Saturday, November 12, 2011

Live From Gleneagles Intan Medical Centre

Assalamualaikum

Siaran pagi Sabtu yang sejuk ni berlintas langsung dari tingkat 4, pusat rawatan Gleneagles Intan, di Jalan Ampang. 

Teman wifey pergi sesi Physio. 
Cuaca macam sekarang ni, tidur kat rumah lagi best ni. Dapat goreng pisang panas pepagi macam ni pun best jugak. On the way balik nanti kena la singgah kat tepi Giant Taman Permata tu. Beli cendawan goreng dan jugak pisang goreng?? ke goreng pisang??...
breakfast kat kafetaria Gleneagles
Goreng pisang dan cendawan goreng ntah ke mana. Sudahnya, kitorang breakfast dekat Gleneagles je. Mula-mula macam nak breakfast kat Starbucks. Tetapi, macam tak sedap hati je kan...
eksyen..breakfast macam mat saleh hari ni..he he
Aku belasah breakfast style orang putih hari ni, dengan harapan kulit aku pun akan jadi putih...ha ha ha. Cappuccino, roti, hash-brown dan rakan-rakan sekutunya menjadi bahan isi perut aku di pagi Sabtu yang sungguh sejuk ini. Wifey makan bubur nasi je.

Lepas selesai mengenyangkan perut, kitorang ke JJ Wangsa Maju untuk beli barang dapur sket sebelum ke kedai letrik di Medan Idaman. Pergi ke kedai letrik tu sebab nak beli TV Plasma 51 inci Panasonic yang berharga RM2,799.00 selepas diskaun!

Percaya ke kitorang beli tv ni? Jangan percaya la. Acah je. Selagi TV besar gedabak size anak gajah kat rumah tu boleh guna, ku takkan beli TV lain. Tapi plasma tv 51 inci tu sungguh menggoda iman. Bayangkan dapat tengok Wayne Rooney score goal live dari skrin tv 51 inci tuh. Nasib baik plasma... kalau LED full HD or 3D ke...fuhhh..lagi haru!

Aku beli kipas dinding je untuk rumah aku. Nak pasang aircond rasa membazir, pasang kipas dah ler. Brand apa? Aku pun baru first time dengar jenama neh, DeLonghi; distributed by Kenwoods. Made in Malaysia. Tapi ada filter. Motor warranty 5 tahun. Remote control 1 tahun, body 1 tahun. Harga? RM179 each. Ingat dapat pasang hari ni, tapi sebab Budin the maintenance guy sibuk sampai ke petang, maka terpaksa la tangguh ke minggu depan.

Sekian terima kasih.

*Tengah risau Kaka tak makan, asyik minum je. Nak kena bagi wetfood yang dijual kat Petcare Melawati... 

2 comments:

aby said...

salam mijoe ...
kumpul bajet ..
pasang Sony Blue Ray ..

bila tengok crita mcm Avatar rasa mcm real benor ...
terliur bila tengok Blue Ray tuh ..

Mijoe said...

ikutkan hawa nafsu, memang nak beli bang..he he.

selagi DVD player boleh pasang CD cetak rompak, maintain je la guna DVD player.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...