Kelly 3572

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 54

Assalamualaikum

Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia, tak kira di mana sahaja anda semua berada. Marilah sama-sama kita mendoakan agar negara kita akan terus terpelihara keamanan dan kesejahteraannya, selamat dari musibah bencana alam dan sebagainya.

Perlu diingat, mungkin ramai yang irihati dengan keamanan negara kita. Mereka mungkin akan melakukan apa sahaja untuk memporak-perandakan tanah air kita, memecahbelahkan perpaduan bangsa kita, dan sekaligus mengambil kesempatan untuk menjajah negara kita secara halus dan terancang. Sama-samalah kita saling berwaspada.

Semoga seluruh rakyat Malaysia, khususnya yang beragama Islam, memperkuatkan ukhuwah, bersatu demi Islam, bukannya demi parti-parti politik. Apalah gunanya memperjuangkan parti kalau pegangan agama tergadai dan tidak dijadikan keutamaan. Kata orang, kalau nak lihat keadaan negara kita pada masa hadapan, lihatlah akhlak dan perangai golongan muda pada hari ini. Realitinya, amat membimbangkan. Gejala murtad? Amat menakutkan, jangan sampai Allah menurunkan bala yang lebih dahsyat kepada kita semua.

Saya doakan semoga Allah memberikan hidayah kepada kepimpinan negara yang beragama Islam supaya beliau memartabatkan Islam dan menegakkan kebenaran demi agama dan negara. Dan juga semoga Allah memberikan cahaya dan hidayah kepada mereka yang bukan Islam untuk menerima Islam di dalam kehidupan mereka.

Bersatulah demi Islam!

4 comments:

Jasman said...

selamat hari kemerdekaan yg ke 54...semoga negari ini aman makmur

aby said...

salam mijoe,
klu dulu perkara yg paling ditakuti adalah budaya kuning..
tp sekarang kita dah hidup didalam budaya kuning. kemungkaran dh dalam kehidupan bila ...
murtad !!!!
wlu seorg pun yg murtad harus di tangani dengan segera ..
pekembangan muktahir ni memang cukup membimbangkan ...

selamat hari kemerdekaan yg ke 54

Mijoe said...

@Jasman

Amin. Semoga Allah makbulkan doa kita semua.

Terima kasih sebab singgah di hari raya dan hari kebangsaan ni.

Salam Ukhuwah!

Mijoe said...

@aby

betul apa yg abg cakap tuh. Nauzubillah! risau betul dengan masa depan anak2 muda skrg ni. Semoga Allah sedarkan mereka semua sebelum terlambat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...