Kelly 3572

Thursday, September 15, 2011

Replace Touch n Go Card

Assalamualaikum

Lunch tadi aku dengan Sani decided to go to Touch n Go Customer Service Counter yang terletak di Lebuhraya Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), berhampiran dengan Stesyen RapidKL Damai.

Aku nak replace card Touch n Go aku yang dah expired! Ha, jangan main-main, card Touch n Go pun ada expired date tau! Esok aku cerita lagi pasal expiry date card ni yer.

Sani pulak nak beli Smart Tag untuk Touch n Go credit card dia. Ye la, musim raya ni, takmo la buang masa que kat plaza tol lelama kan. Paling cepat, guna la smart tag ni.
Tepi entrance AKLEH, dekat dengan Stesyen RapidKL Damai
Aku tak beli la, terasa membazir je bayar RM120 untuk smart tag tuh. Sedangkan, guna Touch n Go pun ok la jugak, cuma perlu bersabar dan beratur kejap je; itupun kalau banyak kenderaan. 

Kalau dah beli smart tag ni, jangan lupa simpan baik-baik dan jangan tinggalkan atas dashboard kenderaan anda. Sebabnya, nanti akan menarik perhatian mereka yang kurang iman dan pendek daya pemikiran untuk merembat dan memecahkan cermin kereta tu. Semata-mata nak rembat smart tag tuh. RM120 beb!!! Siapa tak nak? Diorang dapat, lepas tu jual balik RM100 pun sure laku tu. 

Smart tag punya security features ni aku tak tahu la pulak. Kalau dah kena rembat, boleh ke smart tag tu dihalang penggunaannya? Kalau boleh blok, ok la kan, kalau tak boleh? Memang rezeki perembat tu la.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...