Saturday, July 23, 2011

Singapore 5 Malaysia 3

Salah satu sebab Malaysia kalah selain daripada performance player kita sendiri yang teruk ialah, kemungkinan besar sebab tak solat Maghrib kot? Pandai 'diorang' buat timing game ni kan?

Malaysia started the game very well. Goal came in barely 1 minute into the game. Safee Sali jadi hero dan bakar semangat pemain-pemain Malaysia yang lain. Senyap penyokong Singapura. Minit ke 8, Singapore menyamakan kedudukan. Lepas tuh, macam biasa, Malaysia dah tak main bola dah. By the end of first half, Malaysia trailed by 4-1. Masa ni aku rasa, it's totally game over for Harimau Malaya.

Second half pulak, Safiq Rahim, our captain kena straight red card on a silly tackle. Nasib baik Singapore pun kena reduced to 10 men a few minutes later for a second bookable offences by their defender. 

Abdul Hadi Yahya dan Safee Sali sekali lagi membakar semangat dan menghidupkan peluang Malaysia setelah berjaya menjaringkan 2 gol lagi untuk menjadikan kedudukan 4-3. Tapi kesilapan yang sama yang pemain Malaysia lakukan memberikan Singapore kelebihan 2 gol untuk diorang menang 1st leg 5-3.

Malaysia masih berpeluang untuk mara ke pusingan seterusnya dengan syarat...
  • tak bolos sebarang gol di KL nanti dan menang sekurang-kurangnya 2-0
  • goal keeper, defender dan midfield tak main macam malam ni
  • Amirul Hadi, S Chanturu Kunalan dan Norshahrul Idlan Talaha main kat posisi favourite diorang
  • Safee Sali bergandingan dengan Abdul Hadi Yahya 
  • main sebagai satu pasukan dan main untuk negara
  • stamina yang tinggi
Apa-apa pun, satu pengalaman untuk Malaysia bermain di atas padang rumput tiruan. Tengok la macamana jadinya bila game kat padang rumpur/pasir di Bukit Jalil nanti. Dan jugak, mintak maaf banyak-banyak sebab, Singapura takkan ke mana dalam bolasepak sekiranya terpaksa memerlukan khidmat pemain import untuk menjaringkan kelima-lima gol diorang tuh.

Tunggu je la apa jadi 28hb Julai nanti. Semoga pemain-pemain Malaysia cepat berubah demi kejayaan dan maruah bolasepak negara! Bukan sebab mengejar pangkat Datuk dan habuan wang ringgit! All the best! Hope to see Bukit Jalil Stadium full to the max with Malaysian supporters!

2 comments:

aby said...

salam mijoe,
kena berbaik sangka ..
depa tu buat jamak kot bila balik hotel nanti, leh buat maghrib mase isyak kan ..

psl 5-3 tu memang agak frust juga.
tp meledakan 3 gol pun ok juga ..
away gol lagi. berharga tuh ..
apapun setuju dgn point2 anda tu ..

Mijoe said...

@aby

memang betul tu bang. Cuma 'diorang' (organiser) tuh yang saja je buat timing mcm tu supaya ramai yang selalu amik mudah pasal kewajipan tuh membuat alasan utk meninggalkannye.

... Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat...

Semoga ibadah mereka diterima. Amin.

tugas berat tuh nak main 2nd leg tuh. Safiq Rahim takde plak tuh! Tapi masa dia takde la kita boleh score lagi 2 bijik... he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...