Kelly 3572

Monday, August 29, 2011

Bulan Baru, Kucing Baru

Esok raya. Selamat tinggal Ramadhan. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur, kita akan bertemu lagi pada tahun hadapan. 

Alhamdulillah, aku terasa lebih tenang pada Ramadhan tahun ni. Tapi sayangnya, amalan masih lagi jauh ketinggalan. Semoga Allah akan memberikan ku peluang untuk lebih hampir kepadaNya. Amin.

Sampai di rumah parent, layan la anak-anak buah bermain bunga api sekejap. 10 batang je pun. Nasib baik la puteri-puteri tuh tak la beria-ia sangat nak main bunga api. Tak boleh dididik budaya macam ni, tak elok kan?

Lepas layan Hanani, baru la sempat checking Kaka, Ronaldo dan seekor pendatang baru; kucing betina yang ayah aku bawak balik dari masjid. Lupa nak amik gambarnya. Bersih kucing tuh. Tak tahu la siapa punya kucing la ayah aku bawak balik ni. Menurut ayah aku, meow ni ada seekor anak jantan yang dah sama besar saiznya dengan ibu meow ni. Tapi ayah aku bawak ibu kucing ni je balik... hmm, bawak la anaknya sekali. Kesian pulak bila pisahkan ibu dan anak kucing ni.

Aku 'Frontline'kan Ronaldo sebab hari tu lepas mandi dan bawak pergi Petcare, aku belum sembur lagi ubat kutu tuh. Lepas Ronaldo, aku sembur plak kat ibu kucing tuh. Protect awal-awal kang terjangkit pulak dengan kutu hero kampung ni. 

Kalau betul ibu kucing ni takde orang punya, terpaksa la buat harta. Vaccine and deworm right after Ronaldo's next appointment. So , sekarang kita kumpul duit dulu...he he.

Apa la nama nak kasi kat minah ni ek? Boleh tak letak nama manusia? 

2 comments:

aby said...

salam syawal mijoe ..
boh la nama Minah terus ..
mcm kucing siam aby tu,
nama Sofia,
tp kami panggil
Sopeah ...
hu..hu..

Mijoe said...

salam syawal bang!

kalau takde masalah letak nama manusia, banyak je nama2 pilihan dalam kepala ni..he he he...

tq for the suggestion :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...