Kelly 3572

Saturday, June 25, 2011

Sabtu Yang Padat Dan Penat

Assalamualaikum

Setelah beberapa bulan bersauna, hari ni, wife dah nekad. Jom kita beli aircond! Aku, jom aje le...

Dush ke Bandar Baru Nilai lepas Zuhur. Survey 2 kedai je. Tanya kat Seng Heng, diorang cuma boleh install on Monday, sedangkan kitorang nak suruh pasang sekarang jugak! Terus deal dengan kedai letrik biasa kat sebelah KFC tu. Apa nama ntah kedai tuh, lupa dah.

Wifey amik yang 1.5hp memandangkan kawasan yang nak disejukkan tuh agak luas. Panasonic with inverter. 5 years warranty. 
tebuk jangan tak tebuk
Tokey tuh cakap, dalam pukul 1630hrs camtu la diorang akan datang pasang. Aku dan wifey gi Giant dan Tesco, pastu terus balik rumah. Diorang tak sampai lagi. Masa tuh dah dekat kul 1700hrs. Tengah aku solat Asar, diorang sampai.

Maka bising la area rumah kitorang ni untuk masa 1 jam lepas tu. 
1.5hp with inverter
Dekat pukul 1900hrs baru settled installation. Kelam kabut pulak aku mengemas dan sapu lantai bilik yang berdebu tuh. Aircond tuh kena pasang untuk sekurang-kurangnya setengah jam, nak pasang lama pun takpa. 

Sedara-mara pun dah mula sampai. Fama, Abang Amir and family kecuali Makcik sampai masa azan Maghrib. Lepas mandi dan bersiap, terus berjemaah Maghrib beramai-ramai.
dah settle, no more sauna
Lepas Maghrib, start baca Surah Yasin, dan tahlil ringkas diketuai oleh Raimi, my brother in-law. Then proceed with Isyak prayer. Lepas Isyak, Yip called tanya direction. Unfortunately dia datang sorang je sebab sedara mara Zura baru sampai dari Terengganu masa tu. Tak larat kot diorang nak join sebab baru je sampai KL. Tak pe la, next time, sila la datang ok!
makan apa tuh?
Lepas tu makan-makan dan borak-borak. Aku banyak minum air barley je sambil sibuk layan orang. Pastu wifey biatu aku, aku punya menu utama dah ready! Sup Gearbox Ucu!!!

Terus aku pun dengan malu-malu dinosaur approaching periuk besar berisi kekaki lembu tuh. Wifey dah sediakan untuk aku. Tapi aku pas kat Yip dulu. Dia pun macam malu-malu lintah je nak start makan. Belasah je Yip! Hirup kuah dulu, pastu guna tangan je. Straw tak disediakan. Maaf ye... he he. Harap-harap adik bongsu aku tuh boleh drive balik Puncak Alam tanpa sebarang kepeningan!

Lepas tu baru aku amik bahagian aku. Dah tak pandang orang dah, gambar kat bawah ni ha, aku punya bahagian la ni. Terima kasih Ucu!!! Mantop! Mantop!
ooo, sup kotak gear rupanya... senawang mali oo..baek punye...
Dah habis isi luar kitorang kerjakan, terpaksa la korek bahagian tengah tulang tuh dengan pisau sebab takde straw! Ngeh ngeh... korek-korek, pastu ketuk tulang tuh kasi isi-isinya keluar. Marvelous!!!

Lepas settled mengerjakan sup gearbox, Fama, Abang Amir and family dan Yip bergerak balik. Aku kenyang dengan gearbox je, tak makan nasik pun. 

Kevin, his wife dan ayah Kevin sampai pulak lepas tu. Diorang pun baru balik dinner dengan guest diorang. Aku layan Kevin dan wifenya tuh borak sambil layan teh tarik Ucu. Lama jugak la. Ayah Kevin pulak borak dengan Pakcik dan Pakcik Abu Samah. Dekat pukul 2330hrs baru la diorang balik. Seronok borak punya pasal. Lagipun, apa nak risau, rumah sebelah je kan!
selepas di langgar garuda.. he he
Nasib baik jugak la ada anak-anak Abang Juan, tolong-tolong kitorang kemas sket-sket. 

Pastu lepak dengan Abang Juan dan Ridzuan. Ternampak pulak handphone Abang Juan, HTC Desire HD. Pergh!!! Ni la masanya aku nak try pegang dan explore HTC phone yang aku duk gilakan sangat tuh. Mula-mula tuh Abang Juan nak tunjuk gambar kucing jantan dia, Garfield. Tu yang aku pergi tengok tuh. Bila dah nampak phone tuh pulak. Tersangkut la aku kat situ. Tengok application Android 2.2 tuh dengan phone tuh, memang geram la.Tu belum lagi guna HTC Sense tuh. Dan tu baru Desire HD, belum tengok Sensation 4G lagi. Sabar! Sabar!

Dekat pukul 0100hrs baru semua orang balik. Ada la yang overnight kat sini jugak. Aku dan wifey dah penat gila. Pukul 0200hrs baru naik atas dan merasa bilik yang dah tak panas tuh. Alhamdulillah!

8 comments:

Ninie Hanis said...

house warming kah?apapun,sedap betui sup gearbox tu.peh mantop!

tice su said...

dap nyerrrr sup gear box itteww! hehehe..

meowwmania said...

uishh menggoda betul sup tuh *slurrppp

anak merdeka said...

sedapnye sup gear box tu....

Mijoe said...

@Ninie

a'a, lebih kurang kenduri menghangatkan rumah la tu. He he.

my wife's auntie tuh memang suka masak. Sup gearbox tu memang menu wajib setiap kali aidilfitri atau gathering yang gempak2..he he.

tapi makan takleh lupa diri, risau jugak kang tersumbat pulak kat mana2 hiway ke jantung tuh..Nauzubillah!

Mijoe said...

@Tice Su

he he...memang sedap. sup gearbox all the way from senawang.. :)

Mijoe said...

@MM

sup tu khas untuk tuan2 jebon je. Budak2 jebon tak sessssuaii.. ha ha ha

Mijoe said...

@Fiq

kau sure tahu masak sup gearbox kan? :)

amacam hari terbuka? orang rumah kau berapa ekor buat show? ke statik je? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...