Wednesday, September 28, 2011

Buy Or Not To Buy

Assalamualaikum

Lepas maghrib tadi, on the way nak balik, saje la lalu depan Habib Jewel; nak usha harga emas 999 bila terdengar gold price tengah merudum sekejap. Usha punya usha, nampak la harga terkini emas 24K 999 kat Habib tu dijual pada harga RM200/gram. Harga jualannya jatuh RM16 dari masa kali terakhir aku check kat Habib minggu lepas.

Nak beli ke tak? Sure ada upah emas pulak tu. Betul ke kalau beli dari dealer boleh dapat lebih murah?

Saturday, September 24, 2011

Terbabit Dengan Gejala Sosial!!!

Assalamualaikum

Bebaru ni, wifey telah terbabit dengan aktiviti yang kurang sihat untuk ekonomi, tetapi sangat sihat untuk memuaskan hati dan self rewarding! Mungkin sebab terjangkit dengan kawan-kawan sedunia yang memang dah selalu online shopping! Ni la yang aku maksudkan dengan gejala sosial itu...he he!
cute 'packaging'nya 

genuine product yer...

Bila tempahan dah dibuat dan payment pun settled, tunggu je la masa Poslaju datang, ataupun tinggalkan notis kat rumah. Paling excited ialah masa nak pergi amik parcel kat Pejabat Serahan Taman Melawati tuh. 
Hasil rembatan wifey ni bagi aku cantik la. Nasib baik la aku tak suka pakai jam tangan. Kalau tak, aku pun nak order jugak...he he. 
Aku sangat berpuas hati dengan urusan jual beli jam tangan Fossil ni. The seller bought it from the US, most probably during summer sale. 
Selain daripada jam tangan, bermacam-macam lagi barangan yang korang boleh dapati di blog Boutique Malaysia ni. Jam tangan, handbag, perfume etc. Ori ke? Setakat yang aku nampak, aku yakin it's a genuine product. Waranti boleh daftar online.

Takde share or dapat apa-apa komisyen pun promote blog Boutique Malaysia ni, it's just my way of showing satisfaction to the deal done with the blog owner. 

Baru nak rasa gembira shopping online... macam la aku yang beli...he he.

Friday, September 23, 2011

Ops Basah

Assalamualaikum

Hari ni cuti. Ganti masa datang testing bulan puasa dulu!

Agenda hari ni bukan main banyak lagi asalnya...
  • bayar bil air kat Management Office dan buat report pasal leaking tu...
  • nak bawak Piji ke clinic
  • nak pergi LUTH or BIMB
  • nak lepak-lepak dengan masyarakat kucing
Tapi akhirnya, satu je yang terlaksana. Agenda yang pertama tu la. 

selamba meerkat je dia berdiri atas tangga hujung balkoni ni...
Lepas bayar bil air dan buat report, terus Budin; the nice and friendly Pakistani maintenance guy (pekerja rencam) ikut aku balik ke unit aku to inspect the leaking. 
Mula-mula dia tengok dalam master bedroom. Lepas tu dia tengok kat balkoni. Dia cakap, dia kena ambil tangga untuk bersihkan tanaman aku tu dulu, baru boleh tengok apa masalah sebenarnya yang menyebabkan dinding bahagian dalam master bedroom tu mengembang dan basah.  
aku suka tengok kesungguhan mamat dari Peshawar ni buat kerja
Bila dah bersih segala tanaman dan sarang burung tu dikerjakan oleh Budin, dia cakap paip unit atas rumah aku ni dah bocor. Sebab tu la rumah bawah yang terpaksa menanggung akibatnya. Salah satu keburukan tinggal di rumah atas angin! 

Budin cakap dinding master bedroom aku akan basah sekiranya banyak air hujan melalui paip luar yang bocor tu ataupun bila ada aktiviti mencuci di balkoni yang menggunakan jumlah air yang banyak. Sepanjang 2-3 hari lepas kan asyik hujan je, patut la kawasan dinding tu basah makin besar sampai kembang cat kat dinding tu.
this is much better!
Budin suruh aku report ke management office sekali lagi pagi esok. Ambik gambar ni dan gambar dinding master bedroom yang basah tu dan tunjukkan kepada boss di management office tu so that he can report it to the unit owner above mine to do the necessary.

Semoga segala urusan baik pulih berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, terutama sekali karenah pemilik unit kat atas unit aku ni. 

Sunday, September 18, 2011

Pak Ngah Cayang Rara Tomey Tembam!!!

Assalamualaikum

Sorry sangat-sangat, especially kat Ali and Wana sebab Uncle Mijoe dah tak tahan tengok anak korang yang super-duper cute ni!!!

I'm totally out of control here...ha ha. Siap la pipi kamu tuh Rara! Pak Ngah cubit-cubit sampai puas... he he. Comel kan?
caaaaaaaaaaaayang Rara!

Friday, September 16, 2011

Touch'n Go Expiry Date!

Assalamualaikum

Ni sambungan dari cerita semalam la ni. Pasal kad Touch'n Go!
my new Touch'n Go card
Aku baru tahu kewujudan tarikh luput(expiry date) pada kad TnG ni. Macamana aku tahu? Bila aku tak boleh masuk ke platform LRT 2-3 hari lepas. Kad TnG aku tak diterima; sebab? Kad Luput! Terkejut meerkat aku masa tu. 
can you see the displayed expiry date on top of the Touch'n Go icon?
Bila aku check pulak dekat kaunter tiket RapidKL tuh, memang diorang sahkan yang kad aku dah luput! Dah lama jugak la aku guna kad TnG ni. Diorang suruh aku replace kad aku ni dengan kad baru kat mana-mana kaunter khidmat pelanggan TnG. Segala baki dalam kad lama akan dipindahkan ke dalam kad yang baru.

Aku boleh nampak expiry date kad TnG aku yang baru tu dengan jelas kat belakang kad tuh. Kalau korang menggunakan TnG ni, elok la korang check bila expiry date kad masing-masing sebelum kantoi di tempat dan masa yang tak diingini. Mana la tahu tengah que kat plaza tol memusim open house raya ni, tetengok kad TnG dah expired! Dah timbul masalah lain pulak. Kereta kat belakang dah hon berkali-kali dah!

Selain dari memeriksa tarikh luput di belakang kad TnG, korang juga boleh memeriksa secara online tarikh luput kad anda di laman sesawang TnG. Korang cuma perlu masukkan card manufacturing number yang tertera di belakang kad TnG korang tu. Lepas tu tarikh luput kad korang akan dipaparkan di skrin PC atau smartphone korang. 
Touch'n Go also available on certain MyKad
Selain daripada kad TnG, sesetengah MyKad juga dilengkapi dengan microchip TnG ni. Bermakna, korang boleh reload RM korang ke MyKad dan gunakan untuk membayar tol atau kemudahan TnG yang lain. Aku tak pernah lagi reload TnG kat MyKad aku ni. Sebab, rasa macam tak secure je. MyKad pun orang boleh ciplak dan manipulate macam-macam cara, tak nak la aku amik risiko reload duit ke TnG MyKad tu!

Dan aku pun ada jugak terfikir, kalau kad TnG ada tarikh luputnya, macam mana pulak fungsi TnG pada MyKad? Ada tarikh luputnya jugak ke?

Thursday, September 15, 2011

Jamal Abdillah Di Suria KLCC

On the way balik kerja, masa sampai kat area concourse Suria tuh, ternampak ramai manusia berkumpul. Ada muzik dan suara penyanyinya kedengaran. 

Ooh, lagu Gadis Melayu berkumandang. Eh, Mawi ke? Bila aku sampai dekat information counter tuh, baru la nampak penyanyinya; Jamal Abdillah rupanya.
tak dapat nak snap gambar yang jelas, maklum le, camera phone tak canggih..he he
Suara memang mantop! Nampak berisi sket pipinya. Cuma yang tak bestnya, dah dekat masuk waktu solat maghrib, dan malam Jumaat pulak yang organizer nak buat event macam ni. Saje je kan...

Replace Touch n Go Card

Assalamualaikum

Lunch tadi aku dengan Sani decided to go to Touch n Go Customer Service Counter yang terletak di Lebuhraya Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), berhampiran dengan Stesyen RapidKL Damai.

Aku nak replace card Touch n Go aku yang dah expired! Ha, jangan main-main, card Touch n Go pun ada expired date tau! Esok aku cerita lagi pasal expiry date card ni yer.

Sani pulak nak beli Smart Tag untuk Touch n Go credit card dia. Ye la, musim raya ni, takmo la buang masa que kat plaza tol lelama kan. Paling cepat, guna la smart tag ni.
Tepi entrance AKLEH, dekat dengan Stesyen RapidKL Damai
Aku tak beli la, terasa membazir je bayar RM120 untuk smart tag tuh. Sedangkan, guna Touch n Go pun ok la jugak, cuma perlu bersabar dan beratur kejap je; itupun kalau banyak kenderaan. 

Kalau dah beli smart tag ni, jangan lupa simpan baik-baik dan jangan tinggalkan atas dashboard kenderaan anda. Sebabnya, nanti akan menarik perhatian mereka yang kurang iman dan pendek daya pemikiran untuk merembat dan memecahkan cermin kereta tu. Semata-mata nak rembat smart tag tuh. RM120 beb!!! Siapa tak nak? Diorang dapat, lepas tu jual balik RM100 pun sure laku tu. 

Smart tag punya security features ni aku tak tahu la pulak. Kalau dah kena rembat, boleh ke smart tag tu dihalang penggunaannya? Kalau boleh blok, ok la kan, kalau tak boleh? Memang rezeki perembat tu la.

Monday, September 12, 2011

Nikon D90 & Sigma 70 300mm Lens

Assalamualaikum

Hari ni Jeffry bawak toys dia, D90 ke office. Uzaini pulak bawak lense Sigma 70 300mm dia selepas aku remind dia untuk bawak toys dia tu. Jeffry pun saja nak test combination body D90 dengan lense Sigma tuh.
Hasil gambar aku tak sempat nak cilok la. Kalau aku nak beli DSLR nanti, boleh la aku sambar Canon 550D dengan zoom lense Tamron 70 300mm sebagai lense tambahan. Kalau pergi litar Sepang dengan pergi layan TUDM Airshow boleh la bawak menatang ni. 
Sigma 70 300mm
Uzaini cakap, dia beli lense ni dengan harga hampir mencecah RM700. Aku tengok kat mudah.com dan lelong.com pun memang ni la range harga lense Sigma dan Tamron. Nikkor lagi mahal. 
Bila dah ada cukup RM nanti, boleh la angkat DSLR sebijik dengan zoom lense Tamron tuh. He he...

Saturday, September 10, 2011

Sup GearBox

Assalamualaikum

Hari ni pergi beraya ke Seremban. Dan, seperti biasalah, menunya sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Favourite aku, dan favourite hampir semua orang, sup gearbox!
ni aku punya bahagian!
Sesampai je aku kat rumah tu, terus ke dapur, dan mengadap benda dalam gambar atas ni. Besarnya... diorang cakap, yang ni memang aku punya! He he... malu le pulok aku dibuatnya. Tapi makan punya pasal, takpe! Ketepikan perasaaan malu itu. Janji perut kenyang. 
adik ipar gue dengan gear box kebanggaannye...
Campur kicap dalam kuah sup tuh secukup rasa, lepas tu teruskanlah niat murni untuk mengerjakan tulang kaki lembu tu. Adik ipar aku amik bahagian yang kecik sikit dari aku punya, mungkin sebab nak jaga diet dan maintain kesihatan fizikalnya kot.  
straw takde, terpaksa la tunggang terbalikkan tulang tuh...
Dah tahu nak makan gearbox, kena la bawak straw lenkali. Bila takde straw, terpaksa la buat macam-macam cara nak korek isi kat tengah tulang tuh keluar... ketuk, korek dengan jari kelingking etc.  
mantop! mantop!
Dah licin tulang dan sup tuh, aku ingat nak proceed makan nasi dengan masak lemak tempoyak, tapi aku dah agak kenyang dengan penangan gearbox dan sup. Silap strategi ni. Lenkali makan nasi dulu, lepas tu baru belasah sup gearbox! 
haa ni ada lagi ni... sapa nak???
Bila dah kenyang, lepak depan tv, layan EPL game Stoke City against Liverpool. Sambil tu, minum teh tarik 2-3 cawan. Dan bila keadaan perut dah kembali boleh menerima deposit makanan, makan la mee bandung pulak. Makan sikit je, share dengan wifey. Kang makan banyak sangat tak larat pulak nak drive balik! 
dah macam tadika dah...ramai sangat kanak2!!! he he
Aku, wifey, MiL dan SiL bertolak balik Pajam dalam pukul 2300hrs. Ada game Bolton vs Man United pulak pukul 0030hrs nanti. Esok pulak ada jemputan open house office mate kat AU5. Sempat ke tak nak pergi ni...

Friday, September 9, 2011

Escalating Gold Price

Assalamualaikum

Hari ni wifey off. Lepas aku habis kerja, kitorang dating kat Suria KLCC. Jalan-jalan dan window shopping. Keluar masuk butik dan department store macam orang kaya jer... sampai lenguh kaki la.

Bila masuk Habib Jewel, survey harga emas 999 yang dalam bentuk bar tuh, survey je la, belinya tak. Harga emas 999 hari ni ialah RM216 untuk 1 gram! Teringat pulak masa zaman-zaman baru nak kawin dahulu kala, nak beli barang hantaran dulu, harga emas baru RM55 segram (Emas 916). Memang satu pelaburan yang sangat berbaloi. 

Jadi, apa tunggu lagi, laburkan la wang ringgit yang tak digunakan tuh (kalau ada lebih la...) untuk membeli emas. Ataupun untuk mengurangkan risiko dan tak memeningkan kepala untuk menyimpan emas dalam bentuk fizikal, bukak la akaun emas kat bank-bank tuh. 

Harga gold bar 999 PAMP Suisse yang seberat 5gm hari ni ialah RM216 * 5 = RM1,080.00; campur pulak dengan upah sebanyak RM52; jadi RM1,132.00. Beberapa bulan lepas aku perasan, harga emas 999 ni berlegar sekitar RM170 lebih untuk 1gm. Kalau dirujuk pada sejarah harga emas ni, memang susah sangat nak tengok penurunan harganya. Kalau adapun, ianya bersifat sementara. Untuk jangka panjang, memang emas merupakan pelaburan yang baik. Bila dah beli emas ni, jangan lupa pulak nak bayar zakat emas tuh bila dah cukup syarat-syaratnya.

Aku tak la tahu sangat pasal urus niaga emas ni. Kena rajin cari info dari peniaga emas yang established dan boleh dipercayai. Sebelum nak membeli atau melabur, rujuklah kepada mereka yang pakar dan dibenarkan berurusniaga dalam bidang ni. Don't play-play tau.

*Update* September 16th, 2011

  1. Masa jenjalan kat Suria ni, aku terserempak dengan roommate aku masa kat Segamat dulu, Jaffry. Makin tembam pulak mamat ni. Dia still kerja kat Time dan stay dekat dengan Ampang Puteri Hospital.
  2. Kat HTC Outlet pulak, HTC Salsa ada promotion; aku tak sure sampai bila. Tapi kalau sesiapa baru nak beli HTC Salsa ni, memang berbaloi la beli kat outlet ni. Masa aku beli untuk wifey, harganya RM1399 dengan 2GB micro SD card. Lepas tu nak kena beli phone cover RM10 dan beli additional micro SD card Transcend 16GB, RM76. Promotion kat HTC KLCC for HTC Salsa, RM1199 dan dapat 16GB micro SD Card! Adui...sangat berbaloi!!!
  3. Masa solat jumaat kat masjid KLCC, aku terjumpa pulak dengan Akod (Ahmad Fadzlee), member satu batch kat Segamat jugak! Currently working at Bumi Armada. Moving to Dubai this coming October. Pergh... ada member kat Dubai nanti boleh la aku melancong ke sana!

Monday, September 5, 2011

Lauk Untuk Makan Malam

Hari ni memang terasa sangat lapar. Macam dah lama sangat tak makan nasi. Mungkin sebab makan tak ikut masa yang betul kot. Ataupun menu raya yang tak mengenyangkan. Dan mungkin sebab aku tak lunch hari ni!
Kupang dari Muar
Balik dari kerja, terus wifey masak lauk pauk dalam gambar ni. Dan aku makan dengan penuh berselera sebab sedap dan sebab lapar! 
ni terung, masak apa aku tak tahu...
Ikan pekasam ni memang mantop ler. Memang pembuka selera!!! Kena pulak perah limau sket atas ikan tuh. Baunya pun, satu KL merebak kot!!!
dan inilah favourite aku, ikan pekasam, perah limau sket...perghhh
Alhamdulillah, kenyang dengan rezeki yang Allah kurniakan hari ini.

Kucing-kucing Yang Malang

Assalamualaikum

Hari ni aku masih lagi bercuti raya. Tapi tak ke mana-mana. Wifey kerja. Lepas hantar wifey, aku terus ke Gombak, nak menguruskan Kaka, Ronaldo dan Semah Sharapova a.k.a SS. 

Dan macam biasa la, penyambut tetamu kat rumah parent aku ialah, John Doe dan Mary Jane yang selalu datang mintak makanan extra dan jugak mencari kasih sayang yang mungkin kurang diperolehi dari tuan diekor kot.

Aktiviti kat kondo hari ni...
  • bersihkan poo
  • bersihkan bekas minum dan ganti air baru
  • cuci bekas makanan
  • jemur dan sapu carpet tempat tidur 
  • lepaskan penghuni jenjalan dan stretching 
  • kasi wet food
Kaka ni pelik sket, asal aku lepas keluar je, sibuk cari air dalam longkang untuk diminum. Padahal air dalam bekas yang bersih tuh ada je. Kenapa ek? Puas aku tanya Kaka nape asyik minum air longkang, tapi dia tak jawab!

Ronaldo pulak sempat lagi cilok keluar dari kawasan rumah bila aku leka sekejap. Kucing punya kucing!!! Nasib baik engkau balik masa aku nak serve wet food. Macam tau-tau je orang nak bagi makanan best!

Semah pulak maintain ayu dan lemah gemalai. So far takde perangai buruk yang ditunjukkan. Ingat nak mandikan tadi, tapi sebab aku sangat lapar hari ni, tak breakfast, terpaksa la tangguhkan hajat nak mandikan Semah tu.

Settled semua 'cat'ivity, balik rumah. Singgah beli  Gardenia Butter Scotch kat 7-11. Gerai nasi ayam best tu belum berniaga lagi. Masih bercuti raya macam aku.

Bila bukak blog kat rumah, ternampak posting ni kat blog Meowwmania. Aduh!!! Terkejut kucing aku dibuatnya. It's all over the news. Dalam The Star pun ada. Dalam Harian Metro pun ada! Apa nama tempat cat boarding tuh? Petknode. Ingat nama ni ye. Jangan hantar lagi kucing-kucing korang ke sini. 

Hairan betul aku, kalau dah takda staff nak jaga, bagitau la kat pet owner dengan segera. At least, mungkin pet owner boleh mintak tolong kawan-kawan atau sedara mara yang tak balik kampung untuk pergi ambil kucing tuh dari tempat boarding tu. Ikut emosi memang marah betul ni. Bayangkan la perasaan cat owner yang kematian kucing-kucing yang mati kebuluran kat situ. Dah la mati kebuluran, berendam pulak dengan air kencing dan najis sendiri. 

Kerajaan, tolong celik mata dan tingkatkan hukuman yang lebih keras ke atas mereka yang bertanggungjawab! Setakat denda wang ringgit, sangat tak memadai sebab wang ringgit boleh dicari. Kehilangan nyawa yang tersayang dalam keadaan yang menyayat hati macam ni akan sentiasa terkesan di hati mereka yang memiliki kucing-kucing malang tersebut.

Saturday, September 3, 2011

Nilai - Sungai Udang - Tanjung Minyak - Muar - Nilai

Assalamualaikum

Ni entry pasal beraya sakan la ni. Penat nak update entry ni. Sejam tak cukup ni.

Agenda utama hari ni ialah nak ke Sungai Udang untuk menyertai konvoi majlis pertunangan Shahrul; anak Pak Anjang. Lain-lain agenda berbangkit tuh, ikut je la selagi ada kudrat sebagai driver... he he he. Harap-harap jalan tak sesak la.

Aku, wifey, MiL dan SiL bertolak dari rumah pukul 1030hrs camtuh la mengikut janji Melayunya. Patutnya, 1030hrs tuh dah dekat Ampangan sebab planned nak berkumpul kat situ. Tapi sebab kitorang dah lambat, maka aku pun tak dapat la minum teh tarik kat Taman Bukti tuh. Kitorang ke Ampangan tuh melalui hiway LEKAS. Memang lekas betul pun. 10 je dah sampai Seremban! Kalau Plus Hiway sesak teruk dari Seremban nak ke KL, korang masuk gunakan LEKAS ni yer!

Dari Seremban, kitorang gunakan Plus pulak untuk ke Simpang Ampat. Janji dengan orang Ampangan kat situ pulak.
menunggu konvoi lain kat Plus Hiway exit Simpang Ampat! Ternampak pulak Makam Dol Said...
Bila dah cukup korum, barulah sambung semula perjalanan ke Kompleks Penjara Sungai Udang untuk berkumpul kat rumah Kiki cute! Ni la pengalaman pertama dalam hidup aku masuk dalam kawasan penjara. Penjara Sungai Udang ni adalah penjara yang terbaru dan paling canggih di Asia Tenggara setakat ni. Best jugak kawasan kompleks ni, tapi bila memikirkan lokasinya berhampiran dengan banduan pelbagai kesalahan, seriau la pulak. 

Sebab penjara ni baru je beroperasi mulai bulan Mei 2010 kalau tak silap aku, maka, lokasinya dalam Google maps dan Garmin GPS navigator pun tak wujud la lagi. Lembab betul Google ni update kan? Tapi nasib baik la kitorang berjaya sampai ke destinasi melalui info landmark yang diberi oleh tuan rumah. 
ni la Kiki cute; kat rumah dia; Blok B, Kompleks Penjara Sungai Udang
Seronok la bila dapat borak-borak dengan Amin. Banyak la info pasal penjara dan banduan yang aku dapat. Yang aku nak highlight kat sini ialah, tiada lagi kekosongan dalam penjara ni. Menunjukkan betapa ramainya banduan; samada yang betul-betul bersalah ataupun mereka yang teraniaya. Ada di kalangan mereka yang tak mahu meninggalkan penjara ni kerana dapat hidup dengan makan minum yang sempurna berbanding dengan kehidupan di luar tembok besi ni.

Banduan pulak, aku rasa bukan semuanya rakyat tempatan. Jadi, aku rasa kita telah membazirkan duit dengan menyara hidup pesalah yang bukan warganegara kita. Berapa banyak sehari kita bazirkan? Wallahualam. Korang congaklah sendiri... 
saya ni dah la cute, well behave pulak tuh...

semua orang suka dengan saya tau!!!
Selepas solat Zuhur, rombongan merisik dan meminang bergerak la ke rumah bakal tunang Shahrul di Tanjung Minyak, kalau tak silap aku la. Perjalanan dari penjara ke Tanjung Minyak tuh tak la lama sangat. Kurang dari 20 minit.
Asalnya kitorang 2 kereta je dari Nilai & Ampangan. Bila sampai rumah bakal tunang Shahrul tu, jumlah kereta dah jadi 8 buah! Nasib baik tuan rumah memang well-prepared dan Alhamdulillah, majlis merisik dan bertunang berjalan dengan lancar. Abang Mahadi; anak arwah Pak Long dan Mak Long yang jadi jurucakap bagi pihak keluarga Pak Anjang.
inilah Trisha yang cute dan lasak
Tetamu dihidangkan dengan nasi putih berlaukkan masakan trademark negeri Melaka; asam pedas, tempoyak, ulam-ulaman, ikan masin etc. Kuih-kuih raya jugak tak ketinggalan. Memang best la menjamu selera. Tapi aku tak makan banyak sangat sebab takut mengantuk kalau nak drive balik or ke destinasi tambahan yang lain.
ni Husna, kakak kepada Kiki @ Zahirah
Pukul 1600hrs camtu, kitorang semua meninggalkan Tanjung Minyak untuk balik sekejap ke Sungai Udang sebelum meneruskan perjalanan ke Muo (Muar); beraya ke rumah Pak Uda. Rombongan ke Muo berjumlah 6 buah kereta sahaja. Lagi 2 buah ada program lain, so diorang tak dapat la nak join.

Sekali lagi kitorang masuk ke Plus hiway untuk ke Muo. Kitorang akan keluar melalui exit Tangkak. Teringat pulak masa zaman muda remaja dulu, naik bas Cepat Ekspress KL - Segamat - KL, mesti lalu exit Tangkak ni.

Dari exit Tangkak pulak, kitorang ke bandar Muo, dan tunggu Zairil dan Mak Uda datang jemput kitorang kat stesyen minyak Petronas, sebab semua orang tak tahu exact location ke rumah Pak Uda. Semua orang solat Asar kat Petronas tuh.

Sampai kat rumah Pak Uda tuh pun dah masuk Maghrib. Penat satu badan. Takut pulak bila fikirkan nak balik ke Nilai nanti, jalan clear ke tak? Larat ke tak?
makan time! Mak Uda prepared mee bandung Muo untuk tetamu yang ramai ni

mee bandung dalam mangkuk besar

ni aku punya portion! tak leh makan banyak, nanti ngantuk!!!
Lepas makan mee bandung, rileks sekejap, jalan-jalan kat luar rumah ambil angin senja Muo. Terjumpa pulak meow kaler oren yang cute. Lupa nak snap gambar dia. Ada kurap sket kat tepi telinga dia. Jinak pulak tu. Kenapa la selalu jumpa meow yang tak bertuan pada masa yang salah? Semoga meow tuh selamat sejahtera hidupnya.
depan rumah Pak Uda 
Rombongan 6 buah kereta bergerak meninggalkan Pak Uda dan keluarganya selepas menyelesaikan mee bandung tuh. Sebelum mata mula mengantuk, baik cepat-cepat beredar.
apa yang menarik sangat neh?
On the way balik tu, ingatkan takde la nak singgah memana, tapi, bila kereta depan sekali mula berhenti kat tepi jalan yang ada gerai menjual-jual tu, mula la kereta-kereta lain kat belakang pun ikut sama berhenti. Shopping rupanya...
kupang kupang!!! 3 kilo sepoloh hengget!!!
Berhenti nak beli kupang rupanya. Macam orang jual mentarang kat tepi jalan area Kuala Selangor jugak la. Main longgok-longgok kat atas meja tepi jalan. Aku tak ingat berapa banyak wifey rembat kupang ni. Maybe 3 kilos kot.
lokan lokan!!! sapa nak lokan...
Selain dari kupang, gerai yang kitorang berhenti tu ada jugak jual lokan dan tiram. Tapi kitorang tak beli la. 
ni pulak tiram! ye ke? pesal lain je aku tengok dengan tiram kat hotel tu...

up close and personal with tiram (oyster)
Selesai merembat kupang, kitorang sambung journey balik ke destinasi masing-masing. Boleh caya ke nak balik ni? Tak... memang tak terus balik. Ada lagi satu persinggahan. Gerai tepi jalan jugak. Kali ni cari apa pulak?
berhenti lagi sekali kat gerai tepi jalan untuk merembat perencah mee bandung 

memeow Muo yang berniaga buah-buahan dan perencah mee bandung

itu dia, perencah mee bandung Muo.
Oo..ni la dia. Alang-alang dah sampai Muo, kena la cari perencah mee bandung Muo untuk dibawa balik ke rumah dan jugak untuk dijadikan souvenir untuk kawan-kawan. Aku beli 5 paket, wife beli 5 paket. Borong habis. Kaya tokey gerai tuh malam ni.

Dan, macam biasa la, aku jumpa lagi meow yang aku rasa nak je bawak balik rumah. Wrong timing lagi. Aku kena buka satu cat sanctuary la...InsyaAllah kalau aku millionaire. Dapat la aku selamatkan kucing-kucing yang terbiar tanpa tuan ni daripada hidup merempat tepi-tepi jalan besar yang sibuk ni. 
kupang yang baru dibersihkan untuk disimpan dalam lemari es
Lepas membeli perencah mee bandung tuh, ada la jugak cadangan daripada Zack dan Mimi untuk pergi makan-makan seafood kat area Melaka. Mulanya kitorang macam nak ikut, tetapi sebab driver dah agak layu, maka niat tu terpaksa dibatalkan. Zack dan Mimi pun rasanya tak pergi makan seafood tu, diorang just berhenti kat R&R je. 

Kitorang selamat sampai Pajam tanpa jam di lebuhraya PLUS. Fuhh... lega. Esok tengahari sure dapat makan kupang fresh! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...