Kelly 3572

Sunday, August 14, 2011

Battery 11 December 2009 - 14 August 2010

Assalamualaikum

Bawak Kelly ronda-ronda, hantar wifey ke Setiawangsa, lepas tu ke Shell, isi angin. Aku biar je enjin Kelly running, aku takut kalau dimatikan, tetiba takleh start pulak. Battery Kelly memang dah agak kronik. 

Habis isi angin, aku ke Petronas sebelah untuk withdraw cash. Tawakal je la matikan enjin. Kalau wifey ada, tak la aku nak matikan enjin. Lepas dapat RM, masuk Kelly, start...tak boleh... start lagi sekali, tak leh gak. Nampaknya, masanya telah tiba! Aku tunggu kejap, start balik, tak boleh jugak! Confirmed! 

Called Kitam, panic kejap. Kitam & spouse kat JJ, Pastu aku masuk dalam stesyen Petronas balik, tanya counter, ada jual battery tak? Dia cakap ada. Aku tengok, hmm, RM210, battery kering. Angkut je la. Mahal sket dari kat Perodua Service Centre (RM195). 

Mamat Bangla kat stesyen tuh tolong pasangkan battery Kelly. Lepas tu Kitam pun sampai. Dah habis pasang, test start engine, cun!!! Takde sangkut-sangkut dah! Alhamdulillah. 

Nasib baik la Kelly buat hal kat stesyen minyak. Buatnya, tengah-tengah jalan, naya je.

2 comments:

ainilazwa said...

kelly mahal sikit dr ainil punya battery..
hihi

Mijoe said...

patut boleh dapat lagi murah..tapi sebab dah terpaksa...he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...