Saturday, October 15, 2011

Jom Pergi Anfield!!!

Assalamualaikum

He he... peminat-peminat EPL hari ni; terutama sekali penyokong-penyokong tegar dan tak tegar LFC dan MUFC sure ramai yang akan berkampung di restoren-restoren yang ada big and giant screen. Biasa la, perlawanan 2 kelab yang paling berjaya di England. 

Sebagai die hard MU supporter, mestilah aku nak MU menang. Dari segi performance musim ni, setakat ni, MU agak konsisten dan score banyak gol. LFC pulak nampak agak kurang menyerlah pada 2-3 game yang pertama.  Baru nampak agak garang sebelum international break hari tu.

Main kat Anfield, memang satu cabaran besar untuk MU. Last season, MU kalah 3-1, Dirk Kyut scored hattrick! Hari ni, tak tahu la apa pulak keputusannya. Sama-sama la tengok dan sokong team masing-masing. 

Liverpool FC vs Manchester United FC
1245hrs (1945hrs Local time)

Jangan lupa solat maghrib yer!!!

(Update)

Liverpool FC 1 Manchester United FC 1

Bagi aku la, LFC deserve to win this match. Banyak peluang yang diorang sia-siakan. Luis Suarez patut score masa one on one dengan de Gea. Jordan Henderson pun memang boleh score, only for de Gea again saved United. Goalkeeper United patut dapat man of the match tu.

Dari result game ni, yang aku dapat buat kesimpulannya ialah, LFC mungkin tak sekuat musim lepas kot. Ke sebab United yang makin kuat? Mungkin bukan United secara keseluruhan, mungkin sebab penjaga golnya sahaja yang boleh diharap. Dapat satu mata kat Anfield tu sesuatu yang boleh dibanggakan jugak la.

Dari starting line up pun, aku agak terkejut, kenapa Rooney, Nani dan Anderson tak main? Nampak United tak menyengat langsung tanpa 3 orang tuh. Nak lawan pulak dengan starting 11 LFC yang aku nampak jauh lebih kuat dari United. Bila Rooney dan Nani masuk, baru nampak United lebih teratur dan agak mengancam.

Referee pulak, kali agak kurang kontroversi dari season lepas. Walaupun dialah referee yang sama seingat aku untuk game LFCMUFC ni. Sure ada kad merah! Nasib baik kali ni takde! Apa-apapun, 2-2 pasukan patut dapat sepakan penalti for the handballs in the penalty box! Tapi, apa nak buat, selagi video replay tak dibenarkan dalam bolasepak, selagi tu la susah nak dapat keadilan dalam keputusan pengadil... he he!

Sekarang, noisy neighbors dah duduk kat atas sekali dalam EPL lepas diorang belasah AstonVilla 4-1 kat City of Manchester tadi. Bangga la tu kot. Ha ha. Minggu depan baru diorang akan jumpa lawan sebenar diorang kat Old Trafford. Susah payah Sheikh bodoh tuh habiskan duit beratus juta pound semata-mata nak naikkan team murahan tuh. Piala dan kejuaraan boleh la dia nak beli, tapi sejarah dan track record tak boleh ditutup dengan duit tuh semua... Arsenal, Liverpool dan United, tak payah susah-susah beli hampir satu team player untuk dapatkan kejuaraan dalam competition yang diorang masuk. Diorang cuma perlu lahirkan dari akademi diorang je atau beli player muda dan berbakat, asah skill di akademi dan join first team kalau menepati kriteria dan kualiti. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...