Kelly 3572

Friday, August 5, 2011

Burger Bobby Simpang 3, AU5C/1, Lembah Keramat (a.k.a Bob Burger)

Assalamualaikum

Oleh kerana birthday wifey tahun ni aku tak sempat nak beli/tempah kek, maka, aku pun dengan penuh bersemangat la nak belanja wifey makan burger kat Burger Bob yang glamour tuh kat AU5C/1. Wifey tak tahu pun pasal burger stall ni. Aku tahu pasal kewujudan burger ni pun dari blog Bangsar-babe dan Traveldine. Credits to both of them. Sebenarnya, ramai je blogger yang buat review pasal Burger Bob ni. Kalau google Burger Bob AU5 Lembah Keramat, sure keluar la macam-macam cerita dan review!

On the way nak balik Pajam, aku pun singgah la AU5 tuh. Senang je nak cari tempat ni bagi sesiapa yang familiar dengan area Lembah Keramat ni. Wifey terpinga-pinga plus mengantuk. 
ni la rupa stall burger Bob tuh!
Masa aku sampai, customer dia tak la ramai sangat. Ada la 4 meja plastik yang dia bukak kat depan stall burger tuh. Dan ada satu tong besar isi minuman dalam tin, untuk sesiapa yang nak melahap burger sambil chill dan bergossip dengan kawan-kawan sedunia kat situ. Dengan kata lain, agak selesa la untuk lepak situ.

Cuma yang tak best sikit, very limited parking space untuk sesiapa yang datang dengan kereta, lori atau bas. Ye la, sebab residential area. Sendiri mau ingat la. Kalau datang dengan merempit tu lain la cerita. Tapi, itu cuma kekurangan yang boleh dipejamkan mata je la.
ni la hasil tangkapan aku, Chicken Double Special Cheese
Aku order 4 burger. Satu untuk aku, wifey, Nana dan Ridzuan. Semua sekali RM17.00. Burger aku la yang paling mahal...ha ha ha. Tapi yang slack, aku tengah tak sedap badan. Tonsil dah start bengkak. Tapi berselera jugak nak order burger yang bagak kan?

Sampai kat Pajam, aku kerjakan burger tuh. Kena la potong 2 bahagian sebab size burger aku tuh agak over! He he. Nak ngabihkan pun sikit punya lama daaa sebab keadaan tonsil yang menyeksa aku.

Overall, aku rasa memang best la Burger Bob ni. Akan ku datang lagi lepas ni. Especially bila aku dah betul-betul sihat dan selera makan aku dah kembali.

GPS Coordinate N3 12.118 E101 45.278

4 comments:

meowwmania said...

popular betul burger Bob ni tp sygnya sy jauuhhhh huhuu...

Mijoe said...

turun KL amik blackwood nanti, singgah le ke AU5 tuh MM! Ok?

Farahliza Isa said...

mak aihhhhh, jauhnyer nk beli beger.....huhuu

Mijoe said...

@Farah,

Kalau MM turun KL amik kayuhitam, pesan je dgn dia suh belikan utk Farah sekali... he he

sekali-sekala rasa burger yg happening kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...