Kelly 3572

Sunday, October 23, 2011

Manchester United 1 Manchester City 6

Assalamualaikum

Fuh!! Result EPL yang paling upset dan menggembirakan semua peminat bola yang anti dengan MU! He he he. Apa-apa pun, tahniah to the 'noisiest neighbours' for finally beating United in the 9th EPL match. What you get is just 3 points, bigger goal differences and an exclusive right to be noisier. Nothing more than that... ha ha!

Abih tu, sebagai penyokong tegar MU, aku tak malu ke kalah teruk macam ni, kat Old Trafford pulak tuh? La... memang la memalukan, tapi aku takda la malu sampai tak sanggup pergi kerja nak kena mengadap kawan-kawan yang anti MU. Aku rilek je. Masa MU belasah Arsenal hari tu pun, takde la aku pergi office kecoh-kecoh pasal menang 8-2 tuh. Rilek la. Bukannya perlawanan yang menentukan MU dah menang piala yang ke 20 pun kan?

Untuk 'noisy neighbours' tu, dapat belasah United kat Old Trafford tuh rasanya cuma kemenangan moral untuk diorang je la. Sport commentator cakap kemenangan Shitty tuh dah menunjukkan shift of power in football. Tapi aku rasa kenyataan tu terlalu awal untuk dibuat. Dan bagi Shitty jugak, dapat beat MU tu dah kira macam menang EPL, menang Champions League, FA Cup dan jugak Carling Cup dalam satu season! 

Apa silapnya MU dalam game ni? Paling ketara ialah defender. Yang kedua midfield. Aku expect Tom Cleverly main, rupanya tak. Aku expect Vidic main, tapi tak. Gol ke 5 dan ke 6 Shitty tu memang silap defender MU la, teruja sangat nak dapatkan goal seterusnya sehingga semuanya naik ke kawasan Shitty and leaving the goal exposed for the Shitty player to exploit. 

Aku nampak Wayne Rooney dan Ashley Young je yang betul-betul bersemangat nak main. Yang lain memang way below par. David de Gea tu memang tak boleh dipersalahkan la. Kesian kat mamat tu. Helpless. The real turning point was, the sending off of Johny Evans. 11 against 11, aku yakin the result will be totally different. First half menampakkan kelainan 11 lawan 11. Yes, Shitty managed to score when 11 against 11. Even at 2-0 with 11 against 11 during the Community Shield, United turned it around to take the trophy home. 

So, MU supporter, jangan la sedih-sedih sangat ye. Ada 29 games lagi. Tak perlu malu kalah dengan Shitty tu sebab team macam tu excited kejap je. Kecoh je lebih. Sekali Sheikh kaya tu dah kayap, baru la kita boleh nampak kat mana sebenarnya tempat team macam tu. Dan lagi satu, MU banyak hutang, duit takde, tapi tropi melimpah ruah. Team yang kecoh sangat tuh, duit banyak, tropi? Ok la, last season sempat la beli jugak satu. Tengok musim ni, apa pulak yang sempat diorang beli. 

Glory glory Man United! Next game Everton at Goodison Park. Forget this game, look forward and focus on the next game!

(Sure player MU kena belasah dengan Alex Ferguson nanti neh... he he! Bertukar-tukar warna hidung orang tua tuh..)

*hari ni jugak, pelumba MotoGP, Marco Simoncelli terbunuh dalam kemalangan di perlumbaan Litar Sepang. First casualities di litar Sepang.


*Lee Chong Wei kalah kepada Chen Long pada perlawanan akhir badminton terbuka Denmark. 

4 comments:

aby said...

utk kejuaraan liga, kalah satu dua match tk ape, yg penting konsistensi .. mata yg terkumpul bg memenangi kejuaraan ...
dan MU terbukti ada rempah ratusnya ..
MC belum tentu lg ..

Mijoe said...

diorang tahu beli player bang. Develop player sendiri diorang tak tahu... he he.

anak merdeka said...

huhuhu.... memang ngeri tengok result malam tu...terkedu jap.. tapi nak buat macam mane..perkara dah berlaku.. yang penting MU tak pernah mengalah n sejarah telah membuktikannya...hehehe...

Mijoe said...

tak pe Fiq. Bila kalah teruk camni sekurang2nye baru diorang(player) terkejut monkey sket.. bagi motivation utk main lebih baik dan baiki kesilapan...he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...