Sunday, June 12, 2011

Selamat Pengantin Baru Mohd Fairuz Abu Samah & Hanisah Amran

Assalamualaikum

Selamat pengantin baru kepada Papa Yuz dan Auntie Caca (kata Aiman!).

Majlis resepsi sebelah pengantin lelaki diadakan di dewan Pulapol, Jalan Semarak.

Wifey, Mak dan Nana pergi ke kenduri tuh lebih awal sebab ada tugas-tugas khas yang perlu dibuat. Looking after Upin, Ipin dan Apin.( quoting Cik Mun la ni )
aku pun tak sempat nak bergambar dengan pengantin!!!
Aku ke Gombak untuk amik Fama dan bawak diorang ke kenduri tu. Dekat pukul 2pm jugak la aku dan Fama sampai ke situ. Orang pun dah tak ramai sangat. Lokasi ni sangat startegik la sebab tempat ni ramai orang tahu dan tempat parking kenderaan yang banyak. 

Sampai je, terus makan. Punya la kelam-kabut sampai lupa nak amik gambar Upin, Ipin dan Apin. 

Dekat pukul 3pm, aku hantar Fama balik. Lepas tuh aku balik rumah sebab nak kemas-kemas sket, orang Bangi dan Seremban nak singgah solat dan lepak-lepak. Bukan senang nak dapat tetamu neh. 

Diorang semua sampai dekat pukul 4pm. Lepak sampai lepas Maghrib. Mak, Nana dan wifey pun keluar lepas Maghrib untuk ke Maxis KLCC to settle pending matters.

Kepada Papa Yuz dan Auntie Caca, semoga berbahagia ke anak cucu, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dan diberkati Allah ikatan perkahwinan ini. Amin!

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...