulang ayam tapi dia eksyen, takmo makan, pastu usha aku macam tak puas hati giler dan nak ajak gaduh.

Sunday, December 11, 2011

Perhimpunan Haram!

Assalamualaikum

perhimpunan tanpa permit!!!!


Semah!!! pandang la kamera ni...

sibuk dengan grooming jer..

wooiii, pandang le sini!!!

apa yang kecoh sangat tu bro? nape dengan Semah tu?

aku cukup pantang kalau kucing takmo posing depan kamera neh...pekata lu amik gambar gua je bro?
Hari ni Ronaldo je yang mandi. Maklum la, dah lewat petang baru nak mandi. Tak sempat nak mengerjakan Kaka. Semah dapat excused sebab dia baru je di'frontline' 2-3 hari sebelum tuh. Next week boleh la dia mandi. Tapi kena la ikut turn lepas Kaka...

Thursday, December 8, 2011

Man United Out Of Champions League!

Assalamualaikum

Dan selamat pagi! He he. Entry paling awal la ni... kira macam berita terkini or breaking news!

Ni sure semua football follower yang anti MU paling suka dengar berita ni. Ha ha.

MU kalah dengan Basel 1-2. Secara automatiknya, tak layak untuk ke pusingan seterusnya iaitu last 16 knock-out stage. MU menduduki tangga ke 3 dalam kumpulan C di belakang Benfica dan Basel dan di hadapan Otelul Galati. 

Aku sangat frust..ni tengah nangis giler la ni sampai 10 kotak tissue Premier kat rumah aku dah habis...ha ha ha. Takde la menangis..saja je nak kasi MU haters happy sikit tengok MU fans menangis. 

Basel deserve the victory? Off course they deserved it. They play to win, but United play only for a draw... from the way they played la. Anyway, a defeat is still a defeat. And it's only the second time since 1996 that United eliminated from Champions League group stages, kalau tak silap aku la. Takkan la nak selalu qualify kan. Life is full of ups and downs. Take it positively and learn from the defeat. A good lesson for Phil Jones, Chris Smalling, Federico Macheda, Danny Welbeck and David de Gea. Ni semua player muda MU yang main malam ni. Average dalam 20 tahun jer. They have a lot of times to improve. Tengok la season depan macamana pulak hasilnya.

Injuries? Nemanja Vidic pulak nampak injured yang agak serious. Bertambah lagi la pulak senarai player yang injured. Berbatov, Owen, Chicharito, Anderson, Cleverly, Fabio, Rafael. Semua player yang penting neh. Dah la musim 2011/2012 panjang lagi ni. Silap-silap MU tak menang apa-apa piala pun musim ni. 

MU still in contention for Europa League; second tier Europe football competition, FA Cup and Premier League. Last week dah out of Carling Cup. Hari ni Champions League pulak. Dah la FA Cup kena lawan Pekan Manusia kat stadium diorang nanti. Nak kena belasah 12-2 pulak ke? He he he.. hari tu main kat Old Trafford pun kalah 1-6, ni main away aku predict kena la double kot...ha ha ha.

Apa lagi yang positif dari game ni ek? Ooo.. Phil Jones continues his scoring form! Walaupun a scrappy goal, it's still a goal. Cuma agak terlambat je. Kalau dia score minit ke 80 camtu, mungkin la United can change the result. Europa League pun layan je la. Ada jugak hadiah dan trophynya nanti kalau MU boleh menang. 

Pekan Manusia pun out jugak dari Champions League, walaupun diorang berjaya kalahkan Bayern Munich yang dah already qualify tuh. They need a win as well, tapi sebab Napoli pun menang, so Pekan Manusia terpaksa la bertanding kat Europa League jugak, macam MU. Dalam internet tadi aku tengok tajuk berita; Disaster For Manchester! Sebab 2-2 team ni out dari CL.

Kejap lagi pergi office kena la tahan telinga kena sindir, perli dan boo dari MU Haters ni...he he he. Takpe, diorang benci sebab team diorang tak boleh berjaya macam MU dibawah seorang pengurus. Kena 400 kali tukar manager baru menang...

Glory Glory Man United!!! :)

Wednesday, December 7, 2011

Pavillion KL Diserang Beruang!!!

Assalamualaikum

Lunch tadi, aku takde selera sangat nak makan. Nak habiskan masa dan hilangkan kesejukan, aku merayau panaskan badan. 

Pergi ke gerai kat Jalan Walter Grenier, tapi tak berniaga pulak diorang hari ni. Ingat nak layan mee goreng. Takde rezeki. 

Aku proceed ke McD Bukit Bintang. Baru sampai kat depan pintu McD, aku dah nampak 2 line beratur panjang sampai ke pintu. Perghhh...lama ni kalau nak menunggu. Buang masa je kan. Aku terus keluar dari McD. Patah balik ke arah office. Takde rezeki nak makan McD. 

On the way balik, masa sampai depan Pavillion...nampak sesuatu yang bewarna-warni. Dan ramai orang sibuk bergambar dengan lembaga yang colourful tuh...
United Buddy Bears? Aku tak tahu pun apa bendanya semua ni.Pameran beruang ke? Bukan... promosi untuk Krismas ke? Bukan jugak... 
Bila aku baca kat gambar yang 1st tu, baru la aku dapat agak motif beruang-beruang ni terpacak kat depan Pavillion ni. Semua beruang ni mewakili negara-negara kat dunia ni yang cuba menyampaikan mesej keamanan, hormat-menghormati sesama manusia. Bendera negara setiap beruang tuh ada kat tengah antara 2 kaki beruang tuh. 
Pameran ni mula-mula sekali diadakan di Berlin, Germany pada tahun 2002. Selepas tu, pameran ni terus dibuat setiap tahun sampai la sekarang ni. Tapi bukan la buat setahun sekali. Malaysia menjadi negara Asia Tenggara yang pertama menjadi persinggahan United Buddy Bears ni. 
ni la bear yang paling cute... hisap cerut...mesej yang tak bagus!

dari Cuba rupanya bear yang hisap cerut ni...

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal UBB ni, surf la website UBB ni ok. Nak baca kat Wikipedia pun boleh jugak. 

Terpikir jugak, sesuai ke patung beruang ni dijadikan simbol pembawa mesej keamanan? Aku rasa macam tak berapa sesuai je. 
Lepas selesai aku amik gambar beruang kat luar Pavillion, aku masuk dalam pulak. Lapar, tapi tak tahu nak makan apa. 

Tetiba je aku teringat nak jalan-jalan ke Tokyo Street dalam Pavillion tuh. Macam-macam ada kat Tokyo Street tuh. Ada kedai yang jual barang-barang kegunaan seharian, ada kedai makan, ada yang jual minuman. Tetapi semuanya berasal dari Jepun. Kepada mereka yang berminat dengan budaya Jepun dan ingin merasa suasana Jepun, boleh la jalan-jalan ke Tokyo Street ni. 

Aku masuk kedai serbaneka je kat Tokyo Street ni. Memang banyak la jugak barang-barang pelik yang aku rasa orang Malaysia tak guna tetapi orang Jepun gunakan. Aksesori kereta pun ada jugak. Kalau korang ke Pavillion, aku rekemen korang singgah la ke Tokyo Street ni.

Tuesday, December 6, 2011

Awang... Awang... Balik Kampung La...

Assalamualaikum 

Baru je semalam aku copy paste Harian Metro pasal pendatang bermasalah dan perosak wanita-wanita tempatan. Hari ni muncul lagi berita pasal diorang. Tak habis-habis buat hal. 

Masa aku kecik-kecik dulu, pendatang susah nak dijumpai kat Malaysia ni. Hari ni, diorang lagi ramai dari kita kot. Dah la rakyat tempatan pun bermasalah, tambah lagi masalah diorang ni pulak. Masalah yang tak akan selesai, semakin bertambah ada la.  

Awang Hitam belasah drebar teksi

KUALA LUMPUR: Dua Awang Hitam bukan saja enggan membayar tambang teksi dijanjikan, malah turut membelasah pemandu teksi yang mereka naiki dalam kejadian di Jalan Hartamas 1, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, mangsa yang dikenali sebagai Afendy, 29, mulanya menerima panggilan daripada pusat panggilan teksi untuk mengambil penumpang di Segambut.

Menurutnya, sebaik tiba, empat penumpang iaitu dua lelaki Afrika bersama dua wanita Eropah menaiki teksinya.

Katanya, dia diminta menghantar mereka ke Hartamas Regency 2 dan sebaik tiba di lokasi berkenaan, seorang daripada wanita berkenaan turun manakala tiga lagi penumpang termasuk dua lelaki Afrika itu meminta meneruskan perjalanan ke Jalan Hartamas 1.

“Selepas tiba, seorang lagi penumpang wanita turun dan apabila ditanyakan kepada penumpang lelaki, mereka meminta saya menghantar mereka ke Damansara Heights pula.

“Saya menghubungi pusat panggilan semula dan terkejut apabila dimaklumkan penumpang berkenaan hanya memaklumkan mahu ke satu destinasi iaitu Bukit Kiara,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AwangHitambelasahdrebarteksi/Article/index_html
Credit to Harian Metro

Monday, December 5, 2011

Apa Nak Jadi Dengan Negaraku Yang Tercinta Ni???

Assalamualaikum

Ni semua petikan daripada akhbar Harian Metro hari ni. Aku copy paste balik buat bacaan korang yang tak berkesempatan membeli ataupun membacanya di internet.

Nak komen lebih-lebih tak boleh, sebab ikan besar marah kena perli. Habis la sumber nak cari makan kot. Kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas dengan penuh amanah dan jujur, syabas! Semoga Allah melindungi anda semua. Amin.

Suspek telan dadah ditembak mati

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Nigeria yang menelan ketulan dadah dan berada di bawah tahanan polis ditembak mati selepas dia mengamuk serta menyerang anggota polis yang mengawasinya di Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam kelmarin.

Lelaki berusia 31 tahun itu maut selepas terkena tiga das tembakan sejurus dia menyerang polis dan berlaku pergelutan selama beberapa minit di wad 18, katil 10 hospital itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh, berkata kejadian berlaku jam 9.45 malam itu dan suspek sebelum itu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) serta dipercayai menelan ketulan dadah untuk menghilangkan bukti.

Menurutnya, suspek tiba di Malaysia pada Khamis lalu sebelum ditahan polis di sebuah hotel di Bukit Bintang, di sini, keesokannya kerana menerima aduan suspek membuat kecoh dan mengganggu orang ramai.

“Polis menjalankan pemeriksaan percaya suspek berada di bawah pengaruh dadah sebelum menahannya pada jam 11.13 pagi (kelmarin). “Suspek dimasukkan ke HKL pada jam 1.40 tengah hari semalam berikutan imbasan X-ray mendapati ada ketulan dadah di dalam ususnya,” katanya.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan dadah jenis syabu dirampas daripada mangsa adalah 46 ketul seberat 831.41 gram bernilai RM300,000.

“Ini termasuk 21 ketulan yang pihak hospital berjaya keluarkan daripada usus mangsa. Manakala 25 ketulan lagi dirampas ketika mangsa ditahan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Suspektelandadahditembakmati/Article/index_html

200 Awang Hitam kepung anggota penguat kuasa

MANTIN: Akibat berang melihat rakan senegara mereka ditahan, lebih 200 Awang Hitam mengepung membantah tindakan anggota penguat kuasa dalam satu operasi di penempatan ‘Mini Afrika’ di sebuah pangsapuri berhampiran sebuah kolej swasta, di sini, semalam.

Dalam Ops Ajar yang bermula jam 9 malam dan berakhir lapan jam kemudian, seramai 111 anggota Jabatan Imigresen termasuk 30 anggota dari Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), empat anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tujuh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan enam petugas media dikepung sekumpulan pelajar warga Afrika terbabit selepas seorang daripada mereka menyekat laluan utama keluar dari kolej kediaman berkenaan menggunakan sebuah kereta.

Difahamkan, tindakan kurang ajar pelajar asing itu menyebabkan seorang anggota imigresen cedera ketika bergelut untuk menggari lelaki yang membuat halangan itu, malah keadaan tegang sehingga ada antara mereka melepaskan tumbukan serta tendangan liar ke arah kenderaan penguat kuasa.

Walaupun cuba ditenteramkan, Awang Hitam terbabit melawan dan mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat dan lucah selain membuat alasan supaya rakan mereka yang seramai 16 orang termasuk seorang wanita yang ditahan di beberapa rumah di pangsapuri itu dalam operasi pertama kerana kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa di negara ini secara haram, dibebaskan.

Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman, berkata dalam kejadian itu, pihaknya menahan dua lelaki warga Nigeria menghalang tugas penjawat awam.

“Kami cuba meminta mereka bekerjasama, tetapi sebahagian daripada kumpulan itu menggunakan kekuatan fizikal untuk mengelak ditahan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/200AwangHitamkepunganggotapenguatkuasa/Article

‘Dia kekasih saya’

MANTIN: Seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta (gambar) dicekup dalam keadaan separuh bogel bersama teman lelaki warga Nigeria dalam bilik di tingkat lima sebuah apartmen yang disewa dan dikongsi mereka bersama sekumpulan lelaki warga Afrika, awal pagi semalam.

Ketika serbuan jam 4 pagi itu, selain pasangan terbabit, sembilan lagi lelaki warga Nigeria berada dalam rumah berkenaan berpesta arak di ruang tamu kononnya sempena meraikan sambutan hari jadi seorang daripada mereka.

Sumber berkata, ketika serbuan penguat kuasa Jabatan Imigresen terpaksa mengetuk pintu bilik penuntut itu yang berkunci dari dalam lebih 30 minit, namun tidak dibuka menyebabkan pintu dipecahkan.

“Sebaik pintu terbuka, seorang perempuan warga tempatan berada di atas tilam dalam keadaan separuh bogel bersama seorang lelaki warga Nigeria yang turut berbogel. 

 “Apabila disoal siasat, dia (pelajar perempuan) yang berusia 20-an mengaku lelaki Nigeria itu kekasihnya dan mereka rakan sekelas ketika belajar di kolej itu,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/2011120504161320111205041613/Article

credit to: Harian Metro

Saturday, December 3, 2011

Dapat Hadiah...

Assalamualaikum

Pagi ni aku memang menunggu kedatangan gadget/home appliances ni ke rumah aku. Lepas penat lelah rabak poket menggunakan kad hutang Siti, maka ni la hasilnya setelah bertahun-tahun menye'wipe' kad itu di kedai-kedai seantero Malaysia. 
Actually orang courier tuh nak hantar 2-3 hari sebelum ni lagi, tapi since takde orang nak ambil, maka, terpaksa la tunggu weekend jugak. 
Courier sampai pukul 11am. Excited betul nak tengok microwave baru ni. Terasa macam nak buat kek pulak bila dah ada menatang ni. Wifey sure tak sabar nak test ke'efficient'nan benda ni. 
Kalau kat kedai berapa ratus la harga microwave camni? Berbaloi la jugak jadi pelanggan setia Cik Siti, dapat jugak reward barang kegunaan dapur yang jadi macam satu keperluan masa kini.
Bunyi macam nak promote kad hutang Cik Siti je...ha ha. Apa-apa pun, gunalah kad hutang itu sebaik-baiknya. Jangan berbelanja melebihi pendapatan semata-mata inginkan kemewahan hidup dan mengikut trend terkini. Kalau ada kad hutang tu, tak payah la apply banyak sangat, nanti tak terkawal pulak perbelanjaan tuh. Paling banyak pun, 2 kad pun jadi lah. Itupun dah bahaya jugak tuh. Mungkin guna kad debit lebih selamat kot. Cuma, kalau ada kad kredit, tak perlu kita bawak cash yang banyak ke sana sini. Tu pun satu kebaikan jugak. Fikir-fikirkanlah...

Thursday, December 1, 2011

Happy Birthday Boss!!!

Assalamualaikum

Happy birthday boss!!! Yang ke berapa dah yer...ha ha ha

Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan tubuh badan, dimurahkan lagi rezeki yang melimpah ruah tuh, diberkati Allah serta diberi lebih banyak hidayah dariNya.

Lepas ni harap-harap boss bagi la bonus lagi banyak dari biasa dan jugak sponsor la company trip lagi, tak dapat oversea, dapat ke Sipadan dan Karambunai pun dah kira best!!!

Kalau le boss baca entry ni...apa la jadi dengan aku nanti..he he


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...