Kelly 3572

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum wbt

Dengan rendah diri dan seribu keinsafan, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri
kepada semua follower Kelly3572, kaum keluarga, kawan-kawan dan juga kepada sesiapa sahaja yang terbaca entry ini.

Minta dihalalkan segala makan minum, dan andai ada salah silap dalam tutur kata; terutama dalam dunia blogging ni, harap diampunkan. Maklum la, lain orang, lain prinsip hidup dan matlamatnya.

Semoga semua akan selamat sejahtera, tak kira di mana sahaja anda berada. Memandu la dengan penuh berhati-hati dan berhemah; biar lambat, asalkan selamat, InsyaAllah.

Jangan bazirkan duit dengan membakar mercun, tiada yang baiknya pun. Sesungguhnya, sifat membazir itu disukai oleh syaiton.

Semoga segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan lalu diterima Allah, dan diberkati. Dan juga semoga dapat diteruskan dalam kehidupan kita sehari-hari selepas ini. Sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan dan kehidupan yang lebih baik. Jangan kita mudah terpedaya dengan tipudaya syaiton dan juga dakyah musuh-musuh Islam dan juga golongan munafikin. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua. Sesungguhnya, dunia hanyalah sementara, akhirat jualah destinasi dan tujuan utama kita.

Akhir kata, segala yang baik itu, datangnya dari Allah, dan segala kelemahan dan kecelaan itu datangnya dari saya sendiri, hambaNya yang kerdil dan lemah. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin

5 comments:

Farahliza Isa said...

selamat hari raya juga kepada en. mijoe...smoga bergembira di samping keluarga dan anak2 bulus semua :)

Mijoe said...

@farah

salam aidilfitri! maaf zahir dan batin untuk anda sekeluarga. (jejebons included!)

semoga selamat dan sejahtera, amin.

anak merdeka said...

Selamat hari raya bro... raya nie disambut dengan meriah skali... first sebab disambut skali dengan hari kemerdekaan negara, 2nd coz MU menang besar....hehehe...

Mijoe said...

salam Fiq!

salam aidilfitri! maaf zahir dan batin!

bawak le cik su fly ke KL...he he dtg beraya.

berhati2 dijalan raya dan di udara :)

anak merdeka said...

tak semua tempat boleh fly... ade flight path...hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...