Kelly 3572

Tuesday, June 7, 2011

Semoga Segalanya Berjalan Lancar

Assalamualaikum

Sekarang ni, sorang staff tempat keje aku tengah berjuang antara hidup dan mati dekat wad ICU HKL. Bergantung kepada life support machine, kalau menurut kawan-kawan yang dah pergi ziarah masa lunch tadi. Masih lagi boleh mengenal kawan-kawan yang datang menziarah. Dan sempat dia memohon kemaafan dari mereka yang hadir. Semoga Allah memberikan apa-apa sahaja yang terbaik untuk Kak Suriza. Saya pun mendoakan segala yang terbaik untuk Kak Su. 

Kita yang sihat ni, tahu ke bila kita akan dijemput? Dah cukup ke amalan selama ini? Buatnya kejap-kejap lagi Allah dah panggil kita balik, apa bekal kita? Ada ke bekalnya? 

Segala yang baik itu datangnya dari Allah, segala kekurangan itu datangnya dari saya sendiri. Sama-sama la kita mendoakan kebaikan untuk kawan saya ni. InsyaAllah.


6 comments:

meowwmania said...

insya'Allah, amin...

Mijoe said...

thanks MM!

Ninie Hanis said...

semoga kak suriza sembuh dan sihat kembali.dia sakit apa?

Mijoe said...

Salam Ninie

Lung cancer. Peluang tu nampak amat tipis. Kalau tak silap, paru-paru dia dah teruk jugak kot. Sama-sama la kita doakan yang terbaik untuk beliau!

serius terasa nak keluar air mata ni, ni belum gi tengok lagi kat HKL lagi ni...

BUNGA said...

sedihnya.. lagi2 bila dia dah mintak maaf tu..
apapun saya doakan semoga dia beroleh kesembuhan.. Allah maha berkuasa.. InsyaAllah..

Mijoe said...

tu la Munge. Hubbynye pun baru balik dari outstation secara tergesa2...

planned nak pergi ziarah lunch time esok. Semoga dia dipanjangkan umur. Amin.

thanks Munge for the doa! May Allah bless you and family too in return. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...