Kelly 3572

Friday, September 23, 2011

Ops Basah

Assalamualaikum

Hari ni cuti. Ganti masa datang testing bulan puasa dulu!

Agenda hari ni bukan main banyak lagi asalnya...
  • bayar bil air kat Management Office dan buat report pasal leaking tu...
  • nak bawak Piji ke clinic
  • nak pergi LUTH or BIMB
  • nak lepak-lepak dengan masyarakat kucing
Tapi akhirnya, satu je yang terlaksana. Agenda yang pertama tu la. 

selamba meerkat je dia berdiri atas tangga hujung balkoni ni...
Lepas bayar bil air dan buat report, terus Budin; the nice and friendly Pakistani maintenance guy (pekerja rencam) ikut aku balik ke unit aku to inspect the leaking. 
Mula-mula dia tengok dalam master bedroom. Lepas tu dia tengok kat balkoni. Dia cakap, dia kena ambil tangga untuk bersihkan tanaman aku tu dulu, baru boleh tengok apa masalah sebenarnya yang menyebabkan dinding bahagian dalam master bedroom tu mengembang dan basah.  
aku suka tengok kesungguhan mamat dari Peshawar ni buat kerja
Bila dah bersih segala tanaman dan sarang burung tu dikerjakan oleh Budin, dia cakap paip unit atas rumah aku ni dah bocor. Sebab tu la rumah bawah yang terpaksa menanggung akibatnya. Salah satu keburukan tinggal di rumah atas angin! 

Budin cakap dinding master bedroom aku akan basah sekiranya banyak air hujan melalui paip luar yang bocor tu ataupun bila ada aktiviti mencuci di balkoni yang menggunakan jumlah air yang banyak. Sepanjang 2-3 hari lepas kan asyik hujan je, patut la kawasan dinding tu basah makin besar sampai kembang cat kat dinding tu.
this is much better!
Budin suruh aku report ke management office sekali lagi pagi esok. Ambik gambar ni dan gambar dinding master bedroom yang basah tu dan tunjukkan kepada boss di management office tu so that he can report it to the unit owner above mine to do the necessary.

Semoga segala urusan baik pulih berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, terutama sekali karenah pemilik unit kat atas unit aku ni. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...