Wednesday, November 16, 2011

Dinner Kat Fiske Lagi...

Lepas wifey amik aku kat Stesyen LRT Setiawangsa tuh, kitorang pergi dinner. Kat Fiske Steakhouse lagi!!! Baru malam tadi dinner situ ni dah nak repeat balik? Wifey cakap sebab senang makan kat Fiske dan pesanannya sampai agak cepat.
Chef kat Fiske ni mungkin pernah berkhidmat kat Shangri La kot...
Kali ni nak tengok, betul ke diorang boleh maintain pesanan sampai dalam masa yang cepat. Ke kebetulan je semalam diorang servis bagus? 
kat dalam tak penuh sangat masa ni..tapi kat luar...penuuh!!!
Wifey order set nasi asam pedas ikan pari yang ada air sirap selasih tu. Aku pulak cari menu yang agak murah malam ni. Takde mood sangat nak makan sebab asyik teringat kat kucing kat stesyen LRT tadi je. Aku nampak spaghetti dengan chicken creamy sauce; RM6.90 jer. Uihh..murah ni.. aku pun terus order tu dan air laici.
air laici RM2.50 dan sirap selasih 
Dan, pesanan kitorang sampai dalam masa kurang dari 15 minit! Bravo Fiske!!! Keep it up!!! 
set nasi asam pedas RM10 dengan sirap selasih...

asam pedas ikan pari...


Spaggetti with chicken creamy sauce RM6.90
Bila dah selesai semua, bil untuk kitorang berdua ni ialah RM19.40. Berbaloi-baloi la. Next visit nak order minuman yang nampak eksotik ada oreo tuh... 
kenyang Alhamdulillah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...