Kelly 3572

Monday, September 5, 2011

Kucing-kucing Yang Malang

Assalamualaikum

Hari ni aku masih lagi bercuti raya. Tapi tak ke mana-mana. Wifey kerja. Lepas hantar wifey, aku terus ke Gombak, nak menguruskan Kaka, Ronaldo dan Semah Sharapova a.k.a SS. 

Dan macam biasa la, penyambut tetamu kat rumah parent aku ialah, John Doe dan Mary Jane yang selalu datang mintak makanan extra dan jugak mencari kasih sayang yang mungkin kurang diperolehi dari tuan diekor kot.

Aktiviti kat kondo hari ni...
  • bersihkan poo
  • bersihkan bekas minum dan ganti air baru
  • cuci bekas makanan
  • jemur dan sapu carpet tempat tidur 
  • lepaskan penghuni jenjalan dan stretching 
  • kasi wet food
Kaka ni pelik sket, asal aku lepas keluar je, sibuk cari air dalam longkang untuk diminum. Padahal air dalam bekas yang bersih tuh ada je. Kenapa ek? Puas aku tanya Kaka nape asyik minum air longkang, tapi dia tak jawab!

Ronaldo pulak sempat lagi cilok keluar dari kawasan rumah bila aku leka sekejap. Kucing punya kucing!!! Nasib baik engkau balik masa aku nak serve wet food. Macam tau-tau je orang nak bagi makanan best!

Semah pulak maintain ayu dan lemah gemalai. So far takde perangai buruk yang ditunjukkan. Ingat nak mandikan tadi, tapi sebab aku sangat lapar hari ni, tak breakfast, terpaksa la tangguhkan hajat nak mandikan Semah tu.

Settled semua 'cat'ivity, balik rumah. Singgah beli  Gardenia Butter Scotch kat 7-11. Gerai nasi ayam best tu belum berniaga lagi. Masih bercuti raya macam aku.

Bila bukak blog kat rumah, ternampak posting ni kat blog Meowwmania. Aduh!!! Terkejut kucing aku dibuatnya. It's all over the news. Dalam The Star pun ada. Dalam Harian Metro pun ada! Apa nama tempat cat boarding tuh? Petknode. Ingat nama ni ye. Jangan hantar lagi kucing-kucing korang ke sini. 

Hairan betul aku, kalau dah takda staff nak jaga, bagitau la kat pet owner dengan segera. At least, mungkin pet owner boleh mintak tolong kawan-kawan atau sedara mara yang tak balik kampung untuk pergi ambil kucing tuh dari tempat boarding tu. Ikut emosi memang marah betul ni. Bayangkan la perasaan cat owner yang kematian kucing-kucing yang mati kebuluran kat situ. Dah la mati kebuluran, berendam pulak dengan air kencing dan najis sendiri. 

Kerajaan, tolong celik mata dan tingkatkan hukuman yang lebih keras ke atas mereka yang bertanggungjawab! Setakat denda wang ringgit, sangat tak memadai sebab wang ringgit boleh dicari. Kehilangan nyawa yang tersayang dalam keadaan yang menyayat hati macam ni akan sentiasa terkesan di hati mereka yang memiliki kucing-kucing malang tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...