Sunday, July 31, 2011

Kelly Balik Kampung

Assalamualaikum 

Hari ni hantar Cik Kelly ke Seksyen 27. Dah patut kena service dah. 

Rindu betul dengan Shah Alam.

Janji dengan Service Centre, dalam pukul 1130hrs. Sempat lagi singgah AmBank kat Seksyen 15, sebab wifey ingat branch tu beroperasi hari ni! Rupanya tak pun. Terus ke Service Centre!

Hari ni buat standard service je. Lepas tu ada pulak nak kena cuci apa ntah aku dah lupa. So, jadi la RM151 lebih. Ok la tuh. 

Sementara menunggu kat lounge tuh, buat la service centre tuh macam rumah sendiri. Tengok channel Astro yang cekik darah tuh, bancuh white coffee, makan biskut, pasang OSIM iSqueeze tuh. Perghhh! Best la. Tetiba terasa nak beli iSqueeze tuh. Mula-mula macam geli je bila mesin tuh start serang tapak kaki aku. Lama kelamaan ok jer. Best plak tuh. Ish! Kena beli ni...

Saturday, July 30, 2011

Buah Tangan Dari California

Assalamualaikum

Sampai kat rumah fama tadi, terus check barang-barang yang fama bawak balik dari Penang. Lebih tepat lagi, barang-barang yang Tort & Apai borong dari San Francisco semasa lawatan kerja diorang ke sana minggu lepas!
Aku tak tahu nak pesan apa, tapi aku cakap la kat adik aku, dapat t-shirt bodo yang cool boleh buat tidur pun dah best dah. Ni la t-shirt yang cool itu! He he. I like! Thank you to my sister and my brother in law yang bersusah payah membawa barang yang sangat banyak tu balik ke Malaysia dari US. 
Apa-apa pun, suka sangat dengan t-shirt tu, walaupun pakai untuk tidur je. Berapa harganya ni?
Coach handbag @ Folsom Premium Outlet, CA
Ni handbag Coach yang kat Pavillion & KLCC outlet tuh harga dekat 4 angka. Sempat gak diorang rembat handbag dan wristlet. Tapi yang agak frust tuh, latest poppy handbag not available kat Premium Outlet. Ada kat boutique sahaja. Tapi, berbaloi la dapat beli end of season summer sale ni.

Penduduk Malaysia 28.3 Juta?

Assalamualaikum

Terbaca The Star Online hari ni. Tu la tajuknya. Tak tahu la kita perlu berbangga dengan angka tersebut atau tidak.

Terfikir pulak, sekiranya bayi-bayi tak berdosa tuh masih hidup; tak dibunuh, tak dicampak dari flat atau bangunan tinggi, tak dicampak dalam tong sampah, tak dihanyutkan ke dalam sungai, tak dibakar, diletupkan dan bermacam-macam di lagi, mungkin angka tu lebih besar kan?

Dan sekiranya, tiada kemalangan maut, tiada jenayah bunuh-membunuh, bunuh diri, penagihan dadah, dan amalan cara hidup sihat, pasti angka tu lagi la besar.

Tapi rasanya, yang tak patut ada kat Malaysia ni pun melambak. Menyemakkan mata, menambah masalah, menyusahkan orang. Macamana diorang boleh wujud dan berkampung kat sini?  Takkan pihak berkuasa tak tahu kot? Mustahil sangat-sangat. Tapi, tu la, tak boleh nak cerita lebih-lebih kan. Sensitif ooo.

Jangan la excited sangat nak galakkan orang tak dikenali datang ke rumah kita, buruk padahnya. Lebih banyak yang kontra dari yang pronya. Makin kotor rumah kita. Kena pulak tuan rumah sangat la tak tegas. Tolong la suruh diorang balik rumah masing-masing.

Biar la populasi tak ramai, asalkan negara aman, bersih tak kotor, BEBAS DARI RASUAH, berkerajaan yang EFISYEN dan TEGAS. Dan paling penting, laksanakan undang-undang Islam.

Friday, July 29, 2011

Masa Lunch Tengahari Tadi...

Assalamualaikum

Hari ni, kawan-kawan ajak lunch kat MZ Darul Naim lagi sekali sebelum puasa. Aku on jer la. Nak ke Chow Kit pun satu hal. Tak tahu la apa sebabnya, daripada pagi tadi sampai la waktu lunch, jalan kat KL ni jammed teruk! Naik motor pun tersangkut-sangkut jugak. Kalau naik kereta lagi la teruk kan?

Hari ni aku lunch dengan lauk kuah ketam masak lemak (kuah jer, isi ketam tak mampu la!), hati dan pedal ayam goreng, sayur kacang panjang dan ayam percik. Minum teh tarik. RM8!

Habis lunch tengok jam dah pukul 1320hrs. Tak sempat pulak nak ke Masjid As-Syakirin KLCC, so decided to solat kat Masjid Pakistan je.

Lepas solat, kroni ajak lepak lagi kat MZ to minum-minum dan makan bubur pulut doyan! Aku dah tak larat sebab this morning ada adik kat office aku dah bawak sekotak cream puff untuk disedekahkan kepada kawan-kawan. Seingat aku, ada dekat 6 ketul aku makan. Kuatnya nafsu makan? Maka tahap kekenyangan aku agak lama, campur pulak dengan makan nasi lagi. 
ni kampung original punya Sarsi...
Jadi aku pun duk melangut la temankan diorang makan bubur doyan. Sani order air sarsi dalam gambar kat atas ni. Ho ho.. unik betul air sarsi ni. Ni zaman aku kecik-kecik dulu dah wujud dah air sarsi dalam botol ni. 
Masa Encik Beruang Malaya dan Sani pergi amik pulut doyan, aku ternampak seseorang yang agak familiar tengah amik lauk pauk untuk lunch! Hmm, mamat ni pun makan kat sini? Dia lepas solat Jumaat kat Masjid Pakistan jugak kot?

Memang sah pelakon yang berbakat tu! Aku pun suka tengok lakonan brader ni yang cool dan berkesan. Hampir semua watak dia mampu jayakan dengan baik. Tapi orangnya agak low profile la.
ce teka ce teka siapa ni?
Semua orang yang perasan kedatangan pelakon ni, asyik usha dia je. Pelakon ni pulak rilek je, avoiding eye contact dengan crowd dalam MZ tuh. 

Dia dine dengan kawan dia, lelaki. Macam geng yang pergi gym je tengok dari bentuk badan yang tegap dan sasa tu. Beruang Malaya dan Sani pun start la cakap pasal aktor ni. Puji lakonan mantap mamat dalam gambar kat bawah ni. 

Beruang Malaya cuba mengingati line aktor ni dengan watak gangster dalam filem Rempit. Tapi tak ingat dialog tuh. Kononnya nak ajuk mamat tuh la.

Ni la dia, Zul Huzaimi! 
oo, Encik Zul Huzaimi rupanya...
Aku pun ingat nak tegur jugak, tapi takde kesempatan!

Thursday, July 28, 2011

Malaysia 1 Singapura 1 (Singapura Menang Agg 6-4)

Assalamualaikum

Tahniah kepada pasukan Singapura kerana berjaya layak ke pusingan seterusnya untuk kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia. 

Kepada pasukan Harimau Malaya, jangan putus asa. Memang pasukan bolasepak kita telah menunjukkan kebangkitan yang agak memberangsangkan berbanding prestasi beberapa tahun sebelum ini. Dan kita tak perlu malu tewas kepada pihak lawan. Datuk K Rajagopal perlu menyalahkan anak-anak buahnya yang tidak mampu beraksi dengan baik walaupun lebih 80,000 ribu penyokong yang berada di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini adalah penyokong Harimau Malaya.

Pandangan aku yang tak mahir dalam bolasepak ni ialah, Harimau Malaya agak daif di bahagian central midfield dan juga central defense. Gol Singapura tadi pun rasanya satu gol yang agak mudah. Takda Safiq, takda Aidil, hancus. Sebelum aku membebel dan merapu lebih-lebih, aku nak tabik spring pada Khairul Fahmi, S Kunalan, Safee Sali dan Amirul Hadi for their performance tonight. 

Pengadil pun ok cuma bad point on refereeing malam ni ialah kegagalan memberikan masa kecederaan yang lebih panjang untuk permainan malam ni. Kesian jugak pada pemain Singapura yang sangat lembik dan too vulnerable. Singapura memang menang malam ni dengan menggunakan taktik permainan terbaru yang boleh kita dan pasukan-pasukan bolasepak seluruh dunia belajar iaitu taktik 'cedera setiap kali ada body contact dengan opponent'. Kesan kecederaan mereka memang sangat serius sehinggakan terpaksa diusung keluar tetapi secara tiba-tiba boleh bangun dengan cepat untuk masuk semula ke padang setelah diusung keluar. Physio mereka menggunakan ubat atau pain killer yang sangat mujarab. Semoga semua pasukan dalam Liga Malaysia musim depan akan menggunakan juga taktik terbaru ini apabila pasukan Singapura kembali menyertai Liga Malaysia.

Dan, macam yang aku katakan masa pusingan pertama di Stadium Jalan Besar hari tu, pasukan Singapura memang tak akan dapat pergi jauh dalam bolasepak kerana terlampau bergantung kepada pemain-pemain yang terpaksa dibeli. Malam ni sekali lagi kita dapat tengok, penjaring gol Singapura adalah pemain yang terpaksa diimport. Yes, team Singapura kuat, siapa di sebaliknya? 5 pemain import. Begitu juga dengan negara mereka, siapa di belakang tabir mereka? Kita semua tahu kan.

Lagi satu yang mengecewakan ialah pancaran laser yang masih belum dapat dibendung oleh pihak berkuasa. Ini sangat menjatuhkan imej Malaysia. Semoga penyokong-penyokong Malaysia akan jadi lebih profesional pada masa hadapan. Kualiti padang pun memang wajib diperbaiki. Tapi, sekurang-kurangnya stadium Bukit Jalil bukan padang tiruan kan.

Apapun, Harimau Malaya harus terus maju ke hadapan, ambil ikhtibar dari kekalahan ini. Kita tak kalah kepada pasukan yang hebat ok! Harimau Malaya jauh lebih baik daripada Singapura. Tak sabar nak tunggu 2-2 pasukan berjumpa lagi sekali, tak kira la di pertandingan peringkat apa sekalipun ataupun sekadar persahabatan. Masa tu, aku harap, Harimau Malaya ada Aidil Zafuan, Zakuan Adha, Norshahrul Idlan dan  Safiq Rahim dan menentang pasukan campuran Singapura + Dunia. Just bring them on! Without the rest of the world, Singapore football team are nothing. 

Syabas Datuk K Rajagopal! We'll climb one step at a time!

Pasti ada hikmah di sebalik kekalahan ini. Lepas ni jom kita penuhkan stadium macam malam ni untuk sama-sama kita menyokong pasukan bawah 23 tahun pulak untuk kelayakan Sukan Olimpik. Semoga pemain bawah 23 tahun ni akan dapat mempamerkan aksi lebih baik dan bersemangat untuk terus menaikkan nama negara!

(Teringat pulak macamana Israel yang dulunya merempat dan kecik je, sekarang dah kuat dan memang tak sepatutnya wujud kat alam ni...)

World Cup Qualifying; Malaysia Vs Singapore

Assalamualaikum

All the best to Harimau Malaya!

Finish the job and make us proud!!!

(Tak pernah lagi aku betul-betul bersemangat sokong Malaysia macam ni!)

Wishes and verdict from you guys?

Wednesday, July 27, 2011

Speechless Wednesday


Photo source; email forwarded to me! Many thanks to the original owner!

Sunday, July 24, 2011

I Need A Hair Cut

Assalamualaikum

Rambut dah tak terurus. Kena cari barber ASAP. Kira terus potong untuk edisi raya la ni. 

Dekat depan Greenwood tuh dah ada 5 barber shop! Gila banyak! Sekarang favourite aku ialah kedai RM8 yang ada massage tuh! Best! Tapi masa aku sampai situ, diorang dah nak tutup! Baru 2230hrs dah nak tutup? Tolak rezeki tu. 

Terpaksa la aku pergi kedai slow and steady RM9 tuh. Sudahnya, pukul 12 lebih baru settle! Tension je! Dah la lapar... wifey plak kat rumah sensorang! 


Saturday, July 23, 2011

Kenduri Tahlil & Meeting For Eerul's Wedding

Cak!
Assalamualaikum

Hari ni sebenarnya ada 3 events yang patut dihadiri. Satunya, rumah Pakcik kat Banting, lepas tu Sungai Merab rumah arwah Pak Long & Mak Long dan last sekali rumah kawan aku kat Taman Bukit Teratai, Ampang. Hajat di hati nak je pergi ke semua tempat tuh. Tapi sebab kesuntukan masa, maka Banting je la yang sempat pergi sebab tu la yang lebih penting antara ketiga-tiga event hari ni. Frust pulak sebab melepas bubur pulut durian kat rumah Sani! He he...
jangan bicing-bicing tau! Caye nak titon...
Aku bersama wifey dan mak bertolak dari Pajam pukul 1200hrs. Masa lalu depan gerai ayam kampung panggang dan salai tuh, aku nampak gerai tuh dah beroperasi. Dan orang pun ramai la jugak dari jumlah kenderaan yang aku nampak di 'parking' di tepi jalan dan gerai tuh. Hopefully balik karang, sempat la aku singgah dan tapau ayam tuh.
name caye Raisya Rania.. you may call me Rara!
Aku ke Banting ikut jalan Nilai-KLIA-Banting (B20 & B18). Aku sampai rumah pakcik kat Taman Sri Putra, Banting lebih kurang pukul 1315hrs camtu la. Sampai je terus makan. Bacaan Yasin dan tahlil ringkas dah settle dah. Masa kitorang menjamu selera, pakcik pun mulakan meeting dan discussion pasal wedding Eerul dan bakal isterinya, Shazana Binti Mustafa.
Qaseh berminat dengan Rara!
Akad nikah bakal dijalankan di rumah pengantin perempuan di Nilai Impian pada 16 September 2011, jam 2000hrs. Majlis resepsi belah perempuan pulak bakal diadakan di Dewan Seri Siantan, Presint 3, Putrajaya pada 18 September 2011. Majlis resepsi sebelah Eerul juga akan dijalankan di lokasi yang sama pada 1 Oktober 2011. Bezanya, resepsi sebelah lelaki akan diadakan pada waktu malam. Aku jadi penyambut tetamu! Looking forward for that grand event. 

Mak Ngah, Wana & hubby and their daughter, Rara sampai lebih kurang pukul 1500hrs. Sempat la tengok Rara yang baru berusia 33 hari tuh. Lebat gila rambut Rara tuh. Qaseh Medina, anak sedara Cik Ina pun suka dan kagum dengan Rara. Cute jugak si Qaseh ni dengan rambut kerinting serabai.

Aku dan wifey bertolak balik ke Nilai pukul 1545hrs. Mak akan balik ke Pajam dengan Mak Ngah and co. Diorang akan singgah ke Sungai Merab sekejap. Aku sampai Pajam 1630hrs dan nak keluar balik sebab nak beli ayam kampung salai tuh. Aku nampak gerai tuh masih lagi berasap dan orang still ramai. Ada chan la ni...ha ha!

Ayam Kampung Salai/Panggang Di Batang Benar

Lepas solat Asar terus aku dan wifey ke gerai kat bawah ni. Kalau tengok lokasi ni kat google map, macam ada confusion sket. Sebabnya aku rasa jalan dalam google map tuh tak updated la. InsyaAllah aku akan letakkan kat sini latitude dan longitude gerai tuh.
Rezeki aku nak makan ayam tuh still ada. Walaupun dah dekat pukul 1800hrs, ayamnya masih ada lagi. Cuma crowd dah tak seramai tengahari tadi. 
Tapi, elok je aku dan wifey sampai, berderet-deret pulak kereta lain berhenti nak makan dan tapau ayam tuh.  
gerai ni betul2 sebelum traffic light nak ke Kampung Batang Benar
Wifey beli sekor je ayam tuh. Harga seekor ayam tuh, RM15. Ringan je plastik yang bungkus ayam tuh. Mahal betul ayam kampung ni ek? Takpa la, bukan tiap-tiap hari pun nak beli ye tak? 
ni la ghoper ayam kampung panggang/salai itu
Selain dari ayam, itik pun ada jugak dijual kat gerai ni. Nasi ayam, air kelapa, air tebu pun ada jugak! Wifey tapau air kelapa jugak.  
ni pulak saje je dengki nak close up sket kasi kawan-kawan blogger aku kat perantauan meleleh air liuq! he he he
Lepas tu kitorang balik la ke rumah. Tapi singgah sekejap kat kedai tomyam nearby our house to order something for Mak Ngah and co yang akan datang ke rumah kejap lagi. Wifey order mee-hoon untuk 6 orang. Janji pukul 2000hrs nanti gi amik. 

Sampai rumah, sempat la pegang dan gosok-gosok dan belai-belai si Katy Perry yang selama ni aku asyik tengok je. Gebu betul bulu minah tuh. Dalam telinga pun bersih dan pink. Hidung pun basah jerk. Katy Perry ni kucing jiran depan rumah aku yer. Bukan manusia. 

Jiran number 700, Encik Azlan, bakal masuk tak lama lagi. Dia pun kerja dengan MAS, tapi base kat KLIA. Mungkin dia kenal Kitam kot. Aku sempat borak kejap dengan dia tadi. 

Lepas tu, aku masuk rumah dengan semangat berkobar-kobar sebab nak tengok bola kelayakan Piala Dunia zon Asia pusingan ke 2 antara pasukan Malaysia menentang Singapura di Stadium Jalan Besar, Singapura. All the best Harimau Malaya!

Lokasi gerai Ayam Kampung Salai/Panggang;

N 2.84262, E 101.82792

Tips tambahan, kalau plan nak makan kat gerai ni, dinasihatkan, jangan la pakai baju tebal-tebal macam nak gi tengok wayang or macam nak travel during winter sebab kedudukan gerai ni di kawasan yang takde pokok dan beratapkan zink. Maka, panas le sket. Tapi ada la kipas letrik yang diorang pasang, tapi tak mencukupi.

Singapore 5 Malaysia 3

Salah satu sebab Malaysia kalah selain daripada performance player kita sendiri yang teruk ialah, kemungkinan besar sebab tak solat Maghrib kot? Pandai 'diorang' buat timing game ni kan?

Malaysia started the game very well. Goal came in barely 1 minute into the game. Safee Sali jadi hero dan bakar semangat pemain-pemain Malaysia yang lain. Senyap penyokong Singapura. Minit ke 8, Singapore menyamakan kedudukan. Lepas tuh, macam biasa, Malaysia dah tak main bola dah. By the end of first half, Malaysia trailed by 4-1. Masa ni aku rasa, it's totally game over for Harimau Malaya.

Second half pulak, Safiq Rahim, our captain kena straight red card on a silly tackle. Nasib baik Singapore pun kena reduced to 10 men a few minutes later for a second bookable offences by their defender. 

Abdul Hadi Yahya dan Safee Sali sekali lagi membakar semangat dan menghidupkan peluang Malaysia setelah berjaya menjaringkan 2 gol lagi untuk menjadikan kedudukan 4-3. Tapi kesilapan yang sama yang pemain Malaysia lakukan memberikan Singapore kelebihan 2 gol untuk diorang menang 1st leg 5-3.

Malaysia masih berpeluang untuk mara ke pusingan seterusnya dengan syarat...
  • tak bolos sebarang gol di KL nanti dan menang sekurang-kurangnya 2-0
  • goal keeper, defender dan midfield tak main macam malam ni
  • Amirul Hadi, S Chanturu Kunalan dan Norshahrul Idlan Talaha main kat posisi favourite diorang
  • Safee Sali bergandingan dengan Abdul Hadi Yahya 
  • main sebagai satu pasukan dan main untuk negara
  • stamina yang tinggi
Apa-apa pun, satu pengalaman untuk Malaysia bermain di atas padang rumput tiruan. Tengok la macamana jadinya bila game kat padang rumpur/pasir di Bukit Jalil nanti. Dan jugak, mintak maaf banyak-banyak sebab, Singapura takkan ke mana dalam bolasepak sekiranya terpaksa memerlukan khidmat pemain import untuk menjaringkan kelima-lima gol diorang tuh.

Tunggu je la apa jadi 28hb Julai nanti. Semoga pemain-pemain Malaysia cepat berubah demi kejayaan dan maruah bolasepak negara! Bukan sebab mengejar pangkat Datuk dan habuan wang ringgit! All the best! Hope to see Bukit Jalil Stadium full to the max with Malaysian supporters!

Saturday, July 16, 2011

Pasar Pasir Penambang, Kuala Selangor

Assalamualaikum

Ni sambungan dari posting journey balik dari Manjung tu la. Bila tengok jam dah pukul 1700hrs masa minum air kelapa muda tuh, mula la gelabah nak gerak ke Kuala Selangor secepat mungkin takut tak sempat nak shopping fresh seafood tuh. Semua drive laju semacam je. Aku yang kat belakang sekali ni pun terpaksa melajukan diri jugak to catch up dengan Pakcik Sabri.

Aku yang baru first time nak shopping kat Pasar Pasir Penambang tuh baru tahu yang pasar ni beroperasi jugak sampai ke lewat petang! Aku ingatkan pagi je diorang berniaga macam pasar-pasar basah yang biasa. Menurut Pakcik Sabri, kemungkinan besar hasil tangkapan nelayan baru saja dinaikkan ke pasar sekitar pukul 1500hrs. Jadi, kalau teori ini betul, maknanya ikan-ikan tuh semua memang sangat fresh la kan? Takpe, nanti kita beli ok?

Masa dah dekat nak masuk area Kuala Selangor, tetiba je Pakcik Sabri bagi signal ke bahu jalan. Aku pun ikut la berhenti jugak. Masa ni dah pukul 1820hrs!
akhirnya, terjumpa jugak dengan encik mentarang
Gambar kat atas ni la yang buatkan kitorang semua berhenti. Ha... ni la mentarang. Sejenis hidupan laut yang ada hubungan kekeluargaan dengan kerang, lala, siput, pepahat dan sewaktu dengannya. Gerai yang kitorang berhenti ni ialah gerai jual mentarang yang pertama yang kitorang nampak ada hasil tangkapan. Agaknya Pakcik Sabri takmo amik risiko cari gerai lain kot. Kalau dah terlepas gerai yang first ni, buatnya gerai-gerai lain pun takde mentarang, jadi kerja pulak nak kena pusing balik. 

Mentarang tuh dijual dengan harga RM10 sekilo. Tak pasti la murah ke mahal. Tapi dari segi size dan isinya yang nak terkeluar dari cengkerang dia tuh, aku rasa sangat berbaloi aku beli 3 kilo! Pakcik Sabri beli 2 kilo! Dari 3 kilo tuh, bukannya aku rembat semua sekali. 2 kilo je untuk aku, lagi sekilo tuh untuk mak bawak balik ke Pajam.


ni la Pasar Pasir Penambang kat Kuala Selangor tuh
Lepas selesai mementarangkan diri, kitorang sambung balik trip ke pasar tuh. Dah dekat dah kata Pakcik Sabri. Bajet nak kena sampai sebelum pukul 1900hrs, takut ikan-ikan dah kurang segar. 

Kitorang sampai kat pasar tuh pukul 1845hrs. Orang memang dah tak ramai dah. Tapi ikan-ikan still ada. Peniaga dah ada yang mula basuh-basuh tempat letak ikan tuh. Kira timing ok jugak la ni. Hmm, dah sampai depan mata, apa lagi, mula la operasi merembat seafood.
ice box ni RM7 untuk yang besar, RM6 untuk yang kecik
Pakcik Sabri memang dah prepare bawak icebox coleman dia tuh, memang dah plan nak singgah ke pasar. Aku terpaksa la gi beli icebox untuk isi mentarang dan ikan-ikan tu nanti. Icebox memang ada dijual kat pasar ni. Jangan risau yer. Yang besar dijual RM7, yang kecik dijual RM6.

Mula-mula aku beli icebox yang besar. Dah isi-isi mentarang dalam tuh, sekali wifey suruh aku belikan satu kotak kecik untuk mak, sebab mak nak bawak balik Pajam, takde icebox. Nasib baik bonet boleh muat 2 iceboxes tuh di samping beg Pakcik Mat dan barang-barang kitorang yang lain. 

Akhirnya, dah selesai shopping. Check balik mana pergi duit aku... ha ha
  • mentarang RM30 (RM10/kg)
  • udang brand apa ntah RM58 (RM42/kg)
  • sotong RM12/kg
  • cencaru RM14
  • gelama & selar RM16 (selar RM16/kg)
Puas hati! Kitorang tak sempat nak beli ketam sebab rushing nak balik! Kerang tak beli sebab dah ada mentarang!

mentarang; RM10 sekilo, selepas dicuci bersih
Kitorang singgah kat masjid di Ijok untuk solat. Walaupun excited shopping seafood ni, tapi aku sedih jugak sebab masuk je waktu maghrib, menandakan buku amalan kita sepanjang setahun yang lepas diangkat naik ke langit, dan digantikan dengan buku amalan yang baru. Semoga, buku amalan yang baru ini lebih elok dan gemilang isinya, InsyaAllah.
nah kau... bapak besar punya mentarang
Selesai urusan di masjid, kitorang sambung balik perjalanan pulang ke KL. Kali ni, Pakcik Sabri bawak kitorang melalui LATAR (KL-Kuala Selangor Expressway). LATAR ni belum siap sepenuhnya. Plaza tol ada tapi belum berkuatkuasa. So, bila lagi nak guna secara free kan? 

Memang gelap gelita la hiway ni. Nasib baik la banyak jugak kenderaan yang gunakan LATAR ni. Aku tak tahu bila plaza tol akan mula beroperasi. Sila check website LATAR ye.
sessi skype dengan orang California; in between masak seafood
Kitorang sampai rumah lebih kurang pukul 2200hrs. Angkut semua hasil tangkapan, sumbat dalam fridge. Wifey terus menjalankan operasi memasak sebab nak rasa ke'fresh'an seafood tu punya pasal. Nasi tak masak dah, sebab nak meratah lauk pauk jer.
tunggu....
Mentarang tuh aku tak tau masak apa, tapi sket lebih kurang macam masak lala yang ada kuah cair-cair tuh. Dah la size sekor-sekor mentarang ni besar, gasak la nak ngabihkan 1 kilo malam ni. Sebelum masak tuh, kena la basuh betul-betul mentarang tuh sebab banyak lumpur terkumpul kat cengkerang dia. 
siap untuk di ngap!
Pastu wifey goreng udang besar tuh. Geram dan tak sabar je aku tengok udang tuh dalam kuali. Sure manis-manis je rasanya ni.

Tengah syok wifey menggoreng udang tuh, Apai called handphone aku dari Folsom, CA. Aku jawab dan ajak dia on Skype. Excited betul ber'skype' sebab wifey nak buat pesanan penaja dengan orang kat US tuh. Tapi takde la lama sangat sebab tengah masak.
Udang; RM42 sekilo
Dah settle udang, wifey bakar ikan cencaru dan ikan selar pulak sekor. Masa ni aku dah kat depan tv mengadap mentarang. Tu yang takde gambar ikan cencaru dan selar tuh. 
masuk kuali dulu yer...
Bila semua dah siap, baru la wifey joined aku makan. Memang puas hati la meratah seafood ni. Tapi risau jugak kot-kot kandungan asid urik yang tinggi dalam seafood ni boleh menyebabkan gout. Kena la beringat jugak kan. Kena minum banyak air suam campur hirisan lemon pulak lepas ni untuk stabilkan balik kandungan asid dalam badan.

Kitorang sambung balik skyping dengan Tort & Apai di Folsom. Saje je halakan camera biar nampak mentarang, udang dan ikan-ikan tuh. Dengki betul...he he he.
siap untuk dibelasah
Dekat pukul 0100hrs baru settled semua lauk-pauk tuh. Memang tidur kekenyangan malam ni. Lepas ni boleh la buat trip ke Kuala Selangor lagi sebab dah tahu lokasi pasar tuh.  

Selamat Pengantin Baru; Saiful & Nadilah

Assalamualaikum

Hari ni, aku, wifey dan mak pergi ke Seri Manjung, Perak untuk meraikan majlis perkahwinan anak Cik Kiah. Anak Cik Kiah tu pompuan la. Cik Kiah takda anak lelaki. 
Kitorang bertolak dari KL pukul 1002hrs. Nak jimatkan duit, aku pilih untuk lalu jalan lama Kuala Selangor, di samping memasang angan-angan nak shopping fresh seafood kat pasar Pasir Penambang. Mulanya aku ingat pasar ni beroperasi waktu pagi sampai tengahari je. Tetapi, petang pun diorang berniaga jugak, sebab hasil tangkapan nelayan yang keluar awal-awal pagi dibawa naik pada sebelah petang. Hopefully hajat aku nak memborong seafood akan tercapai hari ni.

Aku sampai area Kuala Selangor ni dalam pukul 1115hrs. Kiranya tak la lama sangat perjalanan dari rumah aku untuk ke Pasir Penambang ni. Dan ada jugak la plan aku nak ke Kampung Kuantan untuk skodeng fireflies satu hari nanti.
Aku sampai di rumah pengantin lelaki tu dalam pukul 1330. Sampai-sampai je terus makan dekat meja yang dikhaskan untuk sedara-mara. 
anak Pakcik Sabri yang special; Umairah
Habis makan dan desert, collect door-gift banyak gila. Lepas tu, semua kaum kerabat Cik Kiah termasuk kitorang balik ke homestay yang keluarga pengantin lelaki sediakan untuk keluarga pengantin perempuan. Lokasi homestay tuh tak sampai 5 minit je drive dari rumah pengantin lelaki tu. 
Homestay ni ada 4 bilik tidur, 2 aircond, memang berbaloi untuk bawak 2-3 family
Menarik jugak rumah yang dijadikan homestay ni. Kalau sesiapa yang ada kenduri kendara kat area Lumut dan Manjung ni, boleh la cuba menginap di sini. Ada 4 bilik tidur, 2 bilik air dan ada 2 aircond kalau tak silap aku. Sesuai untuk penginapan 2 atau 3 keluarga. Kadar semalam ialah RM200 lebih. Aku tak tahu exact rate sebab bukan aku yang tempah. Aku tumpang berehat dan solat jer. 
berminat? sila hubungi tuan rumah ni
Dekat pukul 1600hrs camtu, baru la kitorang bergerak balik ke KL; banyak agenda lain on the way balik nanti. Masa datang pagi tadi, satu kereta je. Balik KL dah 3 kereta pulak. Pakcik Sabri dan keluarga serta Tok Chik dan keluarganya.

Sempat la kitorang berhenti tepi jalan minum air kelapa dan makan cekodok serta karipap sebagai alas perut untuk perjalanan balik ni. Lupa pulak nak amik gambar warung air kelapa tuh. Isi buah kelapa tuh memang lemak dan gebu. Best! Next time boleh singgah lagi kat warung ni.

Friday, July 15, 2011

HTC Wildfire & Wildfire S Price

Assalamualaikum

Petang tadi office-mate aku dah nekad nak gi survey (dan sambar) Samsung Galaxy S II kat Plaza Low Yat. Aku pun meng'offer'kan diri aku untuk temankan dia. Encik Jeffry pun sebagai gadget consultant pun join sekali untuk tunjuk store yang menawarkan harga yang berbaloi. 

Booth tu kat tingkat 2, aku tak ingat sangat apa nama booth tuh. 

Kawan aku tanya pasal hand phone Samsung tuh. Amoi tuh cakap, dia boleh bagi RM2,030.00 untuk belian tunai. Tapi, sebab masa tu dia tak bawak cash, maka swipe la credit card. Tapi bila dah swipe, ada la credit card charges kan. Dah jadi RM2,070.00. Phone tuh original warranty from Samsung, bukan AP set. Maka puas la hati kawan aku tuh dengan gadget barunya tu. Encik Jeffry terpaksa berundur lebih awal sebab nak pick up wife dia. Kebetulan cuaca pulak tak berapa elok. 

Sementara menunggu amoi tuh siapkan phone kawan aku tuh dalam masa 30 minutes, kitorang pergi makan roti canai dan pekena teh tarik dulu kat satu restoren tepi jalan di celah-celah bangunan tuh. Thank you bro for the treat. Best jugak lepak situ time hujan-hujan ni. Pukul 1840hrs camtu, kitorang masuk Low Yat semula untuk ambik phone tuh.

Aku sempat la usha HTC Wildfire tuh. Amoi tuh cakap, HTC Wildfire dia jual RM700. HTC Wildfire S RM1,000. Sabar je la. Nasib baik booth tuh tak display Desire HD, Incredible S dan jugak Sensation. On the way nak naik ke level 2 ni, memang dah nampak Salsa. Cantik jugak! Tapi HTC Salsa (touch-screen) dan Cha Cha (qwerty key-pad) ni direka untuk Facebook fanatic; sebab HTC design satu button special untuk phone user share any event directly to Facebook account. 

Lambat lagi la aku nak merasa pakai HTC ni. Ohh, lupa pulak, amoi kedai phone tuh cakap, semua Android phone guna Papago as their navigation assistance device. Garmin for Symbian. TomTom aku tak sure. 

Thursday, July 14, 2011

Once In A Red Moon

Assalamualaikum

Whoaaah? Am i changing colours? Pehal ni? Mimpi apa ni? Kau biar betul... tetiba je bertukar???
pejadahnya Gerrard dengan Miereles buat kat sini? Gerrard kan tak datang?

replica je la...
Sebenarnya macam ni, sempena kedatangan LFC ke Malaysia ni, Standard Chartered Bank buat la event kat Pavillion ni khas untuk penyokong-penyokong LFC. Lebih kurang macam membawa Anfield ke Pavillion la ni. Aku noticed ada iklan pasal ni kat The Sun hari Isnin hari tuh. And the event went on for the whole week sampai la esok.

Chester dan Inderjit, office mate aku yang dah jenguk booth LFC kat Pavillion tuh cakap, if you want a signed LFC poster and car sticker, you kena la pergi ke booth kat concourse tuh, bagi IC, phone number dan email address. Macam register jadi penyokong la ni kot!
model bilik persalinan kat Anfield
Oleh kerana adik iparku si bakal 'gold-driver' tuh peminat mati keras LFC, dan dia tak berkesempatan untuk turun ke Pavillion ni atas urusan kerja, maka, aku pun berlakon dengan jayanya menjadi penyokong LFC jugak. 

1730hrs je, aku keluar dari office dan cross jalan ke Pavillion. Lanyard MUFC Stadium & Museum Tour kat leher aku tuh, aku simpan leklok dalam poket. Kang ada pulak kena halau dan kena belasah kat Pavillion nanti. Ha ha ha...
suasana kat concourse Pavillion petang tadi

Adam C; host yang glamour tuh. The Uncle behind him was the winner of the signed LFC jersey competition
Sampai kat concourse tuh, aku pun mencemarkan diri, pergi kat registration counter, que, kasi IC and other details. Maka, dapat la aku 2 benda yang kawan-kawan aku cakap tuh. Tapi tak tahu la pulak registration tadi untuk apa kan? Do i stand a chance to win any lucky draw or something? Hopefully ada la kan.

nah kau, bagak gila jersey Liverpool tuh kat Pavillion
Aku lepak la kat concourse tuh sampai pukul 1835hrs camtu la. Try mintak LFC cap dari registration counter tadi, tapi agak menghampehkan. Memang la tak dapat. Aku saje je cuba mintak walaupun dah tahu sure tak dapat punya. 

Pasni kita tunggu la game antara LFC dengan Malaysia hari Sabtu ni. Hopefully Malaysia boleh main dengan lebih baik berbanding ketika lawan Arsenal. 
ni la yang aku nak gi amik tuh! NOT FOR ME OKAY, but for my brother in law !!!

Gambar Sekitar CUCI Yang Tak Disiarkan Di Media

Assalamualaikum

Ni gambar-gambar yang aku dapat dari email yang kawan aku forward. Lawak betul!!!

Credit to the original owners ataupun sesiapa yang buat gambar ni nampak real! Kreatif betul... ha ha ha!
 
macam geng Decepticons jer?

Bumblebee pun pakai kaler kuning?

Tuesday, July 12, 2011

Jerebu

Assalamualaikum

Takde keje, dan takde idea nak post apa. Cuma view suasana berjerebu dari tingkap office...marilah sama-sama kita buat pembakaran terbuka!
@ 1030hrs

@1131hrs

@1620hrs

Friday, July 8, 2011

Kisah Tempe (From Email Received)

Assalamualaikum
Sempena hari Jumaat yang mulia ini, aku nak share email yang aku dapat dari kroni-kroni aku untuk bacaan kawan-kawan semua. Semoga dapat pengikhtibaran, Amin.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun
mengangkat kedua tangannya sambil berdoa ,
"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. 

Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".

Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilahsatu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma
duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,
"Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya
"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi.. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.

Thursday, July 7, 2011

Mana Nak Cari Ikan Laut Segar Kat Area Nilai?

Assalamualaikum

Tu je yang aku nak tanya.

Tinggalkan jawapan atau cadangan anda diruangan komen ye! 

Terima kasih banyak-banyak!

Update sket,

  • Pasar Nilai 3
  • Pasar pagi kat Beranang 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...