Kelly 3572

Wednesday, June 15, 2011

Semenanjung Malaysia Pun Bergegar?

Asssalamualaikum

Semalam kecoh sekitar Lembah Kelang dan sebahagian besar pantai barat semenanjung bila gempa bumi yang melanda kepulauan Sumatera turut dirasai di beberapa tempat, terutama mereka yang bekerja di bangunan-bangunan tinggi. Nak tahu pasal earthquake dan sedara mara dia, click sini!

Ikut laporan akhbar, 2 gempa bumi tuh berukuran 5.5 dan 5.6 pada skala Richter dan berlaku pada jam 0820 hrs dan 1100hrs. Ramai la yang kelam-kabut mengosongkan bangunan pejabat masing-masing. Alhamdulillah, tiada kerosakan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Mungkin orang nampak perkara ni sebagai fenomena bencana alam. Tapi, sebagai orang Islam, ni merupakan satu lagi tanda keagungan Allah, dan pada masa yang sama, PERINGATAN besar, mungkin jugak salah satu daripada amaran akhir kepada mereka yang lalai dan memperlekehkan tuntutan agama dalam kehidupan mereka.

Nak melalut sikit ni...

Banyak bencana alam yang berlaku sekarang ni rasanya akibat dari kerja tangan-tangan manusia jugak. Maksud saya kat sini ialah, manusia terlampau rakus dalam mengejar kekayaan dunia sehinggakan kebajikan ke atas tanah dan muka bumi ni diabaikan. Kalau dulu ada bukit bukau yang hijau, sekarang dah jadi bukit bukau yang botak, ataupun, hilang terus bukit tuh. Tebang pokok sana sini sebab nak buat pembangunan, tapi takde pulak nak buat penanaman semula secara intensif. Kalau tengok kat KL ni pun cukup la, berapa banyak condo yang diorang nak buat? berapa banyak shopping mall lagi diorang nak buat?

Itu belum lagi amik kira pasal penggunaan bahan-bahan kimia dalam kehidupan harian manusia yang secara tak langsung memberi kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia itu sendiri. KL dan kawasan sekitarnya ni pulak, kaya dengan tong sampah, maksud saya di sini ialah, sampah boleh dibuang di mana-mana sahaja yang kita suka. Bukannya DBKL ada kat  mana-mana untuk saman pembuang sampah tu pun! Sambil naik motor dan dari dalam kereta yang tengah bergerak pun boleh je kita campak sampah ke  atas jalan.  Kesian jugak dengan pekerja pembersihan, takkan nak harapkan diorang je. Sampai ke dalam sungai pun penuh dengan sampah, dan ada masa-masanya, bukan takat sampah je kat dalam sungai, bangkai haiwan, mayat manusia pun ada selain dari rangka-rangka motosikal curi.

Nak kaitkan lagi dengan masalah sosial manusia zaman sekarang ni pulak. Dah la rakyat Malaysia yang bermasalah sosial pun ramai, import pulak lagi rakyat-rakyat luar yang konon datang nak belajar, kalau betul datang nak belajar takpe la jugak kan? Pastu kalau datang secara legal tu takpe la, ni datang secara illegal. Dah datang ke tempat orang, buat sampah, buat kes jenayah. Tak boleh nak harapkan PDRM monitor semua benda-benda macam ni sepanjang masa.

Minggu lepas saya ada terbaca dalam NST pasal pergaduhan 2 kumpulan pekerja asing kat buah kilang di Nilai. Tak kisah la bergaduh pasal apa pun, yang saya nak highlight kat sini ialah, jumlah pekerja kilang tersebut ialah seramai 3,000 orang. Kumpulan yang bergaduh tuh terdiri dari 1,400 pekerja warga Bangladesh dengan 1,740 orang pekerja warga Vietnam! Kalau dicampur 2 kumpulan pekerja tuh, tak ke dah melebihi dari 3,000 orang kan? Mana warga negara Malaysia ye? Dalam penjara ke? Pusat pemulihan ke? Menganggur? Merempit? Meragut? Menagih dadah? Itu baru satu kilang, kat Malaysia ni ada berapa ribu kilang? Cuba la bayangkan betapa ramainya warga asing kat Malaysia ni.

Ya, kilang amik pekerja warga asing sebab boleh bayar diorang upah yang murah kalau nak dibandingkan dengan mengupah pekerja warga tempatan! Salah warga tempatan sebab terlalu memilih pekerjaan. Akhirnya, duit ringgit yang sepatutnya untuk orang Malaysia dah berjuta-juta mengalir keluar, dan warga asing yang dapat manafaatnya. Harap-harap kerajaan dapat berbuat sesuatu la sebelum segalanya jadi bertambah buruk dari yang sedia ada sekarang ni.

Apa lagi? Rasuah? Jangan cakap la, merata-rata. Buang bayi? Hmm, bukan buang dah sekarang ni, campak ataupun hempas bayi! Solat? Hmm, sendiri mau ingat la. 5 waktu setiap hari, bukan 5 hari sekali! Kalau orang meniaga makan ataupun tukang-tukang masak kat cafetaria dan kantin tak solat, lepas tu kita pulak pergi makan hasil masakan diorang tu, hmm, macamana ek? Berkat ke tak? Tu belum kira halal haram bahan yang dimasak ataupun amik  kira kalau tukang masak lelaki pakai rantai, anting-anting, gelang atau barangan emas lagi. MasyaAllah, banyak betul dugaan akhir zaman ni!

Masjid? Masjid banyak kat Malaysia ni, cuma kosong jer...ha ha ha! Masjid ni sebagai simbol je untuk Malaysia ni sebagai negara yang agama rasminya Islam. Agama je la Islam, cara hidup? Islam ke? Yahudi dan Zionis tak jeling pun kat Malaysia kalau kita kutuk diorang, protes macam-macam bila diorang bantai Palestin sebab diorang tahu orang Malaysia ni, nama je Islam, tapi, time Azan berkumandang, ramai ke orang Islam kat Malaysia ni berlari pergi masjid sebab nak solat dengan takbir yang pertama bersama Imam. Kat pasar malam ramai la orang Islam masa azan Maghrib! Macamana la Zionis nak takut dengan Malaysia dan orang Islam khasnya kan? Diorang tak heran, sebab agenda dia nak merosakkan orang Islam serosak-rosaknya pun dah semakin berjaya. Diorang bangga sekarang sebab ramai orang Islam lebih suka kepada perkara-perkara yang melalaikan daripada membuat amal ibadah. Diorang suka sebab ramai orang Islam sekarang lebih kerap mengadap laman-laman sosial internet berjam-jam sehari daripada membuka dan membaca kitab suci Al-Quran walaupun sepatah ayat. Diorang suka sebab orang Islam lebih ramai kat panggung wayang, konsert, stadium bila azan bergema. Kalau pergi masjid pun, seminggu sekali untuk solat jumaat, setahun 2 kali untuk solat sunat hariraya, itupun kalau pergi! Kalau tak pergi langsung camna? Tunggu je la bala Allah yang lebih dahsyat lagi! Nauzubillah.

Bala Allah bila dah turun, tak mengenal siapa dah. Baik camna sekalipun kita, tetap kena tempiasnya.

  • kurangkan warga asing  (kerajaan)
  • laksanakan undang-undang dengan lebih tegas dan adil, kalau betul Islam, laksanakan Hudud!
  • jadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hujung minggu (kerajaan)
  • galakkan orang Islam ke masjid untuk setiap kali solat fardu (kerajaan, majikan dan ketua keluarga)
  • banteras judi, pelacuran, dadah dan rempit habis-habisan (kerajaan, pihak berkuasa)

Pesanan ni saya tujukan untuk diri saya sendiri dan jugak sesiapa yang terbaca bebelan ni. Segala yang baik itu datangnya dari Allah, segala cacat cela dan kekurangan itu tentulah dari saya. Semoga ada yang mendapat faedah dan pengikhtibaran dari bebelan saya ini, InsyaAllah. Amin.

5 comments:

aby said...

setuju ..
peringatan allah swt utk mereka yg lupa ..
allah mampu membuat apa yg tk terlintas difikiran manusia ...
Kun fa ya Kun ...

Mijoe said...

ye bang.

semoga kita dan seluruh kaum muslimin diberi kesedaran untuk lebih banyak beramal sebelum terlambat.. Amin!

Farahliza Isa said...

dunia dh nak kiamat...tu semua tanda2, yg kecik..yg besar pun dh ader...byk2 kan la amalan yg baik

Mijoe said...

betul tuh Farah!

sama-sama la kita ingat mengingati kawan-kawan kita ok!

semoga kita tak tergolong dalam kalangan org2 yang lalai, InsyaAllah!

MiJa said...

huhu.. takutt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...