Kelly 3572

Monday, October 31, 2011

Lepas Ni Ada Lagi Satu Tempat Makan Yang Cool

Assalamualaikum

Ha ha... makan lagi. 

Kat mana? Dekat area Lembah Keramat jugak...
Officemate aku yang promote kat aku.

Tunggu aku dah pergi baru boleh cerita.

Sunday, October 30, 2011

TLG Diserang!!!

Assalamualaikum

Sejak TLG masuk Best In The Wolrd @ 8TV hari Khamis baru ni, terus meletup-letup business TLG. Alhamdulillah, rezeki Allah kurniakan kepada Chef Aidy, Chef Ray dan krew mereka. Aku pun sempat merasa Lasagna yang best tu dan french fries walaupun kecewa coleslaw aku missed out dari pesanan. Punya la hectic business hari Jumaat selepas Best In The World disiarkan pada malam hari Khamis tuh.

Kat Google dan Facebook pun mesti penuh dengan carian pasal That Little Gerai neh. 

Yang aku nak highlight kat sini ialah, selain dari factor Razif dan Best In The World tu, orang yang telah berjasa menaikkan nama dan business TLG sejak hari Jumaat baru ni ialah, brader yang jual burger dekat lorong yang sama dengan TLG ni. Dia la yang promote kat Razif dan Best In The World kot! 

Jadi, aku pun nak berterima kasih la kat brader yang jual burger tepi jalan sebelum Syed Bistro tuh sebab canangkan kat Best In The World pasal kewujudan TLG neh. Sebagai penghargaan, InsyaAllah, bila aku singgah TLG nanti, aku akan singgah jugak beli burger kat gerai brader ni. He he...

Terima kasih jugak kat Catz, sebab selain dari sumber rujukan aku untuk travel, review pasal TLG ni jugak telah bawak aku singgah tapau kat situ..

Friday, October 28, 2011

That Little Gerai - AU5D/1 Lembah Keramat

Assalamualaikum

Malam tadi macam biasa aku dan wifey menonton tv, to be specific; Best In The World @ 8TV. The makan-makan show hosted by that funny guy Razif Hashim

Salah satu dari tempat yang dia pergi makan ialah tempat ni la, That Little Gerai a.k.a TLG. Dan, oleh sebab lokasinya yang terletak kat area jajahan aku, maka, aku dengan agak laparnya dan wifey yang kebetulan memang lapar terus terjah untuk mencuba nasib dan selera di TLG!
Petang tadi masa kat office aku dah buat homework dah pasal TLG ni, bukan homework apa, cari exact location restoren ni la. Cepat salin latitude & longitude TLG!!!

N 3.203277 E 101.750398 

Aku saja tak bitau wifey yang aku nak bawak dia ke TLG. Macam biasa la, nak buat surprise la ni. Wifey pulak teringin nak makan french fries. Memang kena la pada tempatnya since french fries memang ada dalam menu TLG.

Bila dah nak sampai depan TLG, wifey dah ternampak signboard TLG. Terus dia excited. Aku pun excited jugak, tapi sebab aku tak lapar sangat, jadi perasaan excited tuh agak kurang la.
romantic jugak dine kat TLG ni...
Sebenarnya kitorang on the way nak balik ke Pajam. So, kitorang tak la makan kat situ, nak tapau je la. Untuk first visit ni, kitorang order...
  1. Lasagna
  2. French Fries With Black-pepper Sauce
  3. Coleslaw
Sesambil tunggu order siap tuh la aku snapped 2 gambar kat atas ni. Crowd agak ramai jugak la. Tapi takde la sampai tak cukup seat. Aku difahamkan TLG ditutup sekejap awal malam tadi. Sebab apa aku pun tak tahu. 

Bila pesanan dah siap, kitorang pun cepat-cepat bergerak balik kampung. Tengok dalam plastic bag tuh ada 3 bungkusan polistrin, aku confident la pesanan kitorang semuanya ok. Tapi masa kitorang stopped kat Plaza Tol Sungai Besi, baru la wifey realised yang aku punya coleslaw takde! Yang ada cuma lasagna dengan salad, french fries without black-pepper sauce. Alamak... kempunan aku nak makan coleslaw! Kena report kat Facebook TLG neh sebab we paid for everything but only realised that my coleslaw takde! Nak patah balik kang, dah lambat la pulak... takpe, next visit boleh claim...kan Chef Aidy kan? He he...

Masa dalam perjalanan ke Pajam tuh jugak wifey dan aku makan fries dan lasagna tuh. Fries tuh biasa je la. Tapi lasagna tuh memang best! BEST!!!! BEST!!!! Err, harga pun agak best la...he he! Tapi memang best rasa lasagna tuh! Daging-daging kat dalam lasagna tuh lembut dan hancur-hancur. Takde la terselit-selit celah gigi! 

Lepas ni memang kena pergi lagi la. Nak kena makan kat situ pulak. Especially lepas dapat gaji! Keh keh. Aku nak try burger BigS yang si Razif tu belasah dalam Best In The World malam tadi! Next visit baru aku nak snap gambar close-up baeeekkkk punya!

So, bagi aku la kan... That Little Gerai ni kan...

  • location 6/10 - kena ada navigator untuk sesiapa yang tak familiar area Lembah Keramat
  • taste      8/10 - lasagna tuh memang superb..belum try benda lain lagi tuh..he he
  • price      5/10 - bagi orang macam aku ni, agak mahal sket la, tapi berbaloi kalau sedap macam ni...
  • cleanliness 8/10 - hardly any rats.. sedap mata memandang, sesuai nak belanja mertua makan :)
Terus lapar lepas sediakan review neh...

Lepas sampai Pajam baru aku tahu apa yang telah berlaku kat TLG hari ni. Ni semua gara-gara Razif tu la...he he. Dari status kat FB TLG, aku dapat tahu yang TLG telah diserbu oleh pelahap-pelahap yang nak merasa kenikmatan masakan Chef Aidy tu. Aku tak tahu la sampai takat mana teruknya serbuan tuh, dengar cerita sampai kehabisan bahan untuk masak sehinggakan TLG terpaksa ditutup sementara waktu untuk menyediakan bahan-bahan mentah. Wallahualam... hebat betul sambutan dan penangan Razif dan jugak Chef Aidy neh!

Kalau ada kenyataan yang kurang tepat, minta tolong perbetulkan yer... :)
TLG's current menu; taken from TLG's facebook
TLG, i'll be back soon!

Wednesday, October 26, 2011

Aldershot 0 Manchester United 3

Assalamualaikum

Hmm, ingatkan MU kalah lagi, walaupun dengan team yang dianggap minnows. Tapi untuk mengecewakan supporter yang anti MU, perkara tersebut tak berlaku, walaupun main dengan 3 player reserve, dan bermain di tempat lawan dalam keadaan cuaca malam autumn yang sungguh sejuk. Bestnya... rindu pulak dengan UK. He he...

So, business as usual for MU. Good preparation for the next game at Goodison Park against Everton. Especially for the likes of Vidic, Park, Cleverly, Berbatov & Owen.

Berbatov, Owen and Valencia scored for the Devils with a handful of chances saved, wasted or just went wide. I think Paul Pogba has a bright future for United. Ben Amos also had a decent run out with one good save from a freekick outside the penalty box.

To all Malaysian who celebrates Deepavali, Happy Deepavali and to the rest, happy holiday. A good midweek break to rest and relax.

Monday, October 24, 2011

Kucing Ini Memerlukan Bantuan Anda

Assalamualaikum

Balik kerja tadi, masa sampai kat Stesyen RapidKL LRT Setiawangsa, aku ternampak anak kucing ni kat luar stesyen tersebut. Masa aku sampai tuh, nampak la dia tengah menjilat-jilat badan dia. 
saya kucing malang di Stesyen LRT Setiawangsa
Meow ni aku anggarkan umur dia dalam 6 bulan ke atas la.  
Bila aku dah betul-betul dekat dengan dia, baru la aku nampak masalah meow ni. Kurap kat bahagian telinga dan muka dia. Agak teruk la. Dah la kebetulan aku pulak tak bawak krim untuk kurap meow tuh. 
telinga saya berkurap...
Sebelum wifey sampai, aku sempat bagi meow tuh makan. Nasib baik la ada lagi sikit bekalan makanan yang aku bawak tuh. Meow tu makan dengan berseleranya. Alhamdulillah. 
bantu la saya...
Kepada meow lovers yang tinggal area Setiawangsa, minta tolong la kalau rajin, selamatkan la meow ni. Balik nanti aku nak masukkan krim kurap kucing tuh siap-siap dalam beg aku, mana la tahu panjang umur, petang esok aku berjumpa dengan meow ni lagi.

Dan minta jasa baik reader/s and follower yang terbaca entry ni, terutama sekali yang sayangkan kucing, do something about this cat. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua. Amin.

Sunday, October 23, 2011

Manchester United 1 Manchester City 6

Assalamualaikum

Fuh!! Result EPL yang paling upset dan menggembirakan semua peminat bola yang anti dengan MU! He he he. Apa-apa pun, tahniah to the 'noisiest neighbours' for finally beating United in the 9th EPL match. What you get is just 3 points, bigger goal differences and an exclusive right to be noisier. Nothing more than that... ha ha!

Abih tu, sebagai penyokong tegar MU, aku tak malu ke kalah teruk macam ni, kat Old Trafford pulak tuh? La... memang la memalukan, tapi aku takda la malu sampai tak sanggup pergi kerja nak kena mengadap kawan-kawan yang anti MU. Aku rilek je. Masa MU belasah Arsenal hari tu pun, takde la aku pergi office kecoh-kecoh pasal menang 8-2 tuh. Rilek la. Bukannya perlawanan yang menentukan MU dah menang piala yang ke 20 pun kan?

Untuk 'noisy neighbours' tu, dapat belasah United kat Old Trafford tuh rasanya cuma kemenangan moral untuk diorang je la. Sport commentator cakap kemenangan Shitty tuh dah menunjukkan shift of power in football. Tapi aku rasa kenyataan tu terlalu awal untuk dibuat. Dan bagi Shitty jugak, dapat beat MU tu dah kira macam menang EPL, menang Champions League, FA Cup dan jugak Carling Cup dalam satu season! 

Apa silapnya MU dalam game ni? Paling ketara ialah defender. Yang kedua midfield. Aku expect Tom Cleverly main, rupanya tak. Aku expect Vidic main, tapi tak. Gol ke 5 dan ke 6 Shitty tu memang silap defender MU la, teruja sangat nak dapatkan goal seterusnya sehingga semuanya naik ke kawasan Shitty and leaving the goal exposed for the Shitty player to exploit. 

Aku nampak Wayne Rooney dan Ashley Young je yang betul-betul bersemangat nak main. Yang lain memang way below par. David de Gea tu memang tak boleh dipersalahkan la. Kesian kat mamat tu. Helpless. The real turning point was, the sending off of Johny Evans. 11 against 11, aku yakin the result will be totally different. First half menampakkan kelainan 11 lawan 11. Yes, Shitty managed to score when 11 against 11. Even at 2-0 with 11 against 11 during the Community Shield, United turned it around to take the trophy home. 

So, MU supporter, jangan la sedih-sedih sangat ye. Ada 29 games lagi. Tak perlu malu kalah dengan Shitty tu sebab team macam tu excited kejap je. Kecoh je lebih. Sekali Sheikh kaya tu dah kayap, baru la kita boleh nampak kat mana sebenarnya tempat team macam tu. Dan lagi satu, MU banyak hutang, duit takde, tapi tropi melimpah ruah. Team yang kecoh sangat tuh, duit banyak, tropi? Ok la, last season sempat la beli jugak satu. Tengok musim ni, apa pulak yang sempat diorang beli. 

Glory glory Man United! Next game Everton at Goodison Park. Forget this game, look forward and focus on the next game!

(Sure player MU kena belasah dengan Alex Ferguson nanti neh... he he! Bertukar-tukar warna hidung orang tua tuh..)

*hari ni jugak, pelumba MotoGP, Marco Simoncelli terbunuh dalam kemalangan di perlumbaan Litar Sepang. First casualities di litar Sepang.


*Lee Chong Wei kalah kepada Chen Long pada perlawanan akhir badminton terbuka Denmark. 

Wednesday, October 19, 2011

Nak Kupon Diskaun?

Ni satu web yang baik untuk dikongsi bersama. Aku dapat ni pun dari officemate aku. Memang best jugak la kalau nak dapatkan segala jenis mak bapak kupon diskaun. 

Check it out!


Latest kupon yang agak menarik ialah, McD Quarter Pounder With Cheese; RM6.99 untuk tempoh 17 Oktober sampai la 25 Oktober 2011!

Ada Tak Sesiapa Interested...

Assalamualaikum

...nak tolong jaga/adopt Kaka? Specially kawan-kawan yang hardcore meow lovers?

Tuesday, October 18, 2011

Briefing Industry Wide Testing

Assalamualaikum

Petang tadi, aku terpaksa attend briefing kat BNM. Biasalah, untuk testing hujung minggu ni la. Aduhh..testing lagi! Makan free lagi! Off record leave lagi! 
Patutnya superior aku yang kena attend, tapi sebab dia kena handle satu kes, maka aku la yang kena ganti tempat dia. Aku dengan Rashpal yang pergi.

Well good thing about attending briefing ni selain dari dapat keluar dari office dan free tea break ialah, terjumpa dengan junior aku masa kat sekolah menengah dulu. Bunyamin Hussin, dah kerja kat BNM dah pulak. Patut la nama dan muka macam familiar je. Even lepas registration tadi pun, dia beria-ria datang salam dan tanya nama aku. 

Dah ada kroni kat BNM CHS senang la kalau nak komplen dan mengadu masalah... ha ha ha! Dah la duduk pun dekat je dengan rumah aku!

Habis briefing, aku borak la dengan dia sambil minum teh dan layan karipap! Tekak tak berapa nak sihat. Selera makan pun terbantut! Hopefully aku sihat la, esok colleague pulak cuti!

Saturday, October 15, 2011

Jom Pergi Anfield!!!

Assalamualaikum

He he... peminat-peminat EPL hari ni; terutama sekali penyokong-penyokong tegar dan tak tegar LFC dan MUFC sure ramai yang akan berkampung di restoren-restoren yang ada big and giant screen. Biasa la, perlawanan 2 kelab yang paling berjaya di England. 

Sebagai die hard MU supporter, mestilah aku nak MU menang. Dari segi performance musim ni, setakat ni, MU agak konsisten dan score banyak gol. LFC pulak nampak agak kurang menyerlah pada 2-3 game yang pertama.  Baru nampak agak garang sebelum international break hari tu.

Main kat Anfield, memang satu cabaran besar untuk MU. Last season, MU kalah 3-1, Dirk Kyut scored hattrick! Hari ni, tak tahu la apa pulak keputusannya. Sama-sama la tengok dan sokong team masing-masing. 

Liverpool FC vs Manchester United FC
1245hrs (1945hrs Local time)

Jangan lupa solat maghrib yer!!!

(Update)

Liverpool FC 1 Manchester United FC 1

Bagi aku la, LFC deserve to win this match. Banyak peluang yang diorang sia-siakan. Luis Suarez patut score masa one on one dengan de Gea. Jordan Henderson pun memang boleh score, only for de Gea again saved United. Goalkeeper United patut dapat man of the match tu.

Dari result game ni, yang aku dapat buat kesimpulannya ialah, LFC mungkin tak sekuat musim lepas kot. Ke sebab United yang makin kuat? Mungkin bukan United secara keseluruhan, mungkin sebab penjaga golnya sahaja yang boleh diharap. Dapat satu mata kat Anfield tu sesuatu yang boleh dibanggakan jugak la.

Dari starting line up pun, aku agak terkejut, kenapa Rooney, Nani dan Anderson tak main? Nampak United tak menyengat langsung tanpa 3 orang tuh. Nak lawan pulak dengan starting 11 LFC yang aku nampak jauh lebih kuat dari United. Bila Rooney dan Nani masuk, baru nampak United lebih teratur dan agak mengancam.

Referee pulak, kali agak kurang kontroversi dari season lepas. Walaupun dialah referee yang sama seingat aku untuk game LFCMUFC ni. Sure ada kad merah! Nasib baik kali ni takde! Apa-apapun, 2-2 pasukan patut dapat sepakan penalti for the handballs in the penalty box! Tapi, apa nak buat, selagi video replay tak dibenarkan dalam bolasepak, selagi tu la susah nak dapat keadilan dalam keputusan pengadil... he he!

Sekarang, noisy neighbors dah duduk kat atas sekali dalam EPL lepas diorang belasah AstonVilla 4-1 kat City of Manchester tadi. Bangga la tu kot. Ha ha. Minggu depan baru diorang akan jumpa lawan sebenar diorang kat Old Trafford. Susah payah Sheikh bodoh tuh habiskan duit beratus juta pound semata-mata nak naikkan team murahan tuh. Piala dan kejuaraan boleh la dia nak beli, tapi sejarah dan track record tak boleh ditutup dengan duit tuh semua... Arsenal, Liverpool dan United, tak payah susah-susah beli hampir satu team player untuk dapatkan kejuaraan dalam competition yang diorang masuk. Diorang cuma perlu lahirkan dari akademi diorang je atau beli player muda dan berbakat, asah skill di akademi dan join first team kalau menepati kriteria dan kualiti. 

Misi Memandikan Semah

Tengahari tadi, sebelum ke kenduri kahwin di Restoren Nelayan Tasik Titiwangsa, aku sempat menyental Semah , yang patutnya minggu lepas dah kena mandi. Tapi sebab terpaksa attend testing yang buang karen tuh, terpaksa la aku postpone ke hari ni. Hmm, hujung minggu depan pun ada testing buang karen lagi! Cheh!

Semah sangat rileks masa aku basahkan badan dia. Mungkin dah biasa mandi sebelum ni kot. Walaupun aku bilas dengan air kolah yang sejuk, rileks je minah tuh. Tak meronta macam Ronaldo tuh. Cuma dia ada la attempt nak keluar dari bilik air yang aku kunci tuh.

Bila dah syampu, bilas balik, baru la dia start mengiau agak kuat. Mungkin dah tak tahan sejuk kot. Lepas bilas sampai hilang kesan syampu, bungkus dia dengan towel, baru la dia rileks dan tak bising. Angkut dia ke luar rumah biar dia berjemur tengah panas sesambil aku terus lapkan badan dia.

Habis urusan lap, sental pulak telinga dia dengan baby oil. Kena la bersih sket, pilihanraya dah dekat ni. Baru la pergi berkempen pun kucing-kucing lain selesa bila dekat dengan kamu Semah ooi!!!

Puas hati dapat mandikan kau Semah! Patutnya Kaka kena mandi hari ni jugak, tapi sebab kesuntukan masa dan aku pun nak balik Pajam lepas kenduri nanti, terpaksa la tangguh ke hujung minggu depan, lepas testing buang karen tuh. 

Monday, October 10, 2011

Kemaruk Nak Bercuti!!!

Assalamualaikum

Ni entry suka-suka! Sebab terasa sungguh gian nak travel bila teringat balik hari ini dalam sejarah! Serius terasa macam nak je pergi beli tiket, lepas tu terus fly, walaupun passport validity dah tinggal kurang dari 10 bulan. Kena renew la ni nanti...
Warwick Castle, Warwickshire
Bila godak-gadek picture folder, syahdu je bila terjumpa gegambar macam kat atas ni. Hati panas meronta-ronta terasa nak pergi. Tapi ongkosnya mana? Ada ke? He he... 
Torremolinos, Malaga, Spain
Tiba-tiba je bersemangat nak pergi bercuti macam ni lagi. Terpaksa aa start planning dari sekarang. Mana nak pergi dan berapa bajetnya? Nak pergi ikut pakej ke atau nak pergi redah je macam hari tu? Kalau nak main redah je, memang kena kerja lebih sikit la, kena la survey hotel dan transportation seawal mungkin supaya dapat harga yang murah!

Currency exchange sekarang pun nampak stabil je. Rasanya, kalau nak ke UK dan Eropah, kadar tukaran matawang ringgit to pound dan Euro masih boleh lagi dikatakan murah kalau nak bandingkan 3-4 tahun lepas kot. US Dollar pun hari tu dah cecah bawah RM3 per US dollar. Tapi sekarang dah mula menampakkan kenaikan. 
Westminster Bridge, London
Nak duk hotel mahal tak? Budget hotel macam Travelodge tuh memang bersepah kat UK. Kat lain aku tak pasti la. Ataupun, kalau kat London, boleh je kita cari homestay accommodation yang diuruskan oleh Malaysian kat London! Ingat kat Malaysia je ada homestay? He he he... kalau ada sedara mara atau kawan-kawan yang tinggal kat sana, lagi la jimat! Boleh duduk rumah diorang! Tak ye pun, kalau kat London tuh, boleh je tempah bilik kat Malaysian Hall awal-awal sebelum pergi. Jangan walk-in je...
beli souvenir kat atas jembatan kat tengah-tengah Kota London!!!
Teringat jugak aktiviti makan-makan masa tu, memang bersepah restoren yang menghidangkan makanan Malaysia kat UK! Dari Malaysian Hall, Bonda Cafe, Tuk Din, sampai la ke restoren yang bertaraf agak mahal. Pendek kata, bab makan ni memang InsyaAllah takda masalah la, bukan sahaja di UK, tetapi di seluruh Eropah. Cari je kat internet, macam-macam ada! Dari Malay, Indonesian, Pakistan, Lubnan, Arab cuisine, hampir semua ada!

Ok la, jangan la baca lagi entry ni. Biar la aku feeling berangan sorang-sorang kat sini. Saja nak naikkan semangat nak kumpul duit untuk pergi jalan-jalan makan angin.

Sunday, October 9, 2011

Penat, Tension Dengan Testing...

Ni la penghilang segala penat dan tension testing 2 hari berturut-turut tu! Anak-anak buah yang comel, bijak dan well-behaved!
Sempat la buat diorang rasa seronok dengan 2 pakcik diorang yang bersedia nak melayan kerenah. Nasib baik la 2-2 ringan...he he. Kalau tak mesti dah sakit pinggang dah pepakcik yang tak berapa nak muda dah ni! 
Pandai pulak posing, semua gambar sure tengok camera. Puas hati cameraman! 
Sambil mengerjakan anak-anak buah ni, sempat la jugak aku mengerjakan Semah dengan frontline spray tuh. Memang dah overdue dah. Patut aa nampak ramai je masyarakat kutu menumpang! Minggu depan, dia dan Kaka wajibul mandi!

Tuesday, October 4, 2011

Merapu Di Malam Hari...

Assalamualaikum

Me recovering from a slight fever. 

Too much mutton, too much caffeine, less body liquid, less good night sleep and low antibody has put me down in this annoying condition. But, Alhamdulillah, pain is one way to get you closer to Allah. 

Oh! If you guys interested in buying or investing in gold or other precious metal, or you just want to have a good read on the subject, you can take a click at these following sites;
  1. Live Gold Price
  2. PublicGold
  3. Jutawan Emas
  4. FGAJM
Good nite everyone and wish me well!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...