Monday, October 10, 2011

Kemaruk Nak Bercuti!!!

Assalamualaikum

Ni entry suka-suka! Sebab terasa sungguh gian nak travel bila teringat balik hari ini dalam sejarah! Serius terasa macam nak je pergi beli tiket, lepas tu terus fly, walaupun passport validity dah tinggal kurang dari 10 bulan. Kena renew la ni nanti...
Warwick Castle, Warwickshire
Bila godak-gadek picture folder, syahdu je bila terjumpa gegambar macam kat atas ni. Hati panas meronta-ronta terasa nak pergi. Tapi ongkosnya mana? Ada ke? He he... 
Torremolinos, Malaga, Spain
Tiba-tiba je bersemangat nak pergi bercuti macam ni lagi. Terpaksa aa start planning dari sekarang. Mana nak pergi dan berapa bajetnya? Nak pergi ikut pakej ke atau nak pergi redah je macam hari tu? Kalau nak main redah je, memang kena kerja lebih sikit la, kena la survey hotel dan transportation seawal mungkin supaya dapat harga yang murah!

Currency exchange sekarang pun nampak stabil je. Rasanya, kalau nak ke UK dan Eropah, kadar tukaran matawang ringgit to pound dan Euro masih boleh lagi dikatakan murah kalau nak bandingkan 3-4 tahun lepas kot. US Dollar pun hari tu dah cecah bawah RM3 per US dollar. Tapi sekarang dah mula menampakkan kenaikan. 
Westminster Bridge, London
Nak duk hotel mahal tak? Budget hotel macam Travelodge tuh memang bersepah kat UK. Kat lain aku tak pasti la. Ataupun, kalau kat London, boleh je kita cari homestay accommodation yang diuruskan oleh Malaysian kat London! Ingat kat Malaysia je ada homestay? He he he... kalau ada sedara mara atau kawan-kawan yang tinggal kat sana, lagi la jimat! Boleh duduk rumah diorang! Tak ye pun, kalau kat London tuh, boleh je tempah bilik kat Malaysian Hall awal-awal sebelum pergi. Jangan walk-in je...
beli souvenir kat atas jembatan kat tengah-tengah Kota London!!!
Teringat jugak aktiviti makan-makan masa tu, memang bersepah restoren yang menghidangkan makanan Malaysia kat UK! Dari Malaysian Hall, Bonda Cafe, Tuk Din, sampai la ke restoren yang bertaraf agak mahal. Pendek kata, bab makan ni memang InsyaAllah takda masalah la, bukan sahaja di UK, tetapi di seluruh Eropah. Cari je kat internet, macam-macam ada! Dari Malay, Indonesian, Pakistan, Lubnan, Arab cuisine, hampir semua ada!

Ok la, jangan la baca lagi entry ni. Biar la aku feeling berangan sorang-sorang kat sini. Saja nak naikkan semangat nak kumpul duit untuk pergi jalan-jalan makan angin.

3 comments:

meowwmania said...

wahh bestnya....

sy pong nak pegi, sape nak sponser? ngeeeee.....

roydotcom said...

Kelly.. jom ikut aku melancong lagi bulan 11 ni.. Korea.. here I come.. haha

Mijoe said...

perghh Rol!!! best tu :) tiket tempah bila tuh? Baby ikut sekali tak?

kena aa posing ala-ala winter sonata nanti!! :)

thanks for the invitation anyway. Tak sempat nak kumpul duit la bro!! :) tahun depan ok tak? London jom? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...