Tuesday, November 15, 2011

Fiske Steakhouse @ Medan Selera AU2, Keramat

Assalamualaikum

Hari tu aku ada cakap nak buat entry pasal tempat makan yang office-mate aku promote kat aku. Tempat makan bertema western plus sedikit menu tempatan. Tempat ni bukan la baru dibuka. Dah ramai dah pun kenkawan blogger lain yang buat review pasal tempat ni.

So tak payah la aku nak introduce this place dengan perasaan sangat teruja sampai kembang kempis hidung aku. Nama tempat ni ialah...

N 3.17677 E 101.75305
Tutup setiap Isnin
Waktu Urusniaga 6 petang -12 malam

Sampai depan Fiske tu, kebetulan ada parking kosong. Kalau tak mungkin agak susah nak cari tempat nak parking kereta kot. Crowd pun agak ramai malam ni. Kitorang pilih untuk makan kat dalam tempat berhawa dingin, sebab wifey takmo diganggu oleh meow-meow kat luar tuh dan jugak oleh asap rokok. Takde charge tambahan untuk dine kat tempat berhawa dingin ni yer. 

Oleh kerana ni first time kitorang dine kat sini, maka, kitorang kena la study menu tuh dulu. Wifey ingat nak makan lasagna, tapi unfortunately Fiske tak serve lasagna. Kena la pergi TLG la kalau nak makan lasagna kan. 

Selain dari western food, Fiske jugak ada serve local menu like satay dan jugak set nasi asam pedas. Next visit mungkin boleh cuba nasi asam pedas ni. Hari ni selera mat saleh. Lapar sebab kitorang diserang sakit perut yang agak kronik...he he he.

Ni la gegambar yang sempat dirakam sebelum kitorang makan dengan lahapnya...
Wifey had Special Grilled Chicken Chop with spaghetti; RM14 

we shared this delicious mushroom soup; RM3.90

i had Normal Fish & Chip; RM10.00
Kejap je kan...dah habis. Mushroom soup tuh memang kena sangat dengan taste aku. Sodap... cecah pulak dengan roti yang lembut. Biasa kalau kat Pizza Hut, mushroom soup tuh cecah dengan garlic bread yang agak keras kan...

Fish & chips aku pun sedap. Isi ikan tuh memang best. Lembut gak. Grilled chicken chop tu biasa-biasa je la. Aku nak try lamb chop pulak nanti.

Crowd makin ramai. Hampir penuh semua meja. 
hasil kerja perut-perut orang yang lapar...
Yang buat kitorang impressed dengan Fiske ni ialah...
  1. Tempat yang selesa dan bersih sesuai untuk belanja family makan-makan
  2. Pesanan sampai agak cepat
  3. Harga yang boleh dikategorikan sebagai agak murah
  4. Dan sedap, kena la dengan selera aku yer...
berbaloi makan kat sini!!!
Nak recommend kat Fiske; buat la lasagna pulak lepas ni yer. Aku pun nak try satay pulak nanti. Keep satay price at RM0.70 yer. Banyak tempat lain dah jadi RM0.80 secucuk.

4 comments:

meowwmania said...

gulp! telan air liur

Mijoe said...

turun KL sila singgah ye MM. Bawak jejebon tuh sekali.. :p

anak merdeka said...

pergh...lapar pulak aku tengok entry nie...kene cuba nie...hehehe

Mijoe said...

cuba jgn tak cuba Fiq.. tapi bilanya ko nak turun KL neh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...