Kelly 3572

Friday, August 26, 2011

Sampul Duit Raya; Deutsche Bank 2010

Assalamualaikum

Ni sampul tahun lepas punya dari Deutsche Bank. Kualiti kertasnya pun sangat baik. Design pun memang lain dari yang lain, bagi aku la. Tapi, tahun lepas aku takde la pulak nak buat entry pasal sampul duit raya ni; tak terlintas idea nak buat posting macam ni.
ada 2 bahagian; hijau dan putih
Setakat entry ni dibuat, bagi aku, sampul dari Deutsche Bank tahun 2010 ni masih lagi sampul duit raya paling class dan cantik kalau nak dibandingkan dengan sampul-sampul duit raya tahun 2011 yang aku dah tengok dan post kat blog ni. 
isi duit dalam sarung putih, kemudian masukkan sarung putih tuh ke dalam sarung hijau
Inipun aku dapat sampul yang secondary dari DB. Sebab last year, aku tahu diorang keluarkan 2 jenis sampul duit raya. Yang aku ada ni cuma salah satu daripadanya. Menurut kata kawan-kawan aku, the other sampul memang lagi cun dan grand dari yang ni. 

Kalau yang warna hijau putih ni pun dah cantik sangat bagi aku, tak tahu la macamana ghoper la sarung yang grand tuh... 
ni la rupanya bila duit raya dah sedia untuk diberi kepada penerimanya...
Sampul duit raya dari Deutsche Bank 2010 bagi aku, juara bertahan pada pandangan aku tanpa mengambil kira rupa sampul DB yang aku missed tuh. Mari kita tengok pulak sampul duit raya dari Deutsche Bank untuk tahun ni. Agak-agak macamana la bentuk dan designnya. Aku akan post entry tu hari Isnin ni kot. Tunggu...

4 comments:

aby said...

salam mijoe,
cantik sampul tu,
tp betambah cantik klu diselitkan note yg besar ..
hu..hu..
boleh buat koleksi sampul angpau tuh ..
selamat menyambut Hari Raya utk Mijoe sekeluarga ...

Farahliza Isa said...

banyaknyer dapat sampul duit raya dari bank........

Mijoe said...

@aby

memang cantik pun bang. Last year memang berebut org2 kat opis nakkan sampul tuh...

note besar utk parent dan wifey. anak2 buah note kecik sket..he he

Mijoe said...

@Farah

dah kroje dengan beng, byk la dapat sampul dari bebank sedunia..:p

skrg ni, sampul duit raya lagi banyak dari duit yang nak diberi...he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...