Saturday, October 15, 2011

Misi Memandikan Semah

Tengahari tadi, sebelum ke kenduri kahwin di Restoren Nelayan Tasik Titiwangsa, aku sempat menyental Semah , yang patutnya minggu lepas dah kena mandi. Tapi sebab terpaksa attend testing yang buang karen tuh, terpaksa la aku postpone ke hari ni. Hmm, hujung minggu depan pun ada testing buang karen lagi! Cheh!

Semah sangat rileks masa aku basahkan badan dia. Mungkin dah biasa mandi sebelum ni kot. Walaupun aku bilas dengan air kolah yang sejuk, rileks je minah tuh. Tak meronta macam Ronaldo tuh. Cuma dia ada la attempt nak keluar dari bilik air yang aku kunci tuh.

Bila dah syampu, bilas balik, baru la dia start mengiau agak kuat. Mungkin dah tak tahan sejuk kot. Lepas bilas sampai hilang kesan syampu, bungkus dia dengan towel, baru la dia rileks dan tak bising. Angkut dia ke luar rumah biar dia berjemur tengah panas sesambil aku terus lapkan badan dia.

Habis urusan lap, sental pulak telinga dia dengan baby oil. Kena la bersih sket, pilihanraya dah dekat ni. Baru la pergi berkempen pun kucing-kucing lain selesa bila dekat dengan kamu Semah ooi!!!

Puas hati dapat mandikan kau Semah! Patutnya Kaka kena mandi hari ni jugak, tapi sebab kesuntukan masa dan aku pun nak balik Pajam lepas kenduri nanti, terpaksa la tangguh ke hujung minggu depan, lepas testing buang karen tuh. 

4 comments:

aby said...

salam mijoe ..
klu mandikan mieow buat sendiri atau berpembantu ..
aby klu mandikan yg male mesti berpembantu ..tu pun kena cakar juga ..

Mijoe said...

salam bang

he he..biasanya saya sorang2 diri je. sebab dah kunci toilet siap2 supaya meow tak lari jauh. Kalau dia bising, pujuk2 sket peluk2 sket meow cool down la..he he. tapi memang dgn saya sekali la basah kuyup..:)

meowwmania said...

hehe..samalah

kite kalau mandikan kucin ngan kite kite skali mandi :D

Mijoe said...

kena pulak anak bulus ramai cam MM kan... he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...