Tuesday, October 18, 2011

Briefing Industry Wide Testing

Assalamualaikum

Petang tadi, aku terpaksa attend briefing kat BNM. Biasalah, untuk testing hujung minggu ni la. Aduhh..testing lagi! Makan free lagi! Off record leave lagi! 
Patutnya superior aku yang kena attend, tapi sebab dia kena handle satu kes, maka aku la yang kena ganti tempat dia. Aku dengan Rashpal yang pergi.

Well good thing about attending briefing ni selain dari dapat keluar dari office dan free tea break ialah, terjumpa dengan junior aku masa kat sekolah menengah dulu. Bunyamin Hussin, dah kerja kat BNM dah pulak. Patut la nama dan muka macam familiar je. Even lepas registration tadi pun, dia beria-ria datang salam dan tanya nama aku. 

Dah ada kroni kat BNM CHS senang la kalau nak komplen dan mengadu masalah... ha ha ha! Dah la duduk pun dekat je dengan rumah aku!

Habis briefing, aku borak la dengan dia sambil minum teh dan layan karipap! Tekak tak berapa nak sihat. Selera makan pun terbantut! Hopefully aku sihat la, esok colleague pulak cuti!

2 comments:

meowwmania said...

musim org demam agaknya skrg ni kan hurmm...

smoga cepat sembuh!

Mijoe said...

tq MM!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...