Kelly 3572

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday; Pekan Manusia

Manchester City Spending
Sources; The Sun UK
Exchange rate; 1GBP = MYR4.94

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Muda!!!

Assalamualaikum

Aku yakin, satu Malaysia dah tahu pasal keputusan perlawanan penentuan pingat emas dan perak Sukan SEA dalam acara bolasepak malam tadi. Ye, Malaysia menang 4-3 menerusi sepakan penalti. Tahniah sekali lagi. Buat Timnas Indonesia dan penyokong-penyokong mereka yang ada semangat kesukanan, jangan la bersedih atau terlalu kecewa. Ini cuma la sukan. Boleh cuba lagi di Sukan SEA akan datang di Myanmar.
Alangkah bagusnya sekiranya apa yang terpapar kat dalam gambar ni merupakan satu realiti di negara kita. Jangan duk gaduh je sesama umat. Bersatu kuatkan agama, bangsa dan negara!

Buat tuan rumah Sukan SEA kali ni, terlalu banyak kelemahan yang boleh diperbaiki lagi untuk penganjuran sebarang jenis sukan pada masa akan datang. Semoga Myanmar akan bersiap sedia dari sekarang untuk  menjadi tuan rumah SEA Games 2013 yang lebih baik. 

Aku dapat gambar kat atas ni dari office mate aku...Thank you Zida!

Sunday, November 20, 2011

Ikan Keli Salai

Assalamualaikum

Ni entry pendek je. 

Dekat gerai ayam salai Kampung Batang Benar tuh, ada jugak menu ikan keli salai. Aku dengan wifey singgah kat situ lepas balik dari menghadiri kenduri kahwin di Bandar Salak Tinggi.
Gerai Ayam Salai, Kampung Batang Benar, Nilai
Harga sekor ikan keli salai yang kitorang beli tu adalah RM2 seekor. 

Sekian, terima kasih...

Wednesday, November 16, 2011

Dinner Kat Fiske Lagi...

Lepas wifey amik aku kat Stesyen LRT Setiawangsa tuh, kitorang pergi dinner. Kat Fiske Steakhouse lagi!!! Baru malam tadi dinner situ ni dah nak repeat balik? Wifey cakap sebab senang makan kat Fiske dan pesanannya sampai agak cepat.
Chef kat Fiske ni mungkin pernah berkhidmat kat Shangri La kot...
Kali ni nak tengok, betul ke diorang boleh maintain pesanan sampai dalam masa yang cepat. Ke kebetulan je semalam diorang servis bagus? 
kat dalam tak penuh sangat masa ni..tapi kat luar...penuuh!!!
Wifey order set nasi asam pedas ikan pari yang ada air sirap selasih tu. Aku pulak cari menu yang agak murah malam ni. Takde mood sangat nak makan sebab asyik teringat kat kucing kat stesyen LRT tadi je. Aku nampak spaghetti dengan chicken creamy sauce; RM6.90 jer. Uihh..murah ni.. aku pun terus order tu dan air laici.
air laici RM2.50 dan sirap selasih 
Dan, pesanan kitorang sampai dalam masa kurang dari 15 minit! Bravo Fiske!!! Keep it up!!! 
set nasi asam pedas RM10 dengan sirap selasih...

asam pedas ikan pari...


Spaggetti with chicken creamy sauce RM6.90
Bila dah selesai semua, bil untuk kitorang berdua ni ialah RM19.40. Berbaloi-baloi la. Next visit nak order minuman yang nampak eksotik ada oreo tuh... 
kenyang Alhamdulillah...

Kenapa Takde Orang Tolong Saya?

Assalamualaikum

Balik kerja tadi, aku turun kat Stesyen Setiawangsa sebab dah janji dengan wifey nak jumpa kat situ. Sambil tunggu tuh, aku ternampak la kucing kurap yang aku pernah ceritakan hari tu.
meow tengah cuba untuk tidur...

kenapa la aku tak dilahirkan sebagai persian cat... :(

semoga Allah merahmati orang yang memberi meow ni makan...
Dari jauh aku dah nampak dia macam cuba nak tidur, tapi asyik terganggu je. Aku terus pergi duduk dekat seat untuk menunggu feeder bus tuh untuk merakam video dan gambar meow yang malang tuh.

Aku rasa sedih sangat bila tengok keadaan meow tu. Tapi Alhamdulillah, masih ada meow lovers yang menghulurkan bantuan makanan dari apa yang aku nampak kat tepi dinding dekat meow tuh tengah lepak. Tapi sekarang ni, aku rasa yang lebih penting ialah rawatan segera untuk meow ni. 

Mungkin sebab meow ni cuma seekor kucing kampung biasa yang tak comel menyebabkan dia masih lagi kat situ tanpa ada manusia yang bawak dia ke klinik. Kalau meow ni baka persian atau baka eksotik lain, mungkin dah lama dah dia takde kat stesyen tu.

Kalau la ada sesiapa; meow lovers yang tinggal dekat dengan stesyen LRT Setiawangsa ni, tolong la bawak meow ni balik rumah ataupun hantar ke nearby vet for treatment. Aku ada bawak ubat kurap kucing dalam beg aku, tapi aku takut la ubat tu boleh memudaratkan meow tu. Mungkin dia perlukan ubat lain ke. Sebaik-baiknya, biarlah doktor haiwan yang merawatnya terlebih dahulu. 

Paling awal aku boleh bawak meow ni ke klinik ialah petang Sabtu nanti. Masa tu aku baru ada transport untuk ambil cat carrier kat Gombak. Kalau ada sesiapa yang perihatin, tolong la adopt meow ni secepat mungkin. Tengok je la video tu... kesian dengan meow ni...

Update 18 November 2011


Alhamdulillah, hasil bantuan Meowwmania, MDDB/MCCP, DurshaNida Muhammad serta rakannya, saya difahamkan, meow ini telah selamat dirawat dan dijaga oleh rakan DurshaNida.


Terima kasih pada semua yang perihatin, semoga Allah membalas jasa kalian semua...Amin!

Tuesday, November 15, 2011

Fiske Steakhouse @ Medan Selera AU2, Keramat

Assalamualaikum

Hari tu aku ada cakap nak buat entry pasal tempat makan yang office-mate aku promote kat aku. Tempat makan bertema western plus sedikit menu tempatan. Tempat ni bukan la baru dibuka. Dah ramai dah pun kenkawan blogger lain yang buat review pasal tempat ni.

So tak payah la aku nak introduce this place dengan perasaan sangat teruja sampai kembang kempis hidung aku. Nama tempat ni ialah...

N 3.17677 E 101.75305
Tutup setiap Isnin
Waktu Urusniaga 6 petang -12 malam

Sampai depan Fiske tu, kebetulan ada parking kosong. Kalau tak mungkin agak susah nak cari tempat nak parking kereta kot. Crowd pun agak ramai malam ni. Kitorang pilih untuk makan kat dalam tempat berhawa dingin, sebab wifey takmo diganggu oleh meow-meow kat luar tuh dan jugak oleh asap rokok. Takde charge tambahan untuk dine kat tempat berhawa dingin ni yer. 

Oleh kerana ni first time kitorang dine kat sini, maka, kitorang kena la study menu tuh dulu. Wifey ingat nak makan lasagna, tapi unfortunately Fiske tak serve lasagna. Kena la pergi TLG la kalau nak makan lasagna kan. 

Selain dari western food, Fiske jugak ada serve local menu like satay dan jugak set nasi asam pedas. Next visit mungkin boleh cuba nasi asam pedas ni. Hari ni selera mat saleh. Lapar sebab kitorang diserang sakit perut yang agak kronik...he he he.

Ni la gegambar yang sempat dirakam sebelum kitorang makan dengan lahapnya...
Wifey had Special Grilled Chicken Chop with spaghetti; RM14 

we shared this delicious mushroom soup; RM3.90

i had Normal Fish & Chip; RM10.00
Kejap je kan...dah habis. Mushroom soup tuh memang kena sangat dengan taste aku. Sodap... cecah pulak dengan roti yang lembut. Biasa kalau kat Pizza Hut, mushroom soup tuh cecah dengan garlic bread yang agak keras kan...

Fish & chips aku pun sedap. Isi ikan tuh memang best. Lembut gak. Grilled chicken chop tu biasa-biasa je la. Aku nak try lamb chop pulak nanti.

Crowd makin ramai. Hampir penuh semua meja. 
hasil kerja perut-perut orang yang lapar...
Yang buat kitorang impressed dengan Fiske ni ialah...
  1. Tempat yang selesa dan bersih sesuai untuk belanja family makan-makan
  2. Pesanan sampai agak cepat
  3. Harga yang boleh dikategorikan sebagai agak murah
  4. Dan sedap, kena la dengan selera aku yer...
berbaloi makan kat sini!!!
Nak recommend kat Fiske; buat la lasagna pulak lepas ni yer. Aku pun nak try satay pulak nanti. Keep satay price at RM0.70 yer. Banyak tempat lain dah jadi RM0.80 secucuk.

Souvenir From Vietnam

Assalamualaikum

Last week office-mate aku buat rombongan cik kiah ke Utara Thailand; Vietnam. Diorang pergi shopping beribu-ribu lemon. Untuk aku yang tak pernah jejak Vietnam tuh, dapat la souvenir fridge magnet yang comel ni.
Balik nanti boleh la tepek (tampal/lekatkan) menatang ni kat peti ais...macam biasa la kan. Kat mana lagi nak lekatkan fridge magnet ni. 

Thank you Masrina!

Saturday, November 12, 2011

Live From Gleneagles Intan Medical Centre

Assalamualaikum

Siaran pagi Sabtu yang sejuk ni berlintas langsung dari tingkat 4, pusat rawatan Gleneagles Intan, di Jalan Ampang. 

Teman wifey pergi sesi Physio. 
Cuaca macam sekarang ni, tidur kat rumah lagi best ni. Dapat goreng pisang panas pepagi macam ni pun best jugak. On the way balik nanti kena la singgah kat tepi Giant Taman Permata tu. Beli cendawan goreng dan jugak pisang goreng?? ke goreng pisang??...
breakfast kat kafetaria Gleneagles
Goreng pisang dan cendawan goreng ntah ke mana. Sudahnya, kitorang breakfast dekat Gleneagles je. Mula-mula macam nak breakfast kat Starbucks. Tetapi, macam tak sedap hati je kan...
eksyen..breakfast macam mat saleh hari ni..he he
Aku belasah breakfast style orang putih hari ni, dengan harapan kulit aku pun akan jadi putih...ha ha ha. Cappuccino, roti, hash-brown dan rakan-rakan sekutunya menjadi bahan isi perut aku di pagi Sabtu yang sungguh sejuk ini. Wifey makan bubur nasi je.

Lepas selesai mengenyangkan perut, kitorang ke JJ Wangsa Maju untuk beli barang dapur sket sebelum ke kedai letrik di Medan Idaman. Pergi ke kedai letrik tu sebab nak beli TV Plasma 51 inci Panasonic yang berharga RM2,799.00 selepas diskaun!

Percaya ke kitorang beli tv ni? Jangan percaya la. Acah je. Selagi TV besar gedabak size anak gajah kat rumah tu boleh guna, ku takkan beli TV lain. Tapi plasma tv 51 inci tu sungguh menggoda iman. Bayangkan dapat tengok Wayne Rooney score goal live dari skrin tv 51 inci tuh. Nasib baik plasma... kalau LED full HD or 3D ke...fuhhh..lagi haru!

Aku beli kipas dinding je untuk rumah aku. Nak pasang aircond rasa membazir, pasang kipas dah ler. Brand apa? Aku pun baru first time dengar jenama neh, DeLonghi; distributed by Kenwoods. Made in Malaysia. Tapi ada filter. Motor warranty 5 tahun. Remote control 1 tahun, body 1 tahun. Harga? RM179 each. Ingat dapat pasang hari ni, tapi sebab Budin the maintenance guy sibuk sampai ke petang, maka terpaksa la tangguh ke minggu depan.

Sekian terima kasih.

*Tengah risau Kaka tak makan, asyik minum je. Nak kena bagi wetfood yang dijual kat Petcare Melawati... 

Saturday, November 5, 2011

Persiapan 'Diekor' Menyambut AidilAdha

Assalamualaikum
 
Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku, berjaya memandikan 2 ekor meow dewasa yang agak hardcore dalam masa 1 hari; one after another. 
sesungguhnya, saya baru lepas dimandikan...
Kaka yang memang super-busuk tuh pun berjaya diwangikan. Nasib baik dia tak cakar masa mandi. Tapi, kena la banyak borak dengan dia. Puji-puji dia, cakap la dia tak busuk pun sebenarnya... 
sejuk tau tak!!!
Tapi paw'nya yang agak besar tuh menakutkan aku jugak la. Terbayang kalau la dia tetiba berubah mood masa mandi tuh. Memang bercalar-balar la tangan aku ni. Parut lama pun tak hilang lagi, dah nak amik risiko terima autograph baru. 
dah la sekarang ni asyik hujan jer...
Sebenarnya, aku mandikan Ronaldo dulu. Sebab masa tu Kaka still dalam kondonya. Ingatkan dah tak sempat nak kerjakan 2 ekor hero ni sebab cuaca pun mendung. Hair dryer pun takda.  
dan sesungguhnya, saya pun baru lepas mandi jugak...

jom grooming bersama saya...

kenapa saya sorang je tak payah mandi? 
Lepas selesai mengerjakan Ronaldo, lap sampai agak-agak dah kering baru la jemput Encik Kaka mandi.  
dengar cerita malam ni saya boleh tidur dalam rumah...
Keruh air mandian mamat ni. Kutu-kutu pun sure terkejut kutu bila kena air sejuk. Bising kemain Kaka. Ntah berapa kali dia tawaf bilik air tuh masa aku bilas dia. Nasib baik bilik air kecik. Kalau tak, penat la aku nak mengejar dia.
kalau macam ni, tiap-tiap hari saya sanggup mandi!!!
Minggu depan, frontline spray for all!!! He he...

Friday, November 4, 2011

MAS A380 Flight Simulator...

Assalamualaikum

Ni gambar flight simulator untuk kapal Airbus A380 yang Malaysia bakal gunakan tahun depan. Simulator yang aku rasa harganya MYR berpuluh juta ringgit ni dah pun ada kat SZB untuk melatih bakal pilot Malaysia Airlines yang akan mengendalikan pesawat komersial terbesar di dunia ni. 
excited giler nak masuk dalam ni...tapi kalau dapat dalam cockpit sebenar lagi best!
Berapa la agaknya gaji pilot dan flight crew A380 ni nanti ek. Harap-harap aku sempat la merasa naik kapal terbang A380 ni nanti. Amin! Kalau dapat masuk dalam cockpit lagi la syok!

Thursday, November 3, 2011

MC! Demam

Assalamualaikum

Demam. Semalam kena hujan sikit. Tapi simptom nak demam tu dah mula menunjukkan diri sejak petang Selasa lagi dah. Ulser pun dah muncul kat bahagian atas sebelah kanan gusi. Ok la sket kat situ, tak mengganggu tumpuan nak mengunyah makanan. Tapi selera makan pun dah kureng...

Pukul 1030hrs jumpa Harjeet. Dia pun tak sihat. Siap pakai mask lagi cover mulut. Nasib baik takde orang masa aku sampai. Jumpa Harjeet pun kejap je. Dia kasi ubat demam, antibiotic dan ubat sakit tekak, dan tak lupa juga MC! Yeay!!! Aku kalau boleh tak nak MC pun, tapi sebab badan aku akan menggigil kalau terdedah aircond lama sangat, maka terpaksa la terima MC tuh...

Hopefully esok aku dah sembuh sepenuhnya...amin!

Tuesday, November 1, 2011

Maru Oh Maru

Assalamualaikum

Kalau orang suka dengan kucing, kemungkinan besar diorang akan kenal dengan budak comel bernama Maru ni kan? Check this out?


Saja je buat posting pasal budak yang suka gila dengan kotak ni! Kat blogger kucing lain pun dah ramai yang buat entry pasal Maru ni. Ish... kalau la Maru datang jenjalan ke KL ni, sure ramai kucing lain jeles.

Maru pun ada blog kalau tak silap aku. Aku pun baru je letak link blog dia kat tepi sebelah kanan ni. Check it out... MARU!!!!

Semua gambar Maru ni aku ambil kat Google, so, thank you to Google and the original owner of the photos, Maru's owner and also to the other blogger who wrote about Maru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...