Kelly 3572

Wednesday, November 16, 2011

Kenapa Takde Orang Tolong Saya?

Assalamualaikum

Balik kerja tadi, aku turun kat Stesyen Setiawangsa sebab dah janji dengan wifey nak jumpa kat situ. Sambil tunggu tuh, aku ternampak la kucing kurap yang aku pernah ceritakan hari tu.
meow tengah cuba untuk tidur...

kenapa la aku tak dilahirkan sebagai persian cat... :(

semoga Allah merahmati orang yang memberi meow ni makan...
Dari jauh aku dah nampak dia macam cuba nak tidur, tapi asyik terganggu je. Aku terus pergi duduk dekat seat untuk menunggu feeder bus tuh untuk merakam video dan gambar meow yang malang tuh.

Aku rasa sedih sangat bila tengok keadaan meow tu. Tapi Alhamdulillah, masih ada meow lovers yang menghulurkan bantuan makanan dari apa yang aku nampak kat tepi dinding dekat meow tuh tengah lepak. Tapi sekarang ni, aku rasa yang lebih penting ialah rawatan segera untuk meow ni. 

Mungkin sebab meow ni cuma seekor kucing kampung biasa yang tak comel menyebabkan dia masih lagi kat situ tanpa ada manusia yang bawak dia ke klinik. Kalau meow ni baka persian atau baka eksotik lain, mungkin dah lama dah dia takde kat stesyen tu.

Kalau la ada sesiapa; meow lovers yang tinggal dekat dengan stesyen LRT Setiawangsa ni, tolong la bawak meow ni balik rumah ataupun hantar ke nearby vet for treatment. Aku ada bawak ubat kurap kucing dalam beg aku, tapi aku takut la ubat tu boleh memudaratkan meow tu. Mungkin dia perlukan ubat lain ke. Sebaik-baiknya, biarlah doktor haiwan yang merawatnya terlebih dahulu. 

Paling awal aku boleh bawak meow ni ke klinik ialah petang Sabtu nanti. Masa tu aku baru ada transport untuk ambil cat carrier kat Gombak. Kalau ada sesiapa yang perihatin, tolong la adopt meow ni secepat mungkin. Tengok je la video tu... kesian dengan meow ni...

Update 18 November 2011


Alhamdulillah, hasil bantuan Meowwmania, MDDB/MCCP, DurshaNida Muhammad serta rakannya, saya difahamkan, meow ini telah selamat dirawat dan dijaga oleh rakan DurshaNida.


Terima kasih pada semua yang perihatin, semoga Allah membalas jasa kalian semua...Amin!

6 comments:

ainilazwa said...

ala siannya..
kalau kucing ainil xbyk kt rumah boleh bwk kucing ni balik..
TAPIiiiiii....

mak ainil marah sebab kucing dh berlambak kt rumah..
-_-"

meowwmania said...

as-salam Mijoe

kite dah war-warkan kat dlm FB harap-harap ada yg sudi hulurkan bantuan

sedih tgk keadaan si cumil tuh :(

FaRRaHnIzE said...

nak amek tp jauh.....animal lovers kat area stesyen titiwangsa... plz help!

umi_e said...

Bawa gi vet...

anak merdeka said...

usaha yang bagus...masih ramai lagi rakyat Malaysia yg prihatin... big smile utk semua :)...

Mijoe said...

salam kawan!

Alhamdulillah... hasil pertolongan kawan2 kucing semua, meow yang malang tuh telah berjaya diselamatkan, dirawat, dan saya difahamkan meow tuh telahpun ada penjaganya...

terharu gila saya dgr berita ni. macam nak bergenang air mata..he he. emo pulak.

terima kasih tak terhingga buat Meowwmania; dia tolong war2kan kat Facebook sebab saya takde FB, saya mintak pertolongan dia.

to MDDB & MCCP as well sebab menanggung bill rawatan. Kalau salah, tolong betulkan.

to DurshaNida Muhammad sebab kemungkinan besar, dia la yang pergi selamatkan meow tuh.

to kawan DurshaNida tuh, sebab sudi mengambil meow tuh untuk dijaga. Dah la meow tuh peknen pulak tuh..

to ainil, FaRRahnlzE, umi_e and anak merdeka, for the response and comments.

dan jgk kepada all meow lovers yang jenguk blog ni semata2 utk melihat keadaan meow ni masa dia belum diselamatkan.

Semoga Allah membalas jasa baik anda semua.. Amin! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...