Saturday, September 3, 2011

Nilai - Sungai Udang - Tanjung Minyak - Muar - Nilai

Assalamualaikum

Ni entry pasal beraya sakan la ni. Penat nak update entry ni. Sejam tak cukup ni.

Agenda utama hari ni ialah nak ke Sungai Udang untuk menyertai konvoi majlis pertunangan Shahrul; anak Pak Anjang. Lain-lain agenda berbangkit tuh, ikut je la selagi ada kudrat sebagai driver... he he he. Harap-harap jalan tak sesak la.

Aku, wifey, MiL dan SiL bertolak dari rumah pukul 1030hrs camtuh la mengikut janji Melayunya. Patutnya, 1030hrs tuh dah dekat Ampangan sebab planned nak berkumpul kat situ. Tapi sebab kitorang dah lambat, maka aku pun tak dapat la minum teh tarik kat Taman Bukti tuh. Kitorang ke Ampangan tuh melalui hiway LEKAS. Memang lekas betul pun. 10 je dah sampai Seremban! Kalau Plus Hiway sesak teruk dari Seremban nak ke KL, korang masuk gunakan LEKAS ni yer!

Dari Seremban, kitorang gunakan Plus pulak untuk ke Simpang Ampat. Janji dengan orang Ampangan kat situ pulak.
menunggu konvoi lain kat Plus Hiway exit Simpang Ampat! Ternampak pulak Makam Dol Said...
Bila dah cukup korum, barulah sambung semula perjalanan ke Kompleks Penjara Sungai Udang untuk berkumpul kat rumah Kiki cute! Ni la pengalaman pertama dalam hidup aku masuk dalam kawasan penjara. Penjara Sungai Udang ni adalah penjara yang terbaru dan paling canggih di Asia Tenggara setakat ni. Best jugak kawasan kompleks ni, tapi bila memikirkan lokasinya berhampiran dengan banduan pelbagai kesalahan, seriau la pulak. 

Sebab penjara ni baru je beroperasi mulai bulan Mei 2010 kalau tak silap aku, maka, lokasinya dalam Google maps dan Garmin GPS navigator pun tak wujud la lagi. Lembab betul Google ni update kan? Tapi nasib baik la kitorang berjaya sampai ke destinasi melalui info landmark yang diberi oleh tuan rumah. 
ni la Kiki cute; kat rumah dia; Blok B, Kompleks Penjara Sungai Udang
Seronok la bila dapat borak-borak dengan Amin. Banyak la info pasal penjara dan banduan yang aku dapat. Yang aku nak highlight kat sini ialah, tiada lagi kekosongan dalam penjara ni. Menunjukkan betapa ramainya banduan; samada yang betul-betul bersalah ataupun mereka yang teraniaya. Ada di kalangan mereka yang tak mahu meninggalkan penjara ni kerana dapat hidup dengan makan minum yang sempurna berbanding dengan kehidupan di luar tembok besi ni.

Banduan pulak, aku rasa bukan semuanya rakyat tempatan. Jadi, aku rasa kita telah membazirkan duit dengan menyara hidup pesalah yang bukan warganegara kita. Berapa banyak sehari kita bazirkan? Wallahualam. Korang congaklah sendiri... 
saya ni dah la cute, well behave pulak tuh...

semua orang suka dengan saya tau!!!
Selepas solat Zuhur, rombongan merisik dan meminang bergerak la ke rumah bakal tunang Shahrul di Tanjung Minyak, kalau tak silap aku la. Perjalanan dari penjara ke Tanjung Minyak tuh tak la lama sangat. Kurang dari 20 minit.
Asalnya kitorang 2 kereta je dari Nilai & Ampangan. Bila sampai rumah bakal tunang Shahrul tu, jumlah kereta dah jadi 8 buah! Nasib baik tuan rumah memang well-prepared dan Alhamdulillah, majlis merisik dan bertunang berjalan dengan lancar. Abang Mahadi; anak arwah Pak Long dan Mak Long yang jadi jurucakap bagi pihak keluarga Pak Anjang.
inilah Trisha yang cute dan lasak
Tetamu dihidangkan dengan nasi putih berlaukkan masakan trademark negeri Melaka; asam pedas, tempoyak, ulam-ulaman, ikan masin etc. Kuih-kuih raya jugak tak ketinggalan. Memang best la menjamu selera. Tapi aku tak makan banyak sangat sebab takut mengantuk kalau nak drive balik or ke destinasi tambahan yang lain.
ni Husna, kakak kepada Kiki @ Zahirah
Pukul 1600hrs camtu, kitorang semua meninggalkan Tanjung Minyak untuk balik sekejap ke Sungai Udang sebelum meneruskan perjalanan ke Muo (Muar); beraya ke rumah Pak Uda. Rombongan ke Muo berjumlah 6 buah kereta sahaja. Lagi 2 buah ada program lain, so diorang tak dapat la nak join.

Sekali lagi kitorang masuk ke Plus hiway untuk ke Muo. Kitorang akan keluar melalui exit Tangkak. Teringat pulak masa zaman muda remaja dulu, naik bas Cepat Ekspress KL - Segamat - KL, mesti lalu exit Tangkak ni.

Dari exit Tangkak pulak, kitorang ke bandar Muo, dan tunggu Zairil dan Mak Uda datang jemput kitorang kat stesyen minyak Petronas, sebab semua orang tak tahu exact location ke rumah Pak Uda. Semua orang solat Asar kat Petronas tuh.

Sampai kat rumah Pak Uda tuh pun dah masuk Maghrib. Penat satu badan. Takut pulak bila fikirkan nak balik ke Nilai nanti, jalan clear ke tak? Larat ke tak?
makan time! Mak Uda prepared mee bandung Muo untuk tetamu yang ramai ni

mee bandung dalam mangkuk besar

ni aku punya portion! tak leh makan banyak, nanti ngantuk!!!
Lepas makan mee bandung, rileks sekejap, jalan-jalan kat luar rumah ambil angin senja Muo. Terjumpa pulak meow kaler oren yang cute. Lupa nak snap gambar dia. Ada kurap sket kat tepi telinga dia. Jinak pulak tu. Kenapa la selalu jumpa meow yang tak bertuan pada masa yang salah? Semoga meow tuh selamat sejahtera hidupnya.
depan rumah Pak Uda 
Rombongan 6 buah kereta bergerak meninggalkan Pak Uda dan keluarganya selepas menyelesaikan mee bandung tuh. Sebelum mata mula mengantuk, baik cepat-cepat beredar.
apa yang menarik sangat neh?
On the way balik tu, ingatkan takde la nak singgah memana, tapi, bila kereta depan sekali mula berhenti kat tepi jalan yang ada gerai menjual-jual tu, mula la kereta-kereta lain kat belakang pun ikut sama berhenti. Shopping rupanya...
kupang kupang!!! 3 kilo sepoloh hengget!!!
Berhenti nak beli kupang rupanya. Macam orang jual mentarang kat tepi jalan area Kuala Selangor jugak la. Main longgok-longgok kat atas meja tepi jalan. Aku tak ingat berapa banyak wifey rembat kupang ni. Maybe 3 kilos kot.
lokan lokan!!! sapa nak lokan...
Selain dari kupang, gerai yang kitorang berhenti tu ada jugak jual lokan dan tiram. Tapi kitorang tak beli la. 
ni pulak tiram! ye ke? pesal lain je aku tengok dengan tiram kat hotel tu...

up close and personal with tiram (oyster)
Selesai merembat kupang, kitorang sambung journey balik ke destinasi masing-masing. Boleh caya ke nak balik ni? Tak... memang tak terus balik. Ada lagi satu persinggahan. Gerai tepi jalan jugak. Kali ni cari apa pulak?
berhenti lagi sekali kat gerai tepi jalan untuk merembat perencah mee bandung 

memeow Muo yang berniaga buah-buahan dan perencah mee bandung

itu dia, perencah mee bandung Muo.
Oo..ni la dia. Alang-alang dah sampai Muo, kena la cari perencah mee bandung Muo untuk dibawa balik ke rumah dan jugak untuk dijadikan souvenir untuk kawan-kawan. Aku beli 5 paket, wife beli 5 paket. Borong habis. Kaya tokey gerai tuh malam ni.

Dan, macam biasa la, aku jumpa lagi meow yang aku rasa nak je bawak balik rumah. Wrong timing lagi. Aku kena buka satu cat sanctuary la...InsyaAllah kalau aku millionaire. Dapat la aku selamatkan kucing-kucing yang terbiar tanpa tuan ni daripada hidup merempat tepi-tepi jalan besar yang sibuk ni. 
kupang yang baru dibersihkan untuk disimpan dalam lemari es
Lepas membeli perencah mee bandung tuh, ada la jugak cadangan daripada Zack dan Mimi untuk pergi makan-makan seafood kat area Melaka. Mulanya kitorang macam nak ikut, tetapi sebab driver dah agak layu, maka niat tu terpaksa dibatalkan. Zack dan Mimi pun rasanya tak pergi makan seafood tu, diorang just berhenti kat R&R je. 

Kitorang selamat sampai Pajam tanpa jam di lebuhraya PLUS. Fuhh... lega. Esok tengahari sure dapat makan kupang fresh! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...