Tuesday, August 16, 2011

Tazkirah Ringkas

Assalamualaikum

Saya terjumpa potongan akhbar Harakah ni baru-baru ni. Dan rasa isi kandungan dan pesanan yang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man katakan tu sangat bermakna dan perlu difikirkan bersama. 
sumber Harakah
Saya salin semula isi tazkirah tuh, pendek je.

"Saya ingatkan diri dan semua jangan membeli juadah berbuka puasa dari tangan yang tidak solat, tangan yang melakukan maksiat pada Allah SWT. Lapan jam kita menahan diri dari makan dan minum, tiba-tiba kita berbuka puasa dari tangan-tangan yang tidak takutkan Allah."

- Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Harakah.

Mungkin ada kesilapan cetakan sket kot. Rasanya bukan lapan jam kita menahan diri tuh, Hampir 14 jam rasanya. Takpa la, apa yang penting, mesej yang cuba disampaikan tuh.

Bayangkan orang yang berniaga kat Bazir Ramadhan tu, tak jaga solat 5 waktu, tak jaga aurat dan sebagainya, tak laksanakan akad dalam jual beli, rasa-rasanya berkat ke hasil kerja tangan dan masakan diorang yang kita beli tuh? Kena fikir sendiri semasak-masaknya. Takkan nak tanya pulak kat peniaga tuh diorang solat ke tak kan? Kita sebagai pembeli dan orang Islam kena la lebih berhati-hati.

Semoga ibadah puasa kita semua tak sia-sia dan diterima Allah hendakNya. Amin.

4 comments:

meowwmania said...

mudah-mudahan amin...

mujur sy tak suka ke bazar ramadhan, mmg dr dulu tak suka sesak 1 hal pastu serik sbb makanan slalunya tak memuaskan

lebih suka masak sendiri atau kalau teringin akan beli kat kdai atau warung yg dah biasa kita beli ;)

aby said...

salam mijoe,
apa yg dia kata betul juga ..
tp sebagai org awam kita tk mampu teliti sampai sebegitu ..

dan yg lebih penting dalam bab2 solat kita tk boleh suka cop org tk solat .. sbb org boleh solat dalam wktu yg ditetapkan ..
mungkin masa depa tu buat kita tk nampak ...

apapun selamat menjalani ibadat puasa dan dapat kita menjaga adap2 larangan yg ditetapkan ..

Mijoe said...

@MM

tahun ni belum jejak kaki ke Bazir lagi..he he. Harap2, tak perlu la jejak kaki ke tempat2 camtu..

masak sendiri, lebih yakin dan selamat.

Mijoe said...

@aby

aa bang. kita mmg tak leh nampak la org tu solat ke tak etc. Tak leh nak nilai org camtu, tak fair. Sebab tu la sebaik2nya kita masak sendiri..he hehe..atau macam kata Meowmania, kita beli dari orang yang betul2 kita kenal! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...