Thursday, August 18, 2011

Bukak Puasa Kat Office

Assalamualaikum

Pening! Bengang! Semua ada. Ha ha... dugaan betul bila handle kerja yang agak extraordinary ni. 

Elok dah siap-siap nak balik pukul 6.30pm, tup-tup RBS Singapore plak called. Ada problem dengan deal tu. Hmm, ni sure melarat sampai lepas maghrib la ni.

Called wifey, cakap suruh dia balik la dulu. Memang gerenti bukak puasa kat office hari ni. Ni la first time berbuka kat office tahun ni. Tahun-tahun sebelum ni dah biasa la berbuka kat office. So, not a big deal la. 

Tapi, perasaan bila dengar azan berkumandang tuh memang tak boleh nak gambarkan. Time azan maghrib, teguk la air masak, makan kurma 3 bijik. Ok la tuh. Tapi yang kacau daun tuh, orang nak bukak puasa, ada pulak dealer ni (non-Muslim) datang nak diskus dengan aku pasal kerja. Kot ye pun, kasi la aku bukak puasa dulu. Dugaan...

Pukul 2020hrs baru la aku keluar dari office dan menapak la ke lokasi biasa untuk balik ke rumah. Masa lalu depan Restoren Seri Melayu tuh, terasa macam sedih je bila tengok manusia-manusia yang berbuka puasa kat situ dilimpahi dengan macam-macam makanan yang best.(buffet). Aku makan kurma dan minum air suam je. Tapi, aku sedar, ada lagi insan yang lebih teruk nasibnya daripada aku. Alhamdulillah dengan rezeki yang aku dapat ni. Yang penting, halal dan berkat. 

Naik tren pun, aku nampak ramai jugak orang-orang Melayu yang balik dari berbuka puasa, atau balik kerja macam aku.

Pukul 2130hrs baru sampai depan pintu rumah. Rasa nak pengsan je.Still rasa tak sedap hati pasal trade dengan RBS London tuh. Harap-harap takde masalah la. Yang pasti, esok pagi, aku kena terpacak kat office lebih awal dari biasa.

2 comments:

Dwen Ihsan said...

sabar jah..ada hikmah setiap kejadian tu..ada lagi menguntungkan lepas ni

Mijoe said...

apa la yang menguntungkan tu jah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...