Kelly 3572

Thursday, June 9, 2011

Sad & Speechless

Assalamualaikum

Pagi tadi masa sampai kat lif lobby, Rahim bitau aku yang Kak Su (Suriza Mat Amin) dah kembali ke rahmatullah tengah malam tadi di Hospital Kuala Lumpur (+/- 0010hrs). Al-Fatihah.

Terkilan gila aku sebab aku dah planned semalam nak pergi ziarah lunch time hari ni. 

Tamatlah penderitaan arwah. Semoga arwah tenang di sana, diampunkan Allah segala dosa-dosa, diterima segala amalan, dan syurga firdaus sebagai destinasi terakhir arwah, InsyaAllah, Amin.

Kepada kawan-kawan yang mendoakan arwah walaupun tak mengenali beliau, terima kasih saya ucapkan, Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Amin.

FYI, arwah menderita penyakit barah paru-paru. Jenazah beliau dibawa pulang ke Rawang. Ramai office-mate aku yang ke Rawang pagi ni. Jarak yang agak jauh dan tanggungjawab terhadap kerja tak mengizinkan aku untuk menziarah jenazah arwah. Sedihnya.

Semoga kita yang masih hidup ni menggunakan kesempatan yang Allah berikan ni untuk lebih banyak beramal kepadanya dan mengurangkan segala pekerjaan yang sia-sia serta tak mendatangkan faedah. 

DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali...

7 comments:

Ninie Hanis said...

Innalillah... baru je doakan dia hari tu.semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah.Al-fatihah utk allahyarhamah.

Mijoe said...

thank you Ninie for the doa!

Allah lebih sayangkan dia. Alhamdulillah, dengan dugaan macam tu, den rasa dia dah cukup bersedia dan sangat tabah untuk kembali mengadap yang Maha Esa kan?

jaga kesihatan u n Encik Zaid k!

anak merdeka said...

innalillah....semoga rohnya dicucuri rahmat n ditempatkan bersama sama para syuhada...takziah kepada keluarga beliau.. Al-Fatihah

aby said...

innalillahi wainnailaihirojiun ..
semoga roh arwah diletakan bersama org yg soleh.
al fathithah

Mijoe said...

@Fiq & Aby

terima kasih banyak2 atas doa dari kalian! Semoga Allah membalas jasa baik anda berdua.. Amin!

Dwen Ihsan said...

Al-Fatihah..

takziah tuk keluarga beliau

Mijoe said...

@Dwen

lama betul dia keje dengan SNC tuh kan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...