Friday, September 9, 2011

Escalating Gold Price

Assalamualaikum

Hari ni wifey off. Lepas aku habis kerja, kitorang dating kat Suria KLCC. Jalan-jalan dan window shopping. Keluar masuk butik dan department store macam orang kaya jer... sampai lenguh kaki la.

Bila masuk Habib Jewel, survey harga emas 999 yang dalam bentuk bar tuh, survey je la, belinya tak. Harga emas 999 hari ni ialah RM216 untuk 1 gram! Teringat pulak masa zaman-zaman baru nak kawin dahulu kala, nak beli barang hantaran dulu, harga emas baru RM55 segram (Emas 916). Memang satu pelaburan yang sangat berbaloi. 

Jadi, apa tunggu lagi, laburkan la wang ringgit yang tak digunakan tuh (kalau ada lebih la...) untuk membeli emas. Ataupun untuk mengurangkan risiko dan tak memeningkan kepala untuk menyimpan emas dalam bentuk fizikal, bukak la akaun emas kat bank-bank tuh. 

Harga gold bar 999 PAMP Suisse yang seberat 5gm hari ni ialah RM216 * 5 = RM1,080.00; campur pulak dengan upah sebanyak RM52; jadi RM1,132.00. Beberapa bulan lepas aku perasan, harga emas 999 ni berlegar sekitar RM170 lebih untuk 1gm. Kalau dirujuk pada sejarah harga emas ni, memang susah sangat nak tengok penurunan harganya. Kalau adapun, ianya bersifat sementara. Untuk jangka panjang, memang emas merupakan pelaburan yang baik. Bila dah beli emas ni, jangan lupa pulak nak bayar zakat emas tuh bila dah cukup syarat-syaratnya.

Aku tak la tahu sangat pasal urus niaga emas ni. Kena rajin cari info dari peniaga emas yang established dan boleh dipercayai. Sebelum nak membeli atau melabur, rujuklah kepada mereka yang pakar dan dibenarkan berurusniaga dalam bidang ni. Don't play-play tau.

*Update* September 16th, 2011

  1. Masa jenjalan kat Suria ni, aku terserempak dengan roommate aku masa kat Segamat dulu, Jaffry. Makin tembam pulak mamat ni. Dia still kerja kat Time dan stay dekat dengan Ampang Puteri Hospital.
  2. Kat HTC Outlet pulak, HTC Salsa ada promotion; aku tak sure sampai bila. Tapi kalau sesiapa baru nak beli HTC Salsa ni, memang berbaloi la beli kat outlet ni. Masa aku beli untuk wifey, harganya RM1399 dengan 2GB micro SD card. Lepas tu nak kena beli phone cover RM10 dan beli additional micro SD card Transcend 16GB, RM76. Promotion kat HTC KLCC for HTC Salsa, RM1199 dan dapat 16GB micro SD Card! Adui...sangat berbaloi!!!
  3. Masa solat jumaat kat masjid KLCC, aku terjumpa pulak dengan Akod (Ahmad Fadzlee), member satu batch kat Segamat jugak! Currently working at Bumi Armada. Moving to Dubai this coming October. Pergh... ada member kat Dubai nanti boleh la aku melancong ke sana!

4 comments:

aby said...

pelaburan bagus tu klu ada duit lebih .. cuma klu nak rasa emas yg besar aby belikan utk wf emas jual pakai meter yg sebesor jari tuh ..
org beli guna gram, aby beli guna meter .. biar terjuntai bila makai ..
he..he...

Farahliza Isa said...

kalau nk beli emas utk pelaburan jgn beli di kedai emas, beli dr dealer..dpt hrga lbh murah dr pasaran dan xde caj upah..emas mmg plabran yg sgt mnguntungkan...sya sudah, anda bila lagi...hikhik :)

meowwmania said...

teringin nak beli emas bar tu tp mcm belom mampu jek hihih...

Mijoe said...

@aby

betul tu bang. Harganya makin lama makin naik, kalau kita tunggu je, tak tahu la bila nak turunnye...

@Farah

Kalau beli dari dealer, diorang ada ke supply gold bar PAMP tuh? Camne diorang dapat untung kalau diorang tak kenakan upah? ce cite kat hambe ni... Farah jadi dealer ke?

@MM

sebulan kompol duit beli satu gram pun cukup aa..potong Mon dan rakan2 punya elaun bulanan sket...he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...