Saturday, November 5, 2011

Persiapan 'Diekor' Menyambut AidilAdha

Assalamualaikum
 
Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku, berjaya memandikan 2 ekor meow dewasa yang agak hardcore dalam masa 1 hari; one after another. 
sesungguhnya, saya baru lepas dimandikan...
Kaka yang memang super-busuk tuh pun berjaya diwangikan. Nasib baik dia tak cakar masa mandi. Tapi, kena la banyak borak dengan dia. Puji-puji dia, cakap la dia tak busuk pun sebenarnya... 
sejuk tau tak!!!
Tapi paw'nya yang agak besar tuh menakutkan aku jugak la. Terbayang kalau la dia tetiba berubah mood masa mandi tuh. Memang bercalar-balar la tangan aku ni. Parut lama pun tak hilang lagi, dah nak amik risiko terima autograph baru. 
dah la sekarang ni asyik hujan jer...
Sebenarnya, aku mandikan Ronaldo dulu. Sebab masa tu Kaka still dalam kondonya. Ingatkan dah tak sempat nak kerjakan 2 ekor hero ni sebab cuaca pun mendung. Hair dryer pun takda.  
dan sesungguhnya, saya pun baru lepas mandi jugak...

jom grooming bersama saya...

kenapa saya sorang je tak payah mandi? 
Lepas selesai mengerjakan Ronaldo, lap sampai agak-agak dah kering baru la jemput Encik Kaka mandi.  
dengar cerita malam ni saya boleh tidur dalam rumah...
Keruh air mandian mamat ni. Kutu-kutu pun sure terkejut kutu bila kena air sejuk. Bising kemain Kaka. Ntah berapa kali dia tawaf bilik air tuh masa aku bilas dia. Nasib baik bilik air kecik. Kalau tak, penat la aku nak mengejar dia.
kalau macam ni, tiap-tiap hari saya sanggup mandi!!!
Minggu depan, frontline spray for all!!! He he...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...