Kelly 3572

Saturday, July 16, 2011

Pasar Pasir Penambang, Kuala Selangor

Assalamualaikum

Ni sambungan dari posting journey balik dari Manjung tu la. Bila tengok jam dah pukul 1700hrs masa minum air kelapa muda tuh, mula la gelabah nak gerak ke Kuala Selangor secepat mungkin takut tak sempat nak shopping fresh seafood tuh. Semua drive laju semacam je. Aku yang kat belakang sekali ni pun terpaksa melajukan diri jugak to catch up dengan Pakcik Sabri.

Aku yang baru first time nak shopping kat Pasar Pasir Penambang tuh baru tahu yang pasar ni beroperasi jugak sampai ke lewat petang! Aku ingatkan pagi je diorang berniaga macam pasar-pasar basah yang biasa. Menurut Pakcik Sabri, kemungkinan besar hasil tangkapan nelayan baru saja dinaikkan ke pasar sekitar pukul 1500hrs. Jadi, kalau teori ini betul, maknanya ikan-ikan tuh semua memang sangat fresh la kan? Takpe, nanti kita beli ok?

Masa dah dekat nak masuk area Kuala Selangor, tetiba je Pakcik Sabri bagi signal ke bahu jalan. Aku pun ikut la berhenti jugak. Masa ni dah pukul 1820hrs!
akhirnya, terjumpa jugak dengan encik mentarang
Gambar kat atas ni la yang buatkan kitorang semua berhenti. Ha... ni la mentarang. Sejenis hidupan laut yang ada hubungan kekeluargaan dengan kerang, lala, siput, pepahat dan sewaktu dengannya. Gerai yang kitorang berhenti ni ialah gerai jual mentarang yang pertama yang kitorang nampak ada hasil tangkapan. Agaknya Pakcik Sabri takmo amik risiko cari gerai lain kot. Kalau dah terlepas gerai yang first ni, buatnya gerai-gerai lain pun takde mentarang, jadi kerja pulak nak kena pusing balik. 

Mentarang tuh dijual dengan harga RM10 sekilo. Tak pasti la murah ke mahal. Tapi dari segi size dan isinya yang nak terkeluar dari cengkerang dia tuh, aku rasa sangat berbaloi aku beli 3 kilo! Pakcik Sabri beli 2 kilo! Dari 3 kilo tuh, bukannya aku rembat semua sekali. 2 kilo je untuk aku, lagi sekilo tuh untuk mak bawak balik ke Pajam.


ni la Pasar Pasir Penambang kat Kuala Selangor tuh
Lepas selesai mementarangkan diri, kitorang sambung balik trip ke pasar tuh. Dah dekat dah kata Pakcik Sabri. Bajet nak kena sampai sebelum pukul 1900hrs, takut ikan-ikan dah kurang segar. 

Kitorang sampai kat pasar tuh pukul 1845hrs. Orang memang dah tak ramai dah. Tapi ikan-ikan still ada. Peniaga dah ada yang mula basuh-basuh tempat letak ikan tuh. Kira timing ok jugak la ni. Hmm, dah sampai depan mata, apa lagi, mula la operasi merembat seafood.
ice box ni RM7 untuk yang besar, RM6 untuk yang kecik
Pakcik Sabri memang dah prepare bawak icebox coleman dia tuh, memang dah plan nak singgah ke pasar. Aku terpaksa la gi beli icebox untuk isi mentarang dan ikan-ikan tu nanti. Icebox memang ada dijual kat pasar ni. Jangan risau yer. Yang besar dijual RM7, yang kecik dijual RM6.

Mula-mula aku beli icebox yang besar. Dah isi-isi mentarang dalam tuh, sekali wifey suruh aku belikan satu kotak kecik untuk mak, sebab mak nak bawak balik Pajam, takde icebox. Nasib baik bonet boleh muat 2 iceboxes tuh di samping beg Pakcik Mat dan barang-barang kitorang yang lain. 

Akhirnya, dah selesai shopping. Check balik mana pergi duit aku... ha ha
  • mentarang RM30 (RM10/kg)
  • udang brand apa ntah RM58 (RM42/kg)
  • sotong RM12/kg
  • cencaru RM14
  • gelama & selar RM16 (selar RM16/kg)
Puas hati! Kitorang tak sempat nak beli ketam sebab rushing nak balik! Kerang tak beli sebab dah ada mentarang!

mentarang; RM10 sekilo, selepas dicuci bersih
Kitorang singgah kat masjid di Ijok untuk solat. Walaupun excited shopping seafood ni, tapi aku sedih jugak sebab masuk je waktu maghrib, menandakan buku amalan kita sepanjang setahun yang lepas diangkat naik ke langit, dan digantikan dengan buku amalan yang baru. Semoga, buku amalan yang baru ini lebih elok dan gemilang isinya, InsyaAllah.
nah kau... bapak besar punya mentarang
Selesai urusan di masjid, kitorang sambung balik perjalanan pulang ke KL. Kali ni, Pakcik Sabri bawak kitorang melalui LATAR (KL-Kuala Selangor Expressway). LATAR ni belum siap sepenuhnya. Plaza tol ada tapi belum berkuatkuasa. So, bila lagi nak guna secara free kan? 

Memang gelap gelita la hiway ni. Nasib baik la banyak jugak kenderaan yang gunakan LATAR ni. Aku tak tahu bila plaza tol akan mula beroperasi. Sila check website LATAR ye.
sessi skype dengan orang California; in between masak seafood
Kitorang sampai rumah lebih kurang pukul 2200hrs. Angkut semua hasil tangkapan, sumbat dalam fridge. Wifey terus menjalankan operasi memasak sebab nak rasa ke'fresh'an seafood tu punya pasal. Nasi tak masak dah, sebab nak meratah lauk pauk jer.
tunggu....
Mentarang tuh aku tak tau masak apa, tapi sket lebih kurang macam masak lala yang ada kuah cair-cair tuh. Dah la size sekor-sekor mentarang ni besar, gasak la nak ngabihkan 1 kilo malam ni. Sebelum masak tuh, kena la basuh betul-betul mentarang tuh sebab banyak lumpur terkumpul kat cengkerang dia. 
siap untuk di ngap!
Pastu wifey goreng udang besar tuh. Geram dan tak sabar je aku tengok udang tuh dalam kuali. Sure manis-manis je rasanya ni.

Tengah syok wifey menggoreng udang tuh, Apai called handphone aku dari Folsom, CA. Aku jawab dan ajak dia on Skype. Excited betul ber'skype' sebab wifey nak buat pesanan penaja dengan orang kat US tuh. Tapi takde la lama sangat sebab tengah masak.
Udang; RM42 sekilo
Dah settle udang, wifey bakar ikan cencaru dan ikan selar pulak sekor. Masa ni aku dah kat depan tv mengadap mentarang. Tu yang takde gambar ikan cencaru dan selar tuh. 
masuk kuali dulu yer...
Bila semua dah siap, baru la wifey joined aku makan. Memang puas hati la meratah seafood ni. Tapi risau jugak kot-kot kandungan asid urik yang tinggi dalam seafood ni boleh menyebabkan gout. Kena la beringat jugak kan. Kena minum banyak air suam campur hirisan lemon pulak lepas ni untuk stabilkan balik kandungan asid dalam badan.

Kitorang sambung balik skyping dengan Tort & Apai di Folsom. Saje je halakan camera biar nampak mentarang, udang dan ikan-ikan tuh. Dengki betul...he he he.
siap untuk dibelasah
Dekat pukul 0100hrs baru settled semua lauk-pauk tuh. Memang tidur kekenyangan malam ni. Lepas ni boleh la buat trip ke Kuala Selangor lagi sebab dah tahu lokasi pasar tuh.  

6 comments:

Ez said...

Adeh.. sedapnya mijoe. meleleh ayaq liuq aku :(

Mijoe said...

next time nak balik KL, bitau aku, boleh aku belanja kau ikan, udang and mentarang fresh tu ok!

aby said...

salam mijoe,
ada jumpa tak ikan bawal tambak,
harga dia rm65/ sekilo.
ikan tu depa bungkus dlm plastik ..
mcm ikan bawal biasa jer ..

klu ada tugasan kt tnjng karang,
aby singgah juga kt situ ..

Farahliza Isa said...

hamboi sodapnye membelasah seafood!

p/s :mentarang tu kalu masak sambal best wooo, mak mentua lalu blakang pun x sedor...hihihi

Mijoe said...

@aby

tak sempat nak survey lelama la bang! sebab sampai pasar tuh pun dah kul 6.45pm. diorang pun dah berkemas2 dah. ikan bawal tambak tuh camne ghopernye bang? ada iras bawal biasa ke?

according to my friend, kat tanjong karang ada jugak fresh seafood yang org melayu jual atas motosikal je. harga laaaagi murah. kalau abg slalu gi tanjung karang tuh, try aa survey area mana tuh. saya tak dapat exact location lagi. kalau dah dapat nanti saya roger abg ok! :)

sekali sekala serve anak2 bulu makan fresh fish tuh sure suka tuh..he he

Mijoe said...

@Farah

tu la pasal FArah. Ingat before puasa ni nak merembat lagi seafood kat situ.mentang2 aar dah tahu tempat dan hiway LATAR still tak yah bayar toll... :)

mentarang tuh, masak apa pun sodap...

try la shopping kat sane pulak Farah! :) bawak anak bulus sekali... :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...