Monday, October 24, 2011

Kucing Ini Memerlukan Bantuan Anda

Assalamualaikum

Balik kerja tadi, masa sampai kat Stesyen RapidKL LRT Setiawangsa, aku ternampak anak kucing ni kat luar stesyen tersebut. Masa aku sampai tuh, nampak la dia tengah menjilat-jilat badan dia. 
saya kucing malang di Stesyen LRT Setiawangsa
Meow ni aku anggarkan umur dia dalam 6 bulan ke atas la.  
Bila aku dah betul-betul dekat dengan dia, baru la aku nampak masalah meow ni. Kurap kat bahagian telinga dan muka dia. Agak teruk la. Dah la kebetulan aku pulak tak bawak krim untuk kurap meow tuh. 
telinga saya berkurap...
Sebelum wifey sampai, aku sempat bagi meow tuh makan. Nasib baik la ada lagi sikit bekalan makanan yang aku bawak tuh. Meow tu makan dengan berseleranya. Alhamdulillah. 
bantu la saya...
Kepada meow lovers yang tinggal area Setiawangsa, minta tolong la kalau rajin, selamatkan la meow ni. Balik nanti aku nak masukkan krim kurap kucing tuh siap-siap dalam beg aku, mana la tahu panjang umur, petang esok aku berjumpa dengan meow ni lagi.

Dan minta jasa baik reader/s and follower yang terbaca entry ni, terutama sekali yang sayangkan kucing, do something about this cat. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua. Amin.

1 comment:

meowwmania said...

smoga ada yg sudi ambik si comel tu :((

terima kasih kasih pd Mijoe yg prihatin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...