Saturday, July 23, 2011

Ayam Kampung Salai/Panggang Di Batang Benar

Lepas solat Asar terus aku dan wifey ke gerai kat bawah ni. Kalau tengok lokasi ni kat google map, macam ada confusion sket. Sebabnya aku rasa jalan dalam google map tuh tak updated la. InsyaAllah aku akan letakkan kat sini latitude dan longitude gerai tuh.
Rezeki aku nak makan ayam tuh still ada. Walaupun dah dekat pukul 1800hrs, ayamnya masih ada lagi. Cuma crowd dah tak seramai tengahari tadi. 
Tapi, elok je aku dan wifey sampai, berderet-deret pulak kereta lain berhenti nak makan dan tapau ayam tuh.  
gerai ni betul2 sebelum traffic light nak ke Kampung Batang Benar
Wifey beli sekor je ayam tuh. Harga seekor ayam tuh, RM15. Ringan je plastik yang bungkus ayam tuh. Mahal betul ayam kampung ni ek? Takpa la, bukan tiap-tiap hari pun nak beli ye tak? 
ni la ghoper ayam kampung panggang/salai itu
Selain dari ayam, itik pun ada jugak dijual kat gerai ni. Nasi ayam, air kelapa, air tebu pun ada jugak! Wifey tapau air kelapa jugak.  
ni pulak saje je dengki nak close up sket kasi kawan-kawan blogger aku kat perantauan meleleh air liuq! he he he
Lepas tu kitorang balik la ke rumah. Tapi singgah sekejap kat kedai tomyam nearby our house to order something for Mak Ngah and co yang akan datang ke rumah kejap lagi. Wifey order mee-hoon untuk 6 orang. Janji pukul 2000hrs nanti gi amik. 

Sampai rumah, sempat la pegang dan gosok-gosok dan belai-belai si Katy Perry yang selama ni aku asyik tengok je. Gebu betul bulu minah tuh. Dalam telinga pun bersih dan pink. Hidung pun basah jerk. Katy Perry ni kucing jiran depan rumah aku yer. Bukan manusia. 

Jiran number 700, Encik Azlan, bakal masuk tak lama lagi. Dia pun kerja dengan MAS, tapi base kat KLIA. Mungkin dia kenal Kitam kot. Aku sempat borak kejap dengan dia tadi. 

Lepas tu, aku masuk rumah dengan semangat berkobar-kobar sebab nak tengok bola kelayakan Piala Dunia zon Asia pusingan ke 2 antara pasukan Malaysia menentang Singapura di Stadium Jalan Besar, Singapura. All the best Harimau Malaya!

Lokasi gerai Ayam Kampung Salai/Panggang;

N 2.84262, E 101.82792

Tips tambahan, kalau plan nak makan kat gerai ni, dinasihatkan, jangan la pakai baju tebal-tebal macam nak gi tengok wayang or macam nak travel during winter sebab kedudukan gerai ni di kawasan yang takde pokok dan beratapkan zink. Maka, panas le sket. Tapi ada la kipas letrik yang diorang pasang, tapi tak mencukupi.

4 comments:

meowwmania said...

macam teringin pulak slruppp....

Mijoe said...

kalau teringin, lari la kejap ke Batang Benar tuh MM, dekat je kan... :p

waktu operasi, dari 12 tengahari sampai 6 petang kot. Ahad tak pasti bukak ke tak..

Farahliza Isa said...

batang benar yg kat nilai tu ker, apsal x penah prasan ponnn....huhu

Mijoe said...

ye Farah. Kalau dari bandar Nilai, lepas Komuter Station Batang Benar tuh, jalan lagi 500 meter, sebelah kiri, sebelum trafik light nak ke Batang Benar.

Pergi la cuba try test... :) dah jumpa, update kat blog yer.. bawak sekali budak2 jebon tuh :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...