Kelly 3572

Saturday, September 10, 2011

Sup GearBox

Assalamualaikum

Hari ni pergi beraya ke Seremban. Dan, seperti biasalah, menunya sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Favourite aku, dan favourite hampir semua orang, sup gearbox!
ni aku punya bahagian!
Sesampai je aku kat rumah tu, terus ke dapur, dan mengadap benda dalam gambar atas ni. Besarnya... diorang cakap, yang ni memang aku punya! He he... malu le pulok aku dibuatnya. Tapi makan punya pasal, takpe! Ketepikan perasaaan malu itu. Janji perut kenyang. 
adik ipar gue dengan gear box kebanggaannye...
Campur kicap dalam kuah sup tuh secukup rasa, lepas tu teruskanlah niat murni untuk mengerjakan tulang kaki lembu tu. Adik ipar aku amik bahagian yang kecik sikit dari aku punya, mungkin sebab nak jaga diet dan maintain kesihatan fizikalnya kot.  
straw takde, terpaksa la tunggang terbalikkan tulang tuh...
Dah tahu nak makan gearbox, kena la bawak straw lenkali. Bila takde straw, terpaksa la buat macam-macam cara nak korek isi kat tengah tulang tuh keluar... ketuk, korek dengan jari kelingking etc.  
mantop! mantop!
Dah licin tulang dan sup tuh, aku ingat nak proceed makan nasi dengan masak lemak tempoyak, tapi aku dah agak kenyang dengan penangan gearbox dan sup. Silap strategi ni. Lenkali makan nasi dulu, lepas tu baru belasah sup gearbox! 
haa ni ada lagi ni... sapa nak???
Bila dah kenyang, lepak depan tv, layan EPL game Stoke City against Liverpool. Sambil tu, minum teh tarik 2-3 cawan. Dan bila keadaan perut dah kembali boleh menerima deposit makanan, makan la mee bandung pulak. Makan sikit je, share dengan wifey. Kang makan banyak sangat tak larat pulak nak drive balik! 
dah macam tadika dah...ramai sangat kanak2!!! he he
Aku, wifey, MiL dan SiL bertolak balik Pajam dalam pukul 2300hrs. Ada game Bolton vs Man United pulak pukul 0030hrs nanti. Esok pulak ada jemputan open house office mate kat AU5. Sempat ke tak nak pergi ni...

2 comments:

Farahliza Isa said...

perghhh!! dh mcm lutut unta lak nengoknyer....huhu

Mijoe said...

a'a Farah..besar gedabak saya punye bahagian tuh. Makan sampai muak...he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...