Kelly 3572

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 54

Assalamualaikum

Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia, tak kira di mana sahaja anda semua berada. Marilah sama-sama kita mendoakan agar negara kita akan terus terpelihara keamanan dan kesejahteraannya, selamat dari musibah bencana alam dan sebagainya.

Perlu diingat, mungkin ramai yang irihati dengan keamanan negara kita. Mereka mungkin akan melakukan apa sahaja untuk memporak-perandakan tanah air kita, memecahbelahkan perpaduan bangsa kita, dan sekaligus mengambil kesempatan untuk menjajah negara kita secara halus dan terancang. Sama-samalah kita saling berwaspada.

Semoga seluruh rakyat Malaysia, khususnya yang beragama Islam, memperkuatkan ukhuwah, bersatu demi Islam, bukannya demi parti-parti politik. Apalah gunanya memperjuangkan parti kalau pegangan agama tergadai dan tidak dijadikan keutamaan. Kata orang, kalau nak lihat keadaan negara kita pada masa hadapan, lihatlah akhlak dan perangai golongan muda pada hari ini. Realitinya, amat membimbangkan. Gejala murtad? Amat menakutkan, jangan sampai Allah menurunkan bala yang lebih dahsyat kepada kita semua.

Saya doakan semoga Allah memberikan hidayah kepada kepimpinan negara yang beragama Islam supaya beliau memartabatkan Islam dan menegakkan kebenaran demi agama dan negara. Dan juga semoga Allah memberikan cahaya dan hidayah kepada mereka yang bukan Islam untuk menerima Islam di dalam kehidupan mereka.

Bersatulah demi Islam!

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum wbt

Dengan rendah diri dan seribu keinsafan, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri
kepada semua follower Kelly3572, kaum keluarga, kawan-kawan dan juga kepada sesiapa sahaja yang terbaca entry ini.

Minta dihalalkan segala makan minum, dan andai ada salah silap dalam tutur kata; terutama dalam dunia blogging ni, harap diampunkan. Maklum la, lain orang, lain prinsip hidup dan matlamatnya.

Semoga semua akan selamat sejahtera, tak kira di mana sahaja anda berada. Memandu la dengan penuh berhati-hati dan berhemah; biar lambat, asalkan selamat, InsyaAllah.

Jangan bazirkan duit dengan membakar mercun, tiada yang baiknya pun. Sesungguhnya, sifat membazir itu disukai oleh syaiton.

Semoga segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan lalu diterima Allah, dan diberkati. Dan juga semoga dapat diteruskan dalam kehidupan kita sehari-hari selepas ini. Sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan dan kehidupan yang lebih baik. Jangan kita mudah terpedaya dengan tipudaya syaiton dan juga dakyah musuh-musuh Islam dan juga golongan munafikin. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua. Sesungguhnya, dunia hanyalah sementara, akhirat jualah destinasi dan tujuan utama kita.

Akhir kata, segala yang baik itu, datangnya dari Allah, dan segala kelemahan dan kecelaan itu datangnya dari saya sendiri, hambaNya yang kerdil dan lemah. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin

Monday, August 29, 2011

Bulan Baru, Kucing Baru

Esok raya. Selamat tinggal Ramadhan. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur, kita akan bertemu lagi pada tahun hadapan. 

Alhamdulillah, aku terasa lebih tenang pada Ramadhan tahun ni. Tapi sayangnya, amalan masih lagi jauh ketinggalan. Semoga Allah akan memberikan ku peluang untuk lebih hampir kepadaNya. Amin.

Sampai di rumah parent, layan la anak-anak buah bermain bunga api sekejap. 10 batang je pun. Nasib baik la puteri-puteri tuh tak la beria-ia sangat nak main bunga api. Tak boleh dididik budaya macam ni, tak elok kan?

Lepas layan Hanani, baru la sempat checking Kaka, Ronaldo dan seekor pendatang baru; kucing betina yang ayah aku bawak balik dari masjid. Lupa nak amik gambarnya. Bersih kucing tuh. Tak tahu la siapa punya kucing la ayah aku bawak balik ni. Menurut ayah aku, meow ni ada seekor anak jantan yang dah sama besar saiznya dengan ibu meow ni. Tapi ayah aku bawak ibu kucing ni je balik... hmm, bawak la anaknya sekali. Kesian pulak bila pisahkan ibu dan anak kucing ni.

Aku 'Frontline'kan Ronaldo sebab hari tu lepas mandi dan bawak pergi Petcare, aku belum sembur lagi ubat kutu tuh. Lepas Ronaldo, aku sembur plak kat ibu kucing tuh. Protect awal-awal kang terjangkit pulak dengan kutu hero kampung ni. 

Kalau betul ibu kucing ni takde orang punya, terpaksa la buat harta. Vaccine and deworm right after Ronaldo's next appointment. So , sekarang kita kumpul duit dulu...he he.

Apa la nama nak kasi kat minah ni ek? Boleh tak letak nama manusia? 

Sampul Duit Raya; Deutsche Bank 2011

Assalamualaikum

Seperti yang aku janjikan, ni la dia sampul duit raya yang paling aku tunggu. Deutsche Bank, sampul dia memang sangat cun. Kalau nak bagi duit raya dengan sampul ni, kena bagi kat orang yang betul-betul appreciate kecantikan dan keunikan sampul ni. Kualiti material sampul ni memang baik. 
juara bertahan untuk 2 tahun berturut-turut!
Kalau kamera aku canggih sket, boleh la nampak jelas keunikan sampul ni. Corak bunga-bunga yang timbul dan warnanya yang sweet dan lembut tuh la yang membuatkan aku dengan eksyennya mengisytiharkan sampul duit raya Deutsche Bank 2011 ni la sebagai sampul tercantik untuk tahun ini. 
Nak bandingkan dengan tahun lepas punya pun rasanya macam even je. 2-2 ada keunikan dan kelebihannya yang tersendiri.  
Setahu aku, tahun ni, Deutsche Bank cuma buat satu jenis sahaja sampul raya. Tak macam last year. Last year aku memang bertuah sebab dapat 3 atau 4 peket sampul hijau putih tuh. Tahun ni aku cuma dapat 2 peket je, Alhamdulillah. Memang very limited oo, berebut semua orang kat office kalau dapat tahu sampul dari DB ni dah sampai.

Jadi, kalau korang nak sampul duit raya dari DB ni, tunggu la untuk edisi raya Aidilfitri tahun depan pulak. Booking ler awal-awal dengan kenkawan kerja kat bank ataupun Deutsche Bank tu, terutama sekali kat Lembah Kelang ni. 

So, esok raya ke tak? Harap-harap tak le... rasa tak puas dengan bulan Ramadhan....

Sunday, August 28, 2011

Sampul Duit Raya; Al Rajhi Bank 2011

Assalamualaikum

Hmm, dah nak hujung Ramadhan ni, still ada posting pasal sampul duit raya. Kali ni, sampul yang semakin cantik, sebelum aku nak buat entry untuk Deutsche Bank tuh. 

Sampul dari Al Rajhi ni aku dapat satu peket je, itupun kakak kat office aku yang bagi sebab hubby dia kerja kat Al Rajhi.

So, what do you guys think about this envelope?
unique and colourful

Saturday, August 27, 2011

Sandal Raya

Assalamualaikum

Raya tahun ni, aku dapat satu barang baru. 
Ala, dapat sandal baru pun nak kecoh satu dunia. Mesti la bangga, tapi bukan riak yer. Bangga sebab wifey yang belanja aku sandal ni. Beli kat kedai Bata, Pasaraya Giant di Nilai. Harga? RM20 sahaja.
Aku suka sandal ni sebab ringan, warna pun cantik. Nak driving pun aku rasa selesa la. Harap-harap sandal ni akan tahan lama. Sandal ni adalah pengganti sandal yang malang tahun lepas tu...he he. 
Welcome home sandal Bata! He he. Excited...

On the way balik rumah, singgah kat Bazir Ramadhan, Taman Semarak. First time pergi bazir ni. Panjang gila gegerai kat bazir ni. 

Friday, August 26, 2011

Sampul Duit Raya; Deutsche Bank 2010

Assalamualaikum

Ni sampul tahun lepas punya dari Deutsche Bank. Kualiti kertasnya pun sangat baik. Design pun memang lain dari yang lain, bagi aku la. Tapi, tahun lepas aku takde la pulak nak buat entry pasal sampul duit raya ni; tak terlintas idea nak buat posting macam ni.
ada 2 bahagian; hijau dan putih
Setakat entry ni dibuat, bagi aku, sampul dari Deutsche Bank tahun 2010 ni masih lagi sampul duit raya paling class dan cantik kalau nak dibandingkan dengan sampul-sampul duit raya tahun 2011 yang aku dah tengok dan post kat blog ni. 
isi duit dalam sarung putih, kemudian masukkan sarung putih tuh ke dalam sarung hijau
Inipun aku dapat sampul yang secondary dari DB. Sebab last year, aku tahu diorang keluarkan 2 jenis sampul duit raya. Yang aku ada ni cuma salah satu daripadanya. Menurut kata kawan-kawan aku, the other sampul memang lagi cun dan grand dari yang ni. 

Kalau yang warna hijau putih ni pun dah cantik sangat bagi aku, tak tahu la macamana ghoper la sarung yang grand tuh... 
ni la rupanya bila duit raya dah sedia untuk diberi kepada penerimanya...
Sampul duit raya dari Deutsche Bank 2010 bagi aku, juara bertahan pada pandangan aku tanpa mengambil kira rupa sampul DB yang aku missed tuh. Mari kita tengok pulak sampul duit raya dari Deutsche Bank untuk tahun ni. Agak-agak macamana la bentuk dan designnya. Aku akan post entry tu hari Isnin ni kot. Tunggu...

Tuesday, August 23, 2011

Sampul Duit Raya; Alliance Bank & HSBC Bank 2011

Assalamualaikum

Ni koleksi untuk hari ni. HSBC & jugak Alliance Bank. 
HSBC

Alliance Bank
Bagi aku la, antara 2 ni, sampul HSBC lebih cool dari Alliance. The later tuh simple sangat. Nak jimat kos kot. Mungkin yang lebih penting, isi kat dalam sampul tuh dari rupa sampul tuh sendiri.

Saturday, August 20, 2011

Ronaldo Visiting Petcare, Taman Melawati

Lepas mengerjakan Kaka dan hampir berputus asa tak dapat nak mandikan Ronaldo dan bawak dia ke klinik, aku pun bersiap-siap la nak balik rumah. Masa tu dah dekat pukul 1400hrs. Baru je aku nak keluar, tetiba muncul la Ronaldo yang busuk tuh kat depan pintu. 

Terus aku tak buang masa, amik towel, amik shampoo, angkut brader tuh ke toilet dan kerjakan dia secukupnya. Maka terpaksa la aku tahan telinga dengar bebelan demi bebelan dari Ronaldo yang basah kuyup tuh. Macam-macam alasan la dia bagi untuk takmo mandi; makruh mandi lepas Zuhur la...takut tertelan air la... etc.

Lepas settle urusan mandi manda, lap-lap sampai agak kering, cuci dalam telinga sket, terus cuba sumbat masuk dalam carrier. Tapi dia takmo masuk. Kena masukkan carrier tuh dalam Kelly dulu, hidupkan enjin, pasang aircond, pastu baru la senang nak suruh dia masuk dalam carrier tuh. Tak confident nak bawak tanpa masukkan dalam carrier sebab aku sorang je. Kalau dia behave takpe la. Kalau dia poo pee sana sini dalam Kelly, mengamuk la pulak wifey!
ramai betul kucing dan tuan-tuan kucing kat klinik petang ni...
Mujur la MRR2 tak jam. Tak sampai 15 minit, aku dah sampai depan Petcare. Tapi ramai la pulak tuan-tuan meow bawak anak-anak bulus ke klinik. Tapi syok sebab dapat tengok macam-macam ragam meow-meow comel. 

Ronaldo agak bising masa mula-mula masuk dalam klinik tuh. Lepas aku gosok-gosok dia, baru la dia cool down. Senyap jer. Padahal control macho sebab aku letak carrier dia depan carrier kucing siam betina mata biru. Meow tuh ada bleeding sket; according to owner dia.
Ronaldo sedang dipaksa telan ubat cacing!!!
Tak lama lepas tuh, Ronaldo dipanggil masuk dalam treatment room. Doktor yang attend Ronaldo ialah Dr Kristine Lim. Aku cakap Ronaldo is fine, cuma nak vaccine je. Doktor tanya kenapa badan Ronaldo basah-basah? Dia ingatkan Ronaldo pee dalam carrier. Aku cakap la baru lepas mandi, tak sempat nak keringkan betul-betul sebab nak kejar masa. 

Doktor amik suhu badan Ronaldo to make sure dia tak demam. Sebab kalau demam, tak boleh suntik vaccine tuh. Lepas tu doktor nampak la encik kutu kat perut Ronaldo. Aku bitau, belum sembur Frontline lagi. Doktor suruh apply Frontline tuh 2 hari selepas mandi. 
sempat lagi usha aku nak amik gambar tuh...
Ronaldo tak demam. So boleh la inject vaccine tuh. Yiha!!! The harder part was, nak sumbat ubat cacing dalam mulut Ronaldo. Dah kena panggil sorang staff to help her. 2 kali sumbat, Ronaldo kemam, tak telan, bila dilepaskan, dia muntahkan balik ubat tuh. Sama je macam Kaka. Lepas tu doktor amik satu alat macam penyepit yang panjang untuk pegang tablet tuh dan letak betul-betul kat dalam mulut Ronaldo. Doktor tutup mulut Ronaldo supaya tak terbukak. Berbuih-buih aku tengok kat tepi mulut Ronaldo tuh. Sian dia...tapi akhirnya, ubat tuh berjaya jugak masuk. Harap-harap dia tak muntahkan tablet tuh.

Lepas inject, doktor timbang Ronaldo. 4.4kg je. Ok la tuh untuk frame size macam dia. Tak obes dan tak kurus. Just nice. Doktor cakap Ronaldo mungkin akan demam sket sebab vaccine tuh. Settled. Terus tunggu kat luar untuk jelaskan bil. 
meow ni memang selalu ada kat depan Petcare! Cute oo minah ni...
Sambil-sambil menunggu tuh, sempat la aku amik gambar meow comel yang aku nampak kat depan Petcare dulu. Memang bermastautin kat Jalan Bandar rupanya minah ni. Siap ada bekas makanan lagi, sure Petcare yang supply ni. Meow ni pun bersih je. Sesiapa yang selalu pergi Petcare mesti perasan kucing ni lepak kat depan Petcare tuh. 
grooming setelah lega balik dari klinik dan keluar dari Kelly!
On the way balik, Ronaldo tak banyak cakap (meowing). Mungkin sebab penat kot dikerjakan doktor masa nak sumbat ubat cacing tadi. Rileks je kat hujung carrier.
ish!!! tak cover langsung! Anak sapa la ni???
Sampai kat rumah, lepaskan dia dalam rumah, baru la muka nampak ceria. Sibuk la menjilat badan sana-sini. Agaknya dia cuba hilangkan rasa pahit tablet yang kena sumbat dalam mulut tadi kot. Papepun, puas hati jugak la, misi hari ni berjaya. Balik Setapak, lepas tu keluar semula dengan wifey. Dia dropped aku kat Taman Melati, dan terus ke PV untuk angkut kawan-kawan sedunia dia pergi iftar kat Bangi. Aku pulak naik la RapidKL 226 ke Gombak semula untuk iftar dengan fama and Amirs without makcik.

Haffiy, Hamza & Hijaz suka betul dengan kucing. Semoga besar nanti, diorang akan dapat bela kucing jauh lebih baik dari aku, Amin.
nak baca Harakah pun duduk la elok-elok...
Rabbit boarding here; RM30 sehari

Kaka; Edisi Kantoi Tak Puasa!

Assalamualaikum

Pagi tadi, pergi ke Gombak, misinya ialah nak mandikan dan bawak Ronaldo ke Petcare for vaccine and check-up, tapi, bila sampai kat kondo dia, tengok-tengok takde orang (kucing). Tanya neighbour dia; Kaka, mana Ronaldo? Kaka tak jawab soalan aku. 

Cari-cari sekeliling rumah, takde jugak. Akhirnya, aku lepaskan Kaka keluar dari kondo dia. Kasi dia exercise sket. Bila dah lepas dari kondo, bermaharajalela la KL Gangster ni. Meme la... (ikut Ady Putra punya dialog dalam KL Gangster tuh...)
freedom... at last!!!

gua Kaka; a house cat with a mission!!!

yes!!! ulam...err rumput...

eh!!! lupa plak..line clear tak ni? Kang kantoi dengan JAIS plak!

yes... JAIS gi serbu area Damansara! Line clear...

ooo nikmat dunia!!! dapnyeeeee...

eh? nape bro? gua just chill-chill kat sini je, tak buat pape yang membatalkan puasa pun!

aaah..sambung balik, aku nak try product SeraiKing pulak, nak hilangkan bau badan!!!

bila la aku nak dapat puasa penuh ni???

Friday, August 19, 2011

Sampul Duit Raya; AmBank & RHB Bank 2011



Selesai Masalah Semalam!

Assalamualaikum

Rentetan (perghhh?) dari kes bengang semalam pasal deal yang didn't go through tuh, akhirnya, hari ni segalanya telah selesai. Solution? To match a trade, place of settlement kena la match dengan counter party punya place of settlement. Euroclear dengan Euroclear. Clearstream dengan Clearstream dan sebagainya.

Yang aku musykil, kenapa Citibank tak recognize Austraclear? Macam tak tahu kewujudan Austraclear market? Siap terkejut bila aku mention yang RBS nak settle through Austraclear? Papepun, pengajarannya, next trade, semua kena settle guna Euroclear. Rasanya ECLR ni la securities settlement market yang paling glamour kot. A good and valuable lesson for me.

Tapi, bila aku belek-belek previous trade, dengan ANZ in particular, boleh je trade tu settle when ANZ using Clearstream and my good bank using ECLR? Ish... takmo pening kepala bulan-bulan Remdan ni...


Thursday, August 18, 2011

Bukak Puasa Kat Office

Assalamualaikum

Pening! Bengang! Semua ada. Ha ha... dugaan betul bila handle kerja yang agak extraordinary ni. 

Elok dah siap-siap nak balik pukul 6.30pm, tup-tup RBS Singapore plak called. Ada problem dengan deal tu. Hmm, ni sure melarat sampai lepas maghrib la ni.

Called wifey, cakap suruh dia balik la dulu. Memang gerenti bukak puasa kat office hari ni. Ni la first time berbuka kat office tahun ni. Tahun-tahun sebelum ni dah biasa la berbuka kat office. So, not a big deal la. 

Tapi, perasaan bila dengar azan berkumandang tuh memang tak boleh nak gambarkan. Time azan maghrib, teguk la air masak, makan kurma 3 bijik. Ok la tuh. Tapi yang kacau daun tuh, orang nak bukak puasa, ada pulak dealer ni (non-Muslim) datang nak diskus dengan aku pasal kerja. Kot ye pun, kasi la aku bukak puasa dulu. Dugaan...

Pukul 2020hrs baru la aku keluar dari office dan menapak la ke lokasi biasa untuk balik ke rumah. Masa lalu depan Restoren Seri Melayu tuh, terasa macam sedih je bila tengok manusia-manusia yang berbuka puasa kat situ dilimpahi dengan macam-macam makanan yang best.(buffet). Aku makan kurma dan minum air suam je. Tapi, aku sedar, ada lagi insan yang lebih teruk nasibnya daripada aku. Alhamdulillah dengan rezeki yang aku dapat ni. Yang penting, halal dan berkat. 

Naik tren pun, aku nampak ramai jugak orang-orang Melayu yang balik dari berbuka puasa, atau balik kerja macam aku.

Pukul 2130hrs baru sampai depan pintu rumah. Rasa nak pengsan je.Still rasa tak sedap hati pasal trade dengan RBS London tuh. Harap-harap takde masalah la. Yang pasti, esok pagi, aku kena terpacak kat office lebih awal dari biasa.

Tuesday, August 16, 2011

Tazkirah Ringkas

Assalamualaikum

Saya terjumpa potongan akhbar Harakah ni baru-baru ni. Dan rasa isi kandungan dan pesanan yang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man katakan tu sangat bermakna dan perlu difikirkan bersama. 
sumber Harakah
Saya salin semula isi tazkirah tuh, pendek je.

"Saya ingatkan diri dan semua jangan membeli juadah berbuka puasa dari tangan yang tidak solat, tangan yang melakukan maksiat pada Allah SWT. Lapan jam kita menahan diri dari makan dan minum, tiba-tiba kita berbuka puasa dari tangan-tangan yang tidak takutkan Allah."

- Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Harakah.

Mungkin ada kesilapan cetakan sket kot. Rasanya bukan lapan jam kita menahan diri tuh, Hampir 14 jam rasanya. Takpa la, apa yang penting, mesej yang cuba disampaikan tuh.

Bayangkan orang yang berniaga kat Bazir Ramadhan tu, tak jaga solat 5 waktu, tak jaga aurat dan sebagainya, tak laksanakan akad dalam jual beli, rasa-rasanya berkat ke hasil kerja tangan dan masakan diorang yang kita beli tuh? Kena fikir sendiri semasak-masaknya. Takkan nak tanya pulak kat peniaga tuh diorang solat ke tak kan? Kita sebagai pembeli dan orang Islam kena la lebih berhati-hati.

Semoga ibadah puasa kita semua tak sia-sia dan diterima Allah hendakNya. Amin.

Monday, August 15, 2011

Sampul Duit Raya; Citibank 2011

Assalamualaikum

Raya dah dekat. Jadi, kena la start cari sampul duit raya untuk diisi dengan duit. Yang dapat bonus, dapat durian runtuh dan jugak rezeki-rezeki halal yang lain, boleh la isi lebih sket kan? Kalau takde bonus, takde duit lebih, bagi je la ikut kemampuan masing-masing.
cantik!!!
Ni la sampul duit raya yang pertama sekali aku dapat tahun ni. Tahun lepas ingat nak jugak buat entry pasal sampul duit raya ni, tapi tak tahu pasal apa niat tu tak ditunaikan. Lepas ni, kalau dapat dari sampul duit raya yang cun dari bank-bank dan jugak institusi lain yang dirasakan sesuai dikongsi kat sini, akan ku update, lepas tu korang boleh la pergi mintak kat bank-bank dan pihak-pihak yang mengeluarkannya. 

Sekian, harap maklum!

Sunday, August 14, 2011

Battery 11 December 2009 - 14 August 2010

Assalamualaikum

Bawak Kelly ronda-ronda, hantar wifey ke Setiawangsa, lepas tu ke Shell, isi angin. Aku biar je enjin Kelly running, aku takut kalau dimatikan, tetiba takleh start pulak. Battery Kelly memang dah agak kronik. 

Habis isi angin, aku ke Petronas sebelah untuk withdraw cash. Tawakal je la matikan enjin. Kalau wifey ada, tak la aku nak matikan enjin. Lepas dapat RM, masuk Kelly, start...tak boleh... start lagi sekali, tak leh gak. Nampaknya, masanya telah tiba! Aku tunggu kejap, start balik, tak boleh jugak! Confirmed! 

Called Kitam, panic kejap. Kitam & spouse kat JJ, Pastu aku masuk dalam stesyen Petronas balik, tanya counter, ada jual battery tak? Dia cakap ada. Aku tengok, hmm, RM210, battery kering. Angkut je la. Mahal sket dari kat Perodua Service Centre (RM195). 

Mamat Bangla kat stesyen tuh tolong pasangkan battery Kelly. Lepas tu Kitam pun sampai. Dah habis pasang, test start engine, cun!!! Takde sangkut-sangkut dah! Alhamdulillah. 

Nasib baik la Kelly buat hal kat stesyen minyak. Buatnya, tengah-tengah jalan, naya je.

Thursday, August 11, 2011

New RM6 Notes For This Coming Raya?

Assalamualaikum

Aku received email ni 2-3 hari lepas. Ingatkan betul 'bonama' keluarkan not baru. Rupa-rupanya hasil kreativiti yang memang buat aku gelak dan tersengih sorang-sorang!

(Credits to original owner of this RM6 note!)

Monday, August 8, 2011

Doa Yang Kita Minta 17 Kali Sehari

Assalamualaikum

Aku dapat dari email yang di'forward' kat aku. Bagus jugak share kat sini. Sekurang-kurangnya, kita dapat tahu apa makna bacaan masa duduk antara dua sujud tu. Jadi bila dah tahu makna, feel masa kita baca tuh lebih la sket kan. 

Terima kasih kepada yang forward email ni kat aku, dan terima kasih kepada orang yang mula-mula sekali share ni kat blog. Semoga Allah memberkati kita semua. Amin.

Sunday, August 7, 2011

City Can't Be United

Community Shield 2011 belongs to Manchester United. 

Noisy neighbours can go on and keep splashing all the cash on top players. Welcome to Manchester, Sheikh! You should spent your money on something else rather than owning a club like City.

Leading 2-0 at halftime and conceding 3 goals in the next 45 minutes to a younger United teams? Your players were not playing football. They're just counting days for their next paycheck!!!

Welcome to MUFC, David De Gea, Phil Jones and Ashley Young!


Dugaan Bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Bertolak dari Pajam lepas Asar. Sampai je KL, terus aku pergi Mediviron kat rumah tuh. Wifey balik rumah kejap untuk amik barang. 

Kat klinik, staff Mediviron cakap Dr Harjeet takde hari ni. Alamak! Frust jugak. Tapi takpe la, amik je la ubat. Janji tonsil ni cepat surut bengkaknya. Dr tu kasi antibiotik, ubat sakit tekak dan ubat demam.

Lepas settle urusan kat klinik, terus pergi rumah Fama untuk buka puasa bersama-sama kaum keluarga kecuali Along je yang takde. Tak dapat balik kot. Dapat jumpa 5 Amirs and Hanani pun dah best dah. Tapi sebab keadaan aku yang tak berapa sihat, maka, kurang best la jumpa diorang. Aku nak makan pun tak leh sebab tak leh nak menelan makanan sebab tonsil bengkak! Alhamdulillah. Syukur dengan ujian yang Allah turunkan pada aku ni. Semoga dosa-dosa kecil aku terhapus secepat mungkin. Amin

Friday, August 5, 2011

Burger Bobby Simpang 3, AU5C/1, Lembah Keramat (a.k.a Bob Burger)

Assalamualaikum

Oleh kerana birthday wifey tahun ni aku tak sempat nak beli/tempah kek, maka, aku pun dengan penuh bersemangat la nak belanja wifey makan burger kat Burger Bob yang glamour tuh kat AU5C/1. Wifey tak tahu pun pasal burger stall ni. Aku tahu pasal kewujudan burger ni pun dari blog Bangsar-babe dan Traveldine. Credits to both of them. Sebenarnya, ramai je blogger yang buat review pasal Burger Bob ni. Kalau google Burger Bob AU5 Lembah Keramat, sure keluar la macam-macam cerita dan review!

On the way nak balik Pajam, aku pun singgah la AU5 tuh. Senang je nak cari tempat ni bagi sesiapa yang familiar dengan area Lembah Keramat ni. Wifey terpinga-pinga plus mengantuk. 
ni la rupa stall burger Bob tuh!
Masa aku sampai, customer dia tak la ramai sangat. Ada la 4 meja plastik yang dia bukak kat depan stall burger tuh. Dan ada satu tong besar isi minuman dalam tin, untuk sesiapa yang nak melahap burger sambil chill dan bergossip dengan kawan-kawan sedunia kat situ. Dengan kata lain, agak selesa la untuk lepak situ.

Cuma yang tak best sikit, very limited parking space untuk sesiapa yang datang dengan kereta, lori atau bas. Ye la, sebab residential area. Sendiri mau ingat la. Kalau datang dengan merempit tu lain la cerita. Tapi, itu cuma kekurangan yang boleh dipejamkan mata je la.
ni la hasil tangkapan aku, Chicken Double Special Cheese
Aku order 4 burger. Satu untuk aku, wifey, Nana dan Ridzuan. Semua sekali RM17.00. Burger aku la yang paling mahal...ha ha ha. Tapi yang slack, aku tengah tak sedap badan. Tonsil dah start bengkak. Tapi berselera jugak nak order burger yang bagak kan?

Sampai kat Pajam, aku kerjakan burger tuh. Kena la potong 2 bahagian sebab size burger aku tuh agak over! He he. Nak ngabihkan pun sikit punya lama daaa sebab keadaan tonsil yang menyeksa aku.

Overall, aku rasa memang best la Burger Bob ni. Akan ku datang lagi lepas ni. Especially bila aku dah betul-betul sihat dan selera makan aku dah kembali.

GPS Coordinate N3 12.118 E101 45.278

Wednesday, August 3, 2011

Happy Birthday My Other Half!

Assalamualaikum

Selamat hari ulangtahun yang ke XX buat isteri den yang terchenta. Semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang lebih baik, dimurahkan rezeki yang berkat dan halal serta dimakbulkan segala doa yang belum dimakbulkan itu. Amin.

Enjoy the Quietly Brilliant. I like!!!

Sorry la dear, cake belum ada lagi, tak larat nak gi amik Red Velvet kat Bukit Jelutong itu.


Tuesday, August 2, 2011

Projek Tiga Haribulan Lapan

Assalamualaikum

Tengahari tadi pergi Low Lat lagi. Dengan Encik Jeffry.

Dah nekad, dan pasti. Akan ku sambar mamat tuh, walaupun bukan untuk kegunaan aku. Dah berkenan sangat dah. Semoga birthday girl happy!
ye..keadaan yang bersepah di bawah meja
Since gadget ni pun agak baru release kat Malaysia, maka susah la sket nak cari aksesorinya yang lain. 

On the way balik nanti kena singgah Memory Lane pulak, birthday card belum beli!!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...