Friday, September 16, 2011

Touch'n Go Expiry Date!

Assalamualaikum

Ni sambungan dari cerita semalam la ni. Pasal kad Touch'n Go!
my new Touch'n Go card
Aku baru tahu kewujudan tarikh luput(expiry date) pada kad TnG ni. Macamana aku tahu? Bila aku tak boleh masuk ke platform LRT 2-3 hari lepas. Kad TnG aku tak diterima; sebab? Kad Luput! Terkejut meerkat aku masa tu. 
can you see the displayed expiry date on top of the Touch'n Go icon?
Bila aku check pulak dekat kaunter tiket RapidKL tuh, memang diorang sahkan yang kad aku dah luput! Dah lama jugak la aku guna kad TnG ni. Diorang suruh aku replace kad aku ni dengan kad baru kat mana-mana kaunter khidmat pelanggan TnG. Segala baki dalam kad lama akan dipindahkan ke dalam kad yang baru.

Aku boleh nampak expiry date kad TnG aku yang baru tu dengan jelas kat belakang kad tuh. Kalau korang menggunakan TnG ni, elok la korang check bila expiry date kad masing-masing sebelum kantoi di tempat dan masa yang tak diingini. Mana la tahu tengah que kat plaza tol memusim open house raya ni, tetengok kad TnG dah expired! Dah timbul masalah lain pulak. Kereta kat belakang dah hon berkali-kali dah!

Selain dari memeriksa tarikh luput di belakang kad TnG, korang juga boleh memeriksa secara online tarikh luput kad anda di laman sesawang TnG. Korang cuma perlu masukkan card manufacturing number yang tertera di belakang kad TnG korang tu. Lepas tu tarikh luput kad korang akan dipaparkan di skrin PC atau smartphone korang. 
Touch'n Go also available on certain MyKad
Selain daripada kad TnG, sesetengah MyKad juga dilengkapi dengan microchip TnG ni. Bermakna, korang boleh reload RM korang ke MyKad dan gunakan untuk membayar tol atau kemudahan TnG yang lain. Aku tak pernah lagi reload TnG kat MyKad aku ni. Sebab, rasa macam tak secure je. MyKad pun orang boleh ciplak dan manipulate macam-macam cara, tak nak la aku amik risiko reload duit ke TnG MyKad tu!

Dan aku pun ada jugak terfikir, kalau kad TnG ada tarikh luputnya, macam mana pulak fungsi TnG pada MyKad? Ada tarikh luputnya jugak ke?

4 comments:

meowwmania said...

hahh ada tarikh luput??

huhuu baru tawu...maceh cek Mijoe

Mijoe said...

a'a MM..

sama-sama :)

muhamat asraf said...

Thanks.. baru tawu.. hahaha

Mijoe said...

you're welcome Asraf!

=p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...