Saturday, August 20, 2011

Ronaldo Visiting Petcare, Taman Melawati

Lepas mengerjakan Kaka dan hampir berputus asa tak dapat nak mandikan Ronaldo dan bawak dia ke klinik, aku pun bersiap-siap la nak balik rumah. Masa tu dah dekat pukul 1400hrs. Baru je aku nak keluar, tetiba muncul la Ronaldo yang busuk tuh kat depan pintu. 

Terus aku tak buang masa, amik towel, amik shampoo, angkut brader tuh ke toilet dan kerjakan dia secukupnya. Maka terpaksa la aku tahan telinga dengar bebelan demi bebelan dari Ronaldo yang basah kuyup tuh. Macam-macam alasan la dia bagi untuk takmo mandi; makruh mandi lepas Zuhur la...takut tertelan air la... etc.

Lepas settle urusan mandi manda, lap-lap sampai agak kering, cuci dalam telinga sket, terus cuba sumbat masuk dalam carrier. Tapi dia takmo masuk. Kena masukkan carrier tuh dalam Kelly dulu, hidupkan enjin, pasang aircond, pastu baru la senang nak suruh dia masuk dalam carrier tuh. Tak confident nak bawak tanpa masukkan dalam carrier sebab aku sorang je. Kalau dia behave takpe la. Kalau dia poo pee sana sini dalam Kelly, mengamuk la pulak wifey!
ramai betul kucing dan tuan-tuan kucing kat klinik petang ni...
Mujur la MRR2 tak jam. Tak sampai 15 minit, aku dah sampai depan Petcare. Tapi ramai la pulak tuan-tuan meow bawak anak-anak bulus ke klinik. Tapi syok sebab dapat tengok macam-macam ragam meow-meow comel. 

Ronaldo agak bising masa mula-mula masuk dalam klinik tuh. Lepas aku gosok-gosok dia, baru la dia cool down. Senyap jer. Padahal control macho sebab aku letak carrier dia depan carrier kucing siam betina mata biru. Meow tuh ada bleeding sket; according to owner dia.
Ronaldo sedang dipaksa telan ubat cacing!!!
Tak lama lepas tuh, Ronaldo dipanggil masuk dalam treatment room. Doktor yang attend Ronaldo ialah Dr Kristine Lim. Aku cakap Ronaldo is fine, cuma nak vaccine je. Doktor tanya kenapa badan Ronaldo basah-basah? Dia ingatkan Ronaldo pee dalam carrier. Aku cakap la baru lepas mandi, tak sempat nak keringkan betul-betul sebab nak kejar masa. 

Doktor amik suhu badan Ronaldo to make sure dia tak demam. Sebab kalau demam, tak boleh suntik vaccine tuh. Lepas tu doktor nampak la encik kutu kat perut Ronaldo. Aku bitau, belum sembur Frontline lagi. Doktor suruh apply Frontline tuh 2 hari selepas mandi. 
sempat lagi usha aku nak amik gambar tuh...
Ronaldo tak demam. So boleh la inject vaccine tuh. Yiha!!! The harder part was, nak sumbat ubat cacing dalam mulut Ronaldo. Dah kena panggil sorang staff to help her. 2 kali sumbat, Ronaldo kemam, tak telan, bila dilepaskan, dia muntahkan balik ubat tuh. Sama je macam Kaka. Lepas tu doktor amik satu alat macam penyepit yang panjang untuk pegang tablet tuh dan letak betul-betul kat dalam mulut Ronaldo. Doktor tutup mulut Ronaldo supaya tak terbukak. Berbuih-buih aku tengok kat tepi mulut Ronaldo tuh. Sian dia...tapi akhirnya, ubat tuh berjaya jugak masuk. Harap-harap dia tak muntahkan tablet tuh.

Lepas inject, doktor timbang Ronaldo. 4.4kg je. Ok la tuh untuk frame size macam dia. Tak obes dan tak kurus. Just nice. Doktor cakap Ronaldo mungkin akan demam sket sebab vaccine tuh. Settled. Terus tunggu kat luar untuk jelaskan bil. 
meow ni memang selalu ada kat depan Petcare! Cute oo minah ni...
Sambil-sambil menunggu tuh, sempat la aku amik gambar meow comel yang aku nampak kat depan Petcare dulu. Memang bermastautin kat Jalan Bandar rupanya minah ni. Siap ada bekas makanan lagi, sure Petcare yang supply ni. Meow ni pun bersih je. Sesiapa yang selalu pergi Petcare mesti perasan kucing ni lepak kat depan Petcare tuh. 
grooming setelah lega balik dari klinik dan keluar dari Kelly!
On the way balik, Ronaldo tak banyak cakap (meowing). Mungkin sebab penat kot dikerjakan doktor masa nak sumbat ubat cacing tadi. Rileks je kat hujung carrier.
ish!!! tak cover langsung! Anak sapa la ni???
Sampai kat rumah, lepaskan dia dalam rumah, baru la muka nampak ceria. Sibuk la menjilat badan sana-sini. Agaknya dia cuba hilangkan rasa pahit tablet yang kena sumbat dalam mulut tadi kot. Papepun, puas hati jugak la, misi hari ni berjaya. Balik Setapak, lepas tu keluar semula dengan wifey. Dia dropped aku kat Taman Melati, dan terus ke PV untuk angkut kawan-kawan sedunia dia pergi iftar kat Bangi. Aku pulak naik la RapidKL 226 ke Gombak semula untuk iftar dengan fama and Amirs without makcik.

Haffiy, Hamza & Hijaz suka betul dengan kucing. Semoga besar nanti, diorang akan dapat bela kucing jauh lebih baik dari aku, Amin.
nak baca Harakah pun duduk la elok-elok...
Rabbit boarding here; RM30 sehari

8 comments:

aby said...

salam mijoe,

sihat kedua dua ekoq nanti boleh bagi depa tu main bola ....

petcare tu kt mana,
aby kekadang anta kucing kt Pandan Indah .. lalu MRR2 juga ...

Mijoe said...

salam bang!

2-2 ekor tu musuh ketat. walaupun duk unit sebelah menyebelah jer...

Petcare tuh dekat Taman Melawati, Jalan Bandar 4. Nanti saya update letak GPS coordinate.

Ninie Hanis said...

kagum betul dgn usaha jaga kucing2 ni sebaik mungkin.dulu2 masa kecik2 sampai besar2 (sebelum kawin) mmg bela kucing tapi biasalah mana ada bwk ke petcare semua. :)


mahal tak sekali treatment camni?

meowwmania said...

alorr cian Ronaldo, sama ngan anak-anak jantan kita kalau nak kasik makan ubat sikit punya siksa

tp walau bercalar balar tgn ni lbh rela kasik makan ubat tu sendiri dr tgk vet paksa dia makan, tak sampai ati huhuu..

Mijoe said...

@Ninie

ni pun bukan bawak regularly, sebab meow tak stay sama. Meow duk dgn parent. bila ada masa baru boleh angkut gi check up dan mandi manda.

untuk treatment Ronaldo kampung neh, ubat cacing + vaccine + consultation = RM72.

kalau gi klinik kerajaan jauh lebih murah.. :)

Mijoe said...

@MM

alang2 dah bayar consultation, tu yg biar je doc dgn staff dia yang bagi makan. Kite tukang pujuk meow je to calm down.

Kaka tuh mmg paling susah nak kasi makan ubat, badan besar, kuat dan kuku pun tajam, nak potong pun susah. dengan dia mmg selalu je dapat autograph..he he

Farahliza Isa said...

nk rayer ni bkn kete jer kene service, meow pon skali service eak...ramai kn kt vet nk dkat2 rayer ni

Mijoe said...

@Farah

tu la pasal, berbondong-bondong meow dan tuan meow datang klinik. Ada yg datang utk treatment, ada yg datang utk regular check-up, ada yg datang nak tanya pasal boarding..etc..

meriah betul :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...