Kelly 3572

Friday, October 28, 2011

That Little Gerai - AU5D/1 Lembah Keramat

Assalamualaikum

Malam tadi macam biasa aku dan wifey menonton tv, to be specific; Best In The World @ 8TV. The makan-makan show hosted by that funny guy Razif Hashim

Salah satu dari tempat yang dia pergi makan ialah tempat ni la, That Little Gerai a.k.a TLG. Dan, oleh sebab lokasinya yang terletak kat area jajahan aku, maka, aku dengan agak laparnya dan wifey yang kebetulan memang lapar terus terjah untuk mencuba nasib dan selera di TLG!
Petang tadi masa kat office aku dah buat homework dah pasal TLG ni, bukan homework apa, cari exact location restoren ni la. Cepat salin latitude & longitude TLG!!!

N 3.203277 E 101.750398 

Aku saja tak bitau wifey yang aku nak bawak dia ke TLG. Macam biasa la, nak buat surprise la ni. Wifey pulak teringin nak makan french fries. Memang kena la pada tempatnya since french fries memang ada dalam menu TLG.

Bila dah nak sampai depan TLG, wifey dah ternampak signboard TLG. Terus dia excited. Aku pun excited jugak, tapi sebab aku tak lapar sangat, jadi perasaan excited tuh agak kurang la.
romantic jugak dine kat TLG ni...
Sebenarnya kitorang on the way nak balik ke Pajam. So, kitorang tak la makan kat situ, nak tapau je la. Untuk first visit ni, kitorang order...
  1. Lasagna
  2. French Fries With Black-pepper Sauce
  3. Coleslaw
Sesambil tunggu order siap tuh la aku snapped 2 gambar kat atas ni. Crowd agak ramai jugak la. Tapi takde la sampai tak cukup seat. Aku difahamkan TLG ditutup sekejap awal malam tadi. Sebab apa aku pun tak tahu. 

Bila pesanan dah siap, kitorang pun cepat-cepat bergerak balik kampung. Tengok dalam plastic bag tuh ada 3 bungkusan polistrin, aku confident la pesanan kitorang semuanya ok. Tapi masa kitorang stopped kat Plaza Tol Sungai Besi, baru la wifey realised yang aku punya coleslaw takde! Yang ada cuma lasagna dengan salad, french fries without black-pepper sauce. Alamak... kempunan aku nak makan coleslaw! Kena report kat Facebook TLG neh sebab we paid for everything but only realised that my coleslaw takde! Nak patah balik kang, dah lambat la pulak... takpe, next visit boleh claim...kan Chef Aidy kan? He he...

Masa dalam perjalanan ke Pajam tuh jugak wifey dan aku makan fries dan lasagna tuh. Fries tuh biasa je la. Tapi lasagna tuh memang best! BEST!!!! BEST!!!! Err, harga pun agak best la...he he! Tapi memang best rasa lasagna tuh! Daging-daging kat dalam lasagna tuh lembut dan hancur-hancur. Takde la terselit-selit celah gigi! 

Lepas ni memang kena pergi lagi la. Nak kena makan kat situ pulak. Especially lepas dapat gaji! Keh keh. Aku nak try burger BigS yang si Razif tu belasah dalam Best In The World malam tadi! Next visit baru aku nak snap gambar close-up baeeekkkk punya!

So, bagi aku la kan... That Little Gerai ni kan...

  • location 6/10 - kena ada navigator untuk sesiapa yang tak familiar area Lembah Keramat
  • taste      8/10 - lasagna tuh memang superb..belum try benda lain lagi tuh..he he
  • price      5/10 - bagi orang macam aku ni, agak mahal sket la, tapi berbaloi kalau sedap macam ni...
  • cleanliness 8/10 - hardly any rats.. sedap mata memandang, sesuai nak belanja mertua makan :)
Terus lapar lepas sediakan review neh...

Lepas sampai Pajam baru aku tahu apa yang telah berlaku kat TLG hari ni. Ni semua gara-gara Razif tu la...he he. Dari status kat FB TLG, aku dapat tahu yang TLG telah diserbu oleh pelahap-pelahap yang nak merasa kenikmatan masakan Chef Aidy tu. Aku tak tahu la sampai takat mana teruknya serbuan tuh, dengar cerita sampai kehabisan bahan untuk masak sehinggakan TLG terpaksa ditutup sementara waktu untuk menyediakan bahan-bahan mentah. Wallahualam... hebat betul sambutan dan penangan Razif dan jugak Chef Aidy neh!

Kalau ada kenyataan yang kurang tepat, minta tolong perbetulkan yer... :)
TLG's current menu; taken from TLG's facebook
TLG, i'll be back soon!

4 comments:

Farahliza Isa said...

wahhh, sedapnyer lasagna
terus jadik lapo...huhuhu

Mijoe said...

datang le KL, amik Kaka bawak balik dan dine kat TLG! Lasagna kat situ memang mantop!!!!

DadaIQ said...

Hi MiJoe
Thanks for your posting on TLG. Sorry if we miss your coleslaw that nite. Sorry if we have missed your coleslaw and blackpepper sauce. Friday was a busy nite for us. Do come back :)

On behalf of Chef Aidy @ TLG.

Mijoe said...

Salam DadalQ

You're most welcome! Are u chef Aidy's sister?

That particular Friday was totally a hectic nite for TLG! Blame it on Razif & 8TV..he he he!

I'll definitely be back soon! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...